
Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat malaysia. Hari ini sambutan hari kemerdekaan di sambut secara sederhana di dataran parlimen. Tiada perarakan besar2 besaran diadakan demi menghormati bulan mulia bulan ramadhan. Walaupun sederhana, tapi aku tengok ramai juga yang terlibat dari pelbagai jabatan kerajaan. Mesti penat dan letih pada sukarelawan yang terlibat itu kan
Typical interview questions yang ditanya kebanyakkan orang atau wartawan kepada rakyat Malaysia,
“Apa erti kemerdekaan kepada anda?”
betul tak? anda pasti akan dengar soalan ini tiap kali hari kemerdekaan dan juga interview2 yang ada dalam tv.
Apa pula erti kemerdekaan kepada anda?
Bagi aku merdeka ini merangkumi pelbagai sudut. Kalau 52 tahun dahulu merdeka dicapai dari segi sudut keamanan dan ketenteraman negara. Memang benar ramai yang terkorban demi mencapai kemerdekaan negara kita ini mempertahankan negara dari ancaman luar. Pejuang kemerdekaan pada zaman dahulu memang patut di sanjung dan dikenang jasa mereka, kalau tidak kerana mereka sudah pasti negara kita tidak akan mencapai keamanan dan kemakmuran seperti yang dikecapi sekarang. Demi mengekalkan ketenteraman dan keamanan negara kita, pelbagai cara dilakukan oleh pemerintah zaman sekarang.
Kita juga sering di paparkan di media massa dan cetak tentang pengorbanan pejuang2 negara yang terdahulu. Sering kali dipaparkan penderitaan mereka pada zaman dahulu demi menentang pejajah. Kesusahan dan perit jerih kehidupan mereka yang hidup sebelum merdeka juga sering menjadi bahan cerita sempena hari kemerdekaan.
Jadi kesimpulannya, kebanyakkan kita hanya memahami erti kemerdekaan dari sudut keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara. Merdeka bermaksud aman dari penjajah. Itu je la jawapan yang paling tepat jika anda ditanya wartawan bila di soal tentang erti kemerdekaan. Kerana itulah yang sering dipaparkan oleh media kita.
Kemerdekaan perlu di pandang dari pelbagai sudut dan bukan hanya ke arah keselamatan negara.
Tiadakah makna merdeka dari segi sudut ekonomi, sukan, kebudayaan, agama, dan pelbagai bidang lagi?
Tiadakah pejuang lain di dalam pelbagai bidang selama 52 tahun kita merdeka?
Merdeka seharusnya dilihat dari pelbagai bidang dan sudut bukan sahaja dari sudut keamanan negara sahaja.






