Cerita ini aku baca dari blog sayasukatulis2.
Kisahnya tentang satu tawaran ekslusif bagi lelaki Malaysia untuk mengahwini gadis/wanita Morocco.
Ada satu blog yang menawarkan perkhidmatan memberikan khidmat nasihat dan panduan untuk mengahwini gadis Morocco. Tujuan pemilik blog tersebut seperti yang tertulis adalah untuk mendapatkan lebih ramai kawan untuk isterinya, juga seorang Moroccan. Panduan yang diberikan ialah untuk mengahwini gadis Morocco luar bandar.
Ada 4 jenis gadis luar bandar yang diberikan. Type A sudah tentulah yang terbaik, cukup amal ibadat, pakej lengkap lah dan Type D adalah anak dara tua atau janda.
Fakta yang diberikan, 10 orang gadis Malaysia yang lalu di depan anda, munkin 2 je yang cantik, tapi di Morocco, 10 yang lalu, 8 orang yang cantik. Wah… fakta ke auta, aku tak tahu lah. Gadis Malaysia kurang cantik ke?
Cantik itu perlu ke? bagi aku ianya sesuatu yang subjektif. Cantik di mata aku belum tentu cantik di mata kau. Munkin ada sesetengah wanita/gadis Malaysia yang cakap “Apa ingat orang Malaysia tak cantik ke?”
Jawapan aku “siapa bilang gadis melayu tak menawan” sila sambung..
Ini cuma salah satu pilihan yang ada bagi lelaki Malaysia yang mempunyai citarasa yang luar biasa dan berkemampuan. Munkin dia dah cuba meng’ayat’ Lisa Surihani tak dapat-dapat. Menghantar berbakul-bakul stawberi coklat kepada Siti Nurhaliza, tapi dia pilih Datuk K jugak. Tak cukup kaya dan tidak ada helikopter seperti Jejai untuk mendapatkan Fasha Sandha dan juga munkin terlalu tua buat Diana Danielle
Bagi aku tujuan pemilik blog ini baik dan murni. Janganlah difikirkan perkara yang buruk dan negatif. Membantu memberikan peluang kepada seseorang lelaki yang berkemampuan tapi masih tidak ada jodoh. Mendirikan masjid itu kan perkara yang baik. Bukannya menggalakkan maksiat.
Buat gadis Malaysia yang masih bujang, ini munkin salah satu lagi cabaran dan persaingan anda untuk mendapatkan teman hidup selain dari janda dan cewek-cewek indonesia yang bekerja di Malaysia. Bagi lelaki ini satu persaingan yang sihat.hehe…
Tapi jangan risau lah buat semua gadis-gadis Malaysia yang masih belum mempunyai teman hidup. Ini kerana berdasarkan laporan banci 2010, lelaki masih ramai di Malaysia [myjazmanie.com]
Ini cuma salah satu pilihan bagi lelaki yang munkin selalu cakap dalam diri “Bila lah aku nak kahwin..?”


{ 15 comments… read them below or add one }
Macam-macam sekarang ni erk, siap ada khidmat mencari jodoh sampai ke morocco. :D Kepada yang sedang mencari, ini salah satu peluang untuk mempercepatkan pencarian. hehehe
Apapun, aku tetap suka ngan orang melayu kita, walaupun orang timur tengah mungkin cantik, tetapi keayuan gadis melayu takder kat dorang. :)
Eizil´s last [type] ..Akibat penulisan- badan binasa
aku pun suka orang melayu je. sebab tak pandai cakap bahasa orang morocco.hehe…
apa yang penting ialah hati, kalau kita kahwin tapi tak da rasa kasih dan sayang pun tak guna.
aku nak cari gadis morocco gak la..huhu..azam tahun baru..semoga bertemu dgn jodoh aku..hehe
azizan4444´s last [type] ..Malam Pertama Tahun Baru 2011
kena belajar bahasa morocco lah tahun ni. dia orang pakai bahasa apa eh? arab ke spanyol ke?
azam tu, semoga bertemu jodoh dengan orang morocco ke?? :)
pas ni sahabat kit akena masuk class bljar bhasa tu plk hee…
tak silap hari nnti dgn blog2nya skli bertukar wajah berbahasa morocco :)
kita doakan yang terbaik untuk azizan :)
lelaki memang ramai kat mesia… cuma yang berkualiti tuh agak tak berapa ramai..huhu
zik´s last [type] ..Ron 97 naik 10 sen berkuatkuasa 5 januari 2011
agaknya ko dalam kategori lelaki yang macam mana eh? :D
ramai gak kengkawan aku yg dok syok nak kawen dengan gadis morroco..tp kalau dpt gadis malaysia kan lebih bagus..selamatkan anak dara di malaysia ni.
kita doa kan kengkawan ko tu bertemu jodoh. insyaallah buat perkara baik ni dipermudahkan olehNya. tapi eloknya, cari orang malaysia je dulu.
TUKAR TREND
DULU WANITA MELAYU SUKA LELAKI INDIA
SEKARANG LELAKI MELAYU PULA SUKA ARAB
WEEEEET
apa kurang gadis melayu cun pe.
Ali ridha´s last [type] ..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
memang gadis melayu tak kurang pun. malahan yang lebih cun pun ada. tapi ini lah pilihan bagi mereka-mereka yang selalu dikecewakan oleh gadis-gadis melayu yang cun
pilihan banyak tapi klu tak jumpa yg berkenan di hati payah gak kan
memang tak akan jumpa yang sempurna. so kena terima je lah kelebihan dan kekurangan