Kemalangan di Musim Perayaan, Salah Siapa?

09/09/2009


Saban tahun, setiap kali musim perayaan terutamanya perayaan yang besar dan utama di Malaysia seperti hari raya puasa, hari raya haji, tahun baru cina, deepavali dan berbagai lagi perayaan yang banyak di Malaysia ini, kita akan mendengar berita tentang kemalangan jalan raya. Oh ya, berapakah bilangan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia?

Ops Sikap telah diwujudkan bagi melihat statistik kemalangan jalan raya pada musim perayaan. Ianya telah diwujudkan semenjak tahun 2001 dengan jumlah kemalangan 9014 kes pada tahun tersebut. Ops Sikap yang terakhir ialah Ops Sikap XV (19.12.07 – 02.01.08) krismas dan tahun baru, menunjukkan jumlah kematian sebanyak 13,625kes. Ini menunjukkan peningkatan yang sangat tinggi setiap tahun.

Motosikal persendirian adalah kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan pada tahun 2007 iaitu sebanyak 7,943,364 berbanding jumlah kenderaan persendirian yang hanya 7,419,643. Statistik ini menunjukkan bahawa penunggang motosikal adalah pengguna jalan raya yang berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan.

Langkah yang diambil kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan itu ialah dengan menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2004 dengan visi “Kematian Sifar Akibat Kemalngan Jalan Raya”. Melalui JKJR pelbagai kempen keselamatan yang telah dijalankan. Antaranya ialah kempen memakai tali pinggang tempat duduk belakang. Berbagai kempen lain juga telah dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya antaranya ialah mengikat tali topi keledar bagi penunggang motorsikal.
Adakah dengan langkah kerajaan itu dengan berbagai jenis kempen dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya? Sedangkan statistik kemalangan tetap meningkat setiap kali musim perayaan. Adakah tanggungjawab mengurangkan jumlah kemalangan hanya terletak kepada kerajaan sahaja?

Jika dilihat pada statistik tadi, penunggang motosikal adalah pengguna jalan raya yang paling tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya. Adakah penunggang motorsikal kurang menitikberatkan aspek keselamtan semasa menunggang? kebanyakkan penunggang motor akan memastikan motor yang ditunggangnya selamat dari segala aspek seperti tayar dan brek. Jika mereka menyedari brek atau tayar mereka berada dalam keadaan tidak baik, kebiasaannya mereka tidak akan menunggang secara melulu atau laju. Ini tidak termasuk golongan mat rempit, kerana mereka adalah insan istimewa yang berani mati. Kemalangan penunggang motor kebiasaannya melibatkan pihak lain seperti kenderaan persendirian atau kenderaan besar lain. Ini adalah akibat kecuaian pihak lain.

Setiap kali berita tentang kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan yang bertembung dari arah yang betentangan, kemalangan itu berlaku munkin diakibatkan oleh sikap pemandu yang memandu laju cuba memotong kenderaan lain dihadapanya. Jika pemandu tersebut memang memandu secara laju dan membahayakan, itu memang salah diri sendiri dan sikap pemandu tersebut yang tidak sabar semasa memandu. Memandu laju dan melebihi had laju memang menjadi kesalahan.

Bagaimana pula jika memandu terlalu perlahan?
Memandu terlampau perlahan juga boleh mengakibatkan kemalangan, bukan kepada diri sendiri tetapi kemalangan kepada pihak lain. Bayangkan situasi ini.
Sebuah kenderaan A yang dipandu terlalu perlahan di sebatang jalan yang lengang. Jalan itu pula hanya mempunyai 1 lorong untuk 1 arah. Dibelakang kenderaan A tersebut bersusun beberapa kenderaan lain. Akibat hilang sabar, kenderaan B keluar dari lorong tersebut cuba untuk memintas kenderaan A yang perlahan tadi. Akibatnya kenderaan B bertembung dengan kenderaan lain dari arah yang bertentangan. Adakah pemandu kenderaan B patut dipersalahkan? Munkin dia perlu segera sampai ke destinasinya, tetapi akibat sikap pemandu kenderaan A yang mementingkan diri sendiri telah mengakbatkan kemalangan kepada pihak lain.

Jika anda adalah orang pantai timur sudah pasti anda kerap berdepan dengan situasi diatas sperti di jalan gua musang. Jalan tersebut akan menjadi sangat padat dengan kenderaan yang berbaris ingin ke kelantan khususnya. Pasti ada pemandu yang akan ‘panas’ jika kenderaan dihadapan mereka dipandu secara perlahan. Memandu secara perlahan juga patut dikenakan denda atau hukuman.

Sikap kita semasa memandu yang menentukan cara pemanduan. Jika kita dapat mengubah sikap diri kita, sudah pasti jumlah kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan. Sikap manusia itu tidak dapat diubah dengan hanya sesebuah kempen keselamatan jalan raya.

Pandu, tunggang dan jalan dengan selamat. Anda mampu mengubahnya

Artikel Yang Berkaitan

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: