
Pernahkah anda melihat hantu atau melihat UFO mahupun makhluk asing? Makhluk asing dan pendatang asing adalah 2 entiti yang berbeza. Sudah pasti lebih ramai yang pernah melihat pendatang asing.
Kebanyakkan kita lebih banyak mendengar cerita tentang hantu, UFO, makhluk asing dan yang sama waktunya, tapi berapa ramaikah yang pernah melihatnya sendiri? Aku pasti ramai yang tidak pernah melihat itu semua. Aku pun alhamdulillah tidak pernah diketemukan dengan itu semua.
Apa yang dapat di lihat dalam masyarakat sekarang ini, lebih ramai yang mempercayai sesuatu perkara itu berdasarkan cerita-cerita orang atau khabar angin berbanding melihatnya sendiri sesuatu perkara atau peristiwa tersebut. Mempercayai khabar angin adalah satu kesilapan, munkin cerita sebenar telah di tokok tambah untuk menyedapkan cerita atau ada kepentingan tersendiri. Cerita dan keadaan yang sebenar munkin jauh berbeza.
Sering kali juga keputusan dijatuhkan berdasarkan khabar angin yang didengar. Jika cerita itu tentang sesuatu keburukkan seseorang, lebih mudah untuk dipercayainya. Ini munkin kerana sifat kita sebagai manusia ini yang lebih gemar mendengar tentang sesuatu yang buruk tentang orang lain berbanding melihat perbuatan baik yang dilakukan.
Kita seharusnya percaya pada apa yang dilihat dan bukannya percaya pada apa yang didengar. Melihat sesuatu perkara itu sendiri adalah lebih baik kerana kita akan dapat menilainya sendiri tentang sesuatu perkara itu.
“Aku baru je balik bercuti dari sebuah pulau yang sangat indah dan cantik. Pasirnya putih. Terlihat ketam mengajar anaknya berjalan. Deruan ombaknya membuatkan aku tenang dan lupa seketika bunyi bising di bandar. Berteduh di bawah pokok kelapa sambil memerhatikan matahari terbenam di ufuk barat. Indahnya dunia ciptaan tuhan ini” kata-kata kawan aku yang baru balik dari bercuti.
Adakah gambaran aku dengan keadaan sebenar di pulau tersebut adalah sama dengan apa yang diceritakan selepas mendengar cerita tersebut? Sudah tentu berbeza, kerana aku tidak pernah ke pulau tersebut. Kalau dizahirkan dalam bentuk lukisan pun pastinya akan terhasil sesuatu yang berbeza dari keadaan yang sebenar. Munkin kawan aku bercerita untuk menampakkan percutiannya sangat indah dan menarik walhal sebaliknya. Untuk mengetahui keadaan sebenar, aku harus ke pulau tersebut bagi melihat gambaran sebenar.
Percaya pada apa yang dilihat dan bukan khabar angin yang didengar. Buatlah keputusan setelah anda melihat sesuatu perkara itu dan bukannya membuat keputusan berdasarkan apa yang diceritakan atau disampaikan. Melihat sendiri sesuatu perkara itu akan lebih mudah untuk anda membuat keputusan yang tepat. Gunakan mata untuk melihat dan gunakan akal untuk berfikir dan menilai.
Bolehkah anda berlari dalam gelap?








PutraMalaya says:
March 19th, 2010 at 3:14 pm
bolehkah je berlari dalam gelap..hahaha
hm, lebih baik berdiam daripada berkta yang bukan-bukan adapun gosip atau cerita itu kita sangat tertarik untuk mendengarnya..wooooot o_O
[Reply]
azwan Reply:
March 22nd, 2010 at 4:08 pm
itulah yang baiknya.
kalau tidak ada apa-apa yang perlu diperkatakan lebih baik berdiam diri dan juga kalau kita tidak tahu hal dan cerita yang sebenar eloklah mendiamkan diri. ramai sekeliling kita ini cuma buat buat tahu dan suka buat andaian
[Reply]