
Isu terbaru dalam bidang pendidikan negara kita, Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh tidak tercapai.
Memang benar sistem pendidikan negara kita terlalu ‘exam oriented’. Kesan dari sistem itu selama ini ialah, ibu bapa berlumba2 menghantar anak ke tuition, buku latihan diberikan pihak sekolah berguni-guni, sekolah bersaing melahirkan pelajar yang terbaik.
Banyak padangan dan pendapat yang diterima dalam bharian.com.my. Ada yang menyokong dan ada yang menolak.
Bagi yang bersetuju dengan pendapat ini, mereka merasakan pendidikan negara kita memang perlu diperbaiki sejak dari dahulu lagi. Diharapkan cadangan ini tidak hanya tinggal cadangan sahaja. Penilaian secara holistik amat perlu bagi menggantikan penilaian berasaskan peperiksaan yang diamalkan sekarang untuk membentuk warga malaysia yang cemerlang secara menyeluruh. Pembahagian penilaian kepada akademik, kokorikulum dan khidmat masyarakat dapat membentuk modal insan kelas dunia yang mempunyai kepintaran, kecerdasan otak dan fizikal dan mempunyai nilai murni yang tinggi.
Ada juga cadangan, supaya sistem yang ada sekarang di tukar kapada 40% akademik, 30% sahsiah dan ko-kurikukulum, 30% khidmat masyarakat.
Pendapat mereka yang kurang bersetuju kebanyakkannya takut pelajar akan hilang fokus dan tumpuan. Para pelajar tidak akan belajar bersungguh-sungguh lagi kerana bagi mereka, ini hanya peperiksaan yang statusnya sama dengan peperiksaan akhir tahun atau ujian bulanan. UPSR dan PMR menjadi kayu ukur untuk seseorang pelajar dipilih masuk ke sekolah yang lebih baik.
Menurut mereka yang tidak bersetuju lagi, setiap peringkat pembelajaran harus ada peperiksaan untuk menilai tahap pencapaian yang akan diperolehi oleh setiap pelajar. Melalui pencapaian peperiksaan tersebut barulah kita mengetahui ke arah mana aliran atau bidang mereka untuk meneruskan pendidikan yang lebih tinggi lagi seperti ke universiti. Apa yang perlu Kementerian Pelajaran lakukan ialah mengemas kini dan memantapkan lagi semua sistem kurikulum dan ko-kurikulum atau Pembelajaran dan Pengajaran (P & P) yang sedia ada agar ianya bersifat holistik.
Pendapat aku.
Hanya mansuhkan PMR sahaja. Di peringkat menengah, hanya wujudkan 1 peperiksaan awam sahaja. Bagaimana ingin menentukan hala tuju pelajar? Satu kaedah baru perlu dibuat untuk menentukan aliran mana yang pelajar itu lebih berminat. Yang pasti bukan melalui peperiksaan. Tidak semestinya individu yang cemerlang di alam persekolahan juga cemerlang di alam pekerjaan (lebih kepada teori bukan kepada paktikal).Kebanyakan pekerja yang cemerlang datangnya dari individu yang kreatif dan berdaya inovatif
UPSR perlu dikekalkan kerana bagi aku ianya dapat mengukur tahap mana pelajar itu mengusai kemahiran mengira, membaca dan menulis. UPSR boleh di tambahbaik dengan mengambilkira 70%akademik & 30% akhlak & kokurikulum.







surihati_ku says:
June 22nd, 2010 at 1:25 pm
salam sahabat..
benar tu sebab terllu byk exam yg tlh plajr lalui.memadaialh upsr dan spm je sb yg inilah akan menentukan keupayaan seseorang pljar tsbut utk menunjukkan potensi dri mrka yg sbnar.
klu terllu byk eam tak guna juga sb kadangkala pjar tertekan gak..huuhuhu.
[Reply]
azwan Reply:
June 22nd, 2010 at 8:22 pm
banyak exam buat pelajar penat and tidak ada skill atau kemahiran lain. asik ditekankan untuk belajar and ngadap buku je
[Reply]
sheraff Reply:
June 26th, 2010 at 10:52 pm
salam…
mansuhkan kedua dua exam ini tidak boleh dilaksanakan…kalau xde exam tentulah para pelajar ini akan berasa senang..so mesti dyeorang akn main2…saye sndri pon rase biase je..akademik pon ok,koko pon ok..xde laa tkanan sampai nk mansuhkan exam ni..
-kami bdak blajar-
[Reply]
azwan Reply:
June 28th, 2010 at 11:06 am
wsalam.
ada famili yang kurang memberi tekanan kepada anak-anaknya. bebas anak-anak membuat keputusan tetapi masih dalam kawalan famili. tetapi ada famili yang terlampau menekankan anak-anaknya agar lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan tersebut. habis sahaja waktu persekolahan, dihantar pula ke pusat tuisyen.
[Reply]
jamil says:
July 6th, 2010 at 11:34 pm
etuju hanya PMR aje yang dihapuskan. UPSR perlu kekal. Hapus kedua-dua upsr dan pmr sekali gus tidak sesuai. Pelajar khususnya lelaki lagi laa tambah malas nak belajar.
[Reply]
azwan Reply:
July 7th, 2010 at 9:14 am
betul tu. sebagai seorang lelaki, aku memang malas nak belajar kalau tak ada exam
[Reply]
jamil says:
July 7th, 2010 at 12:20 am
Syor hapus UPSR dan PMR sekali gus lebih mirip kepada syor politik (mohon maaf sekiranya saya tersilap). Pemimpin politik datang dan pergi. Mereka tidak menjiwai sepenuhnya bidang pelajaran ni. Mereka nak cepat buat keputusan aje sementara mereka berkuasa atas nama perubahan sebelum next pilihanraya akan datang.
Menghapus UPSR dan PMR sekali gus adalah umpama merombak keseluruhan sistem pembelajaran dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Ini adalah lebih berat dari PPSMI. Guru-guru dan pelajarlah yang akan menjadi mangsa keadaan.
Oleh itu pendapat dari ahli akademik khususnya guru-guru dan guru-guru pakar yang terlibat dengan pengajaran semua matapelajaran dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 (dan Tingkatan 6 juge) perlu diambil kira kerana merekalah yang pakar dan arif berkenaan sistem pendidikan di negara kita. Mereka tahu apa masaalah pelajar-pelajar kita.
Sekiranya ada perubahan polisi kerajaan merekalah yang bertungkus lumus melaksanakannya tanpa mengenal erti penat dan jemu demi melihat kejayaan anak didik mereka.
Tetapi sekiranya perubahan polisi itu gagal mencapai matlamat guru-guru jugalah yang dikritik hebat.
Kajian yang mendalam perlu dilakukan melalui beberapa agensi awam / swasta / IPTA yang dilantik agar ianya telus dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Biar makan masa sedikit asalkan keputusan yang diperolehi tepat.
Kerajaan janganlah terburu-buru nak buat keputusan. Implikasinya besar dari segi sukatan pelajaran, kaedah penyampaian guru, latihan semula guru, cetakan keseluruhan buku teks dan buku kerja dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, sistem peperiksaan dalaman, integriti penilaian dan banyak lagi yang melibatkan implikasi kos yang sangat tinggi
Fikir-fikirkanlah.
[Reply]
azwan Reply:
July 7th, 2010 at 9:25 am
setuju juga dengan pendapat jamil ni.
nampak macam kecik je hapuskan PMR dan UPSR, tapi akan merubah keseluruhan sistem. jangan jadi seperti PPSMI. bila bertukar pemimpin atasan, hapus pulak idea itu. walhal dulu sebelum dilaksanakan, katanya kajian mendalam dah dibuat. mana hasil kajian mendalam itu?
ingat tak idea sekolah bestari? apa hasilnya. ingat tak 1 kelas 1 laptop untuk pengajaran. laptop pun dah tak nampak bayang.
mereka diatas hanya membuat dasar, tapi mereka yang dibawah yang melaksanakan, kesan hanya kepada mereka yang terlibat dalam pelaksanaan.
[Reply]
Ameer says:
July 20th, 2010 at 4:40 pm
Perkara utama yang mesti kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita (generasi akan datang). Saya cuma risaukan anak-anak lelaki, mcmana mereka nak survive dlm sistem pendidikan malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Budak-budak lelaki ni bukan malas belajar, cuma mereka ni jenis banyak berfikir.
“Betul ke apa yg cikgu aku ni ajar ? Aku tak penah dengar pon apa yg cikgu ajar tu, Aku kelirulah.”,itulah antara luahan hati budak-budak lelaki. Diaorg tak suka sumbat 100% dalam otak sehinggalah diaorg faham. Selain itu, budak-budak lelaki ni tak suka mengadap buku berjam-jam kerana mereka juga perlukan masa untuk riadah dan bersukan. Saya rasa mungkin adalah bagus sekiranya sistem baru dirangka supaya pelajar lelaki masih boleh dinilai walaupun tanpa perlu membaca dan menghafal.
[Reply]
azwan Reply:
July 21st, 2010 at 12:14 pm
aku memang setuju pendapat ameer.
lelaki memang agak susah nak terima pelajaran yang diajar secara teori sahaja. tapi itulah yang kita alami selama ini. kesannya, pelajar wanita lebih ramai di IPTA, seringkali juga kedengaran mengatakan lelaki kurang pendidikan akademik
[Reply]