
Sudah genap 6 bulan atau separuh tahun bagi tahun 2009, adakah azam dan segala yang anda rancangkan pada awal tahun ini berjalan seperti yang di rancangkan?, ataupun segala yang berlaku sekarang tidak seperti yang dirancangkan?
Pada awal tahun setiap antara kita, akan menanamkan azam atau barangkali mempunyai sasaran yang perlu di capai dalam tahun 2009 ini. So, bagaimana dengan segala goal anda itu, adakah ianya mencapai matlamat atau ianya tersasar jauh, atau menyimpang dari arah yang sepatutnya dituju. Bulan jun dah berlalu, julai on going, so macam mana?
Bagi sesetengah organisasi/syarikat, pada bulan 6, mereka perlu membentangkan pencapaian yang telah dilakukan sepanjang setengah tahun ini. Ada sesetengah syarikat setiap suku tahun buat pembentangan. Ianya perlu dilakukan agar rancangan atau strategi yang dirancang pada awal tahun akan tercapai. Pelan tindakan yang baru perlu di buat jika rancangan yang perlu dicapai itu nampak macam dah makin jauh je. Susun strategi semula.
Macam dr. fadzilah kamsah lak aku menulis.hehee..
Apa yang ingin aku sampaikan disini ialah, adakah azam anda pada tahun ini akan tercapai? Ni dah bulan 7, bulan 6 sudah berlalu. Cuba review balik apa yang anda telah lakukan dan adakah perjalanan untuk mencapai azam anda itu nampak semakin jelas atau nampak semakin pudar.
Pencapaian aku sepanjang setengah tahun ini.
Ada yang telah tercapai seperti aku telah mengikat tali pertunangan. Syukur Alhamdulillah. Cita-cita aku untuk ada perniagaan sendiri sebelum berumur 30 tahun pun hampir tercapai. Tapi belum sempurna lagi, hasil jualan pertama pun belum dapat lagi.
Macam mana pula dengan anda, rasa2nya tercapai tak azam 2009 anda itu?







Along Arman says:
July 11th, 2009 at 10:02 pm
slamat bertunang la buat incik azwan..
dan semoga azam untuk tahun nie bakal dipenuhi.. amin..
Along Arman’s last blog post..Nak Request Tutorial?
[Reply]
azwan Reply:
July 12th, 2009 at 1:28 pm
terima kasih. kalau tak ada aral melintang membujur lalu, semua azam akan tercapai
[Reply]
Saffa says:
July 13th, 2009 at 10:48 pm
Saffa ada wishlist. Nak kamera lomo. Dalam bulan ni InsyaAllah akn dapat. Tak ada lah pulak azam.. =_____=”
[Reply]
azwan Reply:
July 14th, 2009 at 9:31 pm
Tahniah akan dapat mainan baru.
tapi, apa yang bestnya lomo, aku masih tak jumpa la apa keseronokannya. macam biasa je.
[Reply]
NUR says:
July 15th, 2009 at 4:21 pm
azam aku blm lag….
kalu dah kawen,baru tercapai….
he..he..he…
gatal x??
[Reply]
azwan Reply:
July 15th, 2009 at 4:32 pm
tak sabar nak kawen eh.
dah pandai buat rendang ke?
dah reti nak buat nasi tomato ke?
ikan pari bakar cicah air asam pun tak reti dah hati nak kawin
hehe…
semoga cepat kawin. ko pun bertunang dah lama kan
[Reply]