Mengapa Mereka Membenci Kita?

11/09/2009


Dalam sinar harianmelaporkan, kebencian rakyat indonesia semakin memuncak akibat provokasi yang dimainkan oleh media massa di sana. Jabatan Penuntut Malaysia di sana telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada semua penuntut di sana agar tidak melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ganyang Malaysia slogan yang penah dibawakan oleh Presiden Indonesia yang pertama, Bung Karno, seperti ingin dihidupkan semula pada masa ini. Semuanya berpunca dari media massa sana yang menyemarakkan semangat kebencian terhadap malaysia. Beberapa isu yang berkaitan rakyat indonesia di malaysia turut dimainkan berulang kali. Antaranya ialah isu Manohara dengan istana kelantan.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali yang digunakan untuk mempromosikan Malaysia.


Kebencian terhadap Malaysia turut menular ke dalam Facebook. Kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘Anti-Malaysia’ dilaporkan telah mendapat sokongan 10,246 pengguna FB, mereka juga telah mewujudkan 718 discussion topics, 47,367 wall posts, 223 photos, and video 8.

Baru2 ini isu nasional melibatkan 2 negara ini yang hangat di perkatakan ialah tentang gaji minima RM800 untuk pembantu rumah indonesia. Kedua2 belah pihak negara masih lagi mengadakan rundingan untuk memberi kata putus tentang isu itu. Ternyata ramai rakyat malaysia yang tidak senang dengan gaji minimum yang diminta oleh pihak indonesia itu. Jika ini berlaku, kerajaan malaysia akan memutuskan tidak akan mengambil lagi tenaga kerja dari negara tersebut.

Indonesia mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 238 juta orang. Adakah ini menggambarkan sikap sebenar keseluruhan rakyat indonesia di sana? Persoalan yang sukar di berikan jawapan.

Mengapa mereka benci sangat dengan Malaysia?
Kebanyakkan perkara yang dibenci oleh mereka adalah mereka menuduh Malaysia menciplak hasil atau seni budaya mereka. Mereka menganggap Malaysia merompak khazanah budaya mereka.

Adakah benar budaya atau sesuatu seni itu datang dari indonesia?
Malaysia, Indonesia, Singapura adalah dari rumpun yang sama. Jadi tidak mustahil ada perkara yang kita lakukan hampir sama di antara negara2 tersebut.

Lebih 1.2 juta rakyat indonesia bekerja di Malaysia, tidak kira lah sama ada masuk secara halal atau haram, mencari duit untuk diberikan kepada keluarga mereka di indonesia.

Tidakkah ini menunjukkan betapa mulianya dan baik hati rakyat Malaysia memberikan ruang untuk warga indonesia mencari rezeki di negara yang digelar maling ini?

Bila tsunami melanda pada tahun 2004, lebih 24,000 warga aceh yang hilang tempat tinggal akibat bencana alam itu, diterima masuk ke Malaysia atas dasar kemanusiaan yang tinggi warga Malaysia. Negara yang digelar maling ini jugalah antara negara yang paling awal menghulurkan bantuan ke Aceh.


Dalam perkembangan terbaru, 2 Sept 2009, gempa bumi yang berlaku di Tasikmalaya, Jawa Barat, kumpulan pelajar perubatan malaysia disana antara yang paling awal datang menghulurkan bantuan. Kami warga malaysia akan memberikan bantuan kepada meraka yang memerlukan. Kami menganggap anda warga indonesia adalah saudara serumpun kami.

Munkin inilah balasan dari Allah yang maha besar terhadap kamu warga indonesia yang mempunyai hati yang busuk dan berprasangka tidak baik terhadap malaysia.

Wahai warga indonesia.
Adakah kerana budaya yang dikatakan diciplak – sedangkan tidak tahu asal usulnya – kamu semua warga indonesia, sanggup memutuskan hubungan yang baik antara 2 negara ini. Sedangkan Malaysia sebuah negara yang paling banyak memberi ruang dan peluang kepada sebahagian peduduk republik itu untuk mencari rezeki di sini.


Kita saling memerlukan, jika tidak, kenapa masih ramai warga indonesia yang cuba untuk menyusup masuk ke Malaysia secara haram. Jumlah warga indonesia yang masuk dan bekerja secara haram munkin hampir 2juta. Kenapa masuk secara haram? ini kerana kos untuk mendapatkan pasport dan permit bekerja di Malaysia adalah sangat mahal. Ada juga warga indonesia yang dapat masuk ke Malaysia terus bermastautin di malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap. Berkahwin dengan penduduk Malaysia dan beranak pinak.

Bila pendatang tanpa izin ini ditangkap dan ada ura2 kerajaan Malaysia untuk mengenakan hukuman sebat pada suatu ketika dahulu. Anda warga indonesia membuat bantahan. Sedangkan itu hukuman dan undang2 negara Malaysia kepada pendatang haram. Jika tidak mahu disebat kenapa tidak masuk secara halal?

Kalau ikutkan hati rakyat malaysia, kami tidak mahu warga indonesia berada di malaysia. Kes jenayah melibatkan warga indonesia semakin banyak baru2 ini. Bermacam-macam geng yang wujud merompak rumah2 orang Malaysia. Sudah diberikan peluang untuk hidup di Malaysia, dibalas pula dengan merompak dan melakukan jenayah di negara ini. Ini belum diambil kira pembantu rumah yang mencuri dan melarikan diri daripada majikan. Membawa teman atau pasangan ke dalam rumah majikan semasa ketiadaan majikan. Manusia jenis apa ini buat baik dibalas dengan perkara yang jahat.

Persoalannya, kenapa negara yang digelar maling, perompak budaya kamu indonesia, masih ramai warga anda berada di Malaysia? Kenapa masih ramai yang cuba masuk secara haram? Kenapa negara Malaysia ini yang masih menawarkan bantuan kepada kamu semua ketika kamu ditimpa musibah?

Artikel Yang Berkaitan

{ 7 comments… read them below or add one }

nana May 20, 2010 at 5:51 pm

mereka jeles.sbb tu benci kite.boring btl.biase la same adat.da nenek moyang dlu same.slh nenek moyang die la apesal migrate ke msia..

Reply

azwan May 20, 2010 at 8:06 pm

betul tu. dia orang jeles dengan kemajuan dan keharmonian negara kita. bila dapat datang malaysia, tak nak balik pulak.

Reply

Rizza June 10, 2010 at 9:31 pm

ya kamu baik ngomongnya indonesia, ga kaya malaysian yang laen nyebut indonesia dengan kata indon, kalau kamu ngga mau disebut maling jangan sebut kita dengan kata indon, that’s insulting! seperti orang berdarah india juga tidak mau disebut keling, mengerti? semoga kita bisa saling menghargai sesama.

Reply

azwan June 10, 2010 at 10:36 pm

terima kasih kerana singgah di sini. kita harus saling menghargai kerana kita serumpun. kita juga saling memerlukan. tidak perlu berkelahi kerana perkara yang tidak menguntungkan sesiapa. i know that indonesian does’t like when malaysian calling you all as indon. that’s why i’m not wrote that word.

Reply

ATOXMORRISON September 2, 2010 at 2:50 am

GANYANG MALINGSIA….!!!!!

Reply

Riki December 27, 2010 at 5:39 pm

ya iya Lah maRah!!!,…ngatain Indonesia,..ngjiPLak budaya indonesia,..coba negara Lu di panggiL mALIngsialan,…mau???,..kLo mau di hargai,..HARGAI KAMI!!!

Reply

azwan December 27, 2010 at 10:39 pm

hi riki.
kami di Malaysia memang menghargai kamu. Jika tidak, masakan beribu-ribu indonesian cuba datang bekerja ke mari. melalui jalan haram mahupun jalal halal. kami menghargai kamu dengan memberikan banyak peluang pekerjaan. setiap kali berlaku bencana alam di indonesia, kami sebagai negara tetangga antara yang terpantas menghulurkan bantuan. Jika itu masih lagi dikatakan tidak menghargai lagi. terpulanglah. kami warga malaysia di sini masih lagi hidup aman damai dan makmur, begitu juga dengan warga kamu yang ada disini.

aku menjemput kamu untuk datang ke Malaysia.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: