Masa berkursus di terengganu hari itu, aku sempat ke melawat ke masjid kristal yang termashur itu. Termashur bukan sahaja kerana reka bentuknya, malahan dengan bermacam2 kisah yang tak sedap didengar la.
Bila aku tengok dengan mata sendiri, aku memang mengakui khabar berita yang aku dengar selama ini, ianya satu projek yang membazir. Pembinaannya tak ubah seperti membina tugu negara atau pun tiang bendera yang tinggi kat dataran merdeka, dengan belanja yang sangat mahal.
Kenapa aku samakan macam membina tugu negara?
memang la tak sama 100%, tapi ada persamaanya. Orang datang ke tugu negara untuk mengambil gambar, orang datang ke masjid kristal tu pun sekadar untuk mengambil gambar, dan bukanya untuk mengimarahkan masjid tersebut. Untuk pengetahuan, ruang solat masjid tu pun bukan la besar sangat, munkin muat tak sampai 200 orang jemaah. Dan yang paling peliknya, siapa la yang nak datang solat kat situ, sedangkan di laluan nak ke masjid kristal tu pun memang dah ada masjid.
Seperti orang2 yang lain datang ke masjid itu, aku pun mengambil la beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan dan untuk aku jadikan bahan menceritakan betapa ruginya membina masjid tersebut. Alangkah lebih baiknya jika duit projek membina masjid tersebut di gunakan untuk membina projek yang lebih baik dan bermanfaat kepada penduduk tempatan.
Contohnya membina pusat tahfiz al-quran yang terbesar di asia. Sekadar cadangan.
Aku bukan la anti-kerajaan dan pro pembangkang. Tapi sebagai rakyat biasa, perkara2 macama ini la yang akan membuatkan rakyat biasa ini menyampah dengan kerajaan yang ada sekarang.
Bila ekonomi merundum, pandai lak nak nasihatkan rakyat supaya berjimat cermat, pergi kerja naik basikal, kurang kan belanja. Macam2 kempen diadakan agar rakyat mengamalkan jimat cermat. Dalam masa yang sama duit rakyat ini digunakan untuk membuat projek yang membazir, seperti masjid kristal tu.







zelo55 says:
July 7th, 2009 at 12:50 am
tersangatlah setuju!
duit rakyat jugak yg digunakan…
kerajaan mungkin x sedar…
yg kononnya nak amik hati rakyat…
sbenarnye dah makin meluatkan rakyat…
ini realiti…klau smpai bukan org terengganu sndri yg cakap cmni…
orang terenggan lagila teruknya…
hurrmmmm…
bro azwan dtg just amik gk ke?..heeee….
zelo55’s last blog post..Persidangan Di Malaysia Teruk. Lakukan Sesuatu!
[Reply]
azwan Reply:
July 7th, 2009 at 4:20 pm
zelo, kalau ko dan aku kena tangkap n di tahan dalam ISA kita duk 1 dorm eh. aku takut artikel aku ni akan dianggap menghasut dan menentang kerajaan pulak…
aku pun datang untuk amik gambar je.
aku rasa ramai yang datang amik gambar je, nak solat masing2 munkin dah solat kat rumah atau hotel penginapan.
[Reply]
atie says:
July 7th, 2009 at 4:57 pm
betullllllll sokong 100%, pembaziran betul, wat rugi jerr pi buat masjid kistal 2,sapa nak gi jauh2.
bukan sikit pi perabih duit kat ctu.
[Reply]
azwan Reply:
July 7th, 2009 at 9:03 pm
hi atie. macam kenal je..
dah la jauh, takda sapa duduk area situ kan. baik buat benda lain, bukak kedai tomyam ke medan ikan bakar ke.
[Reply]
NUR says:
July 8th, 2009 at 4:19 pm
tempat 2 jauh sangt…..
[Reply]
azwan Reply:
July 8th, 2009 at 11:03 pm
macam kenal je…
jauh pun 2 kali ko pergi kan, malam sekali n siang tu sekali.
[Reply]