
Telah ramai yang memberikan pendapat tentang isu ini. Perkara ini akan timbul setiap kali sessi kemasukkan ke IPTA bermula. Menurut laporan dalam akhbar 105,377 pelajar baru yang mendaftar pada sesi pengajian 2010/2011, sebanyak 61,750 atau 58.6 peratus adalah pelajar wanita dan selebihnya adalah lelaki.
Jika berterusan, dikatakan lelaki akan menjadi suri rumah dan wanita mencari nafkah.
Apakah benar jika lelaki yang kurang tinggi pendidikan tidak mampu untuk menyara keluarga? Aku rasa tidak benar. Pendidikan bukan penentu kerjaya dan punca rezeki seseorang. Ramai lelaki yang tidak berpendidikan tinggi tetapi mampu hidup mewah, mampu menyara keluarga. Ramai juga wanita yang berpendidikan tinggi, akhirnya menjadi suri rumah sepenuh masa.
Apabila lebih banyak pelajar wanita di IPTA, maka lebih ramailah graduan wanita akan bersaing untuk merebut jawatan yang sesuai di sektor awam mahupun swasta.
Adakah ianya benar? Setiap tahun kita akan mendengar pak menteri atau orang-orang cerdik pandai berkata, ramai graduan yang menganggur. Siapa yang menganggur itu? ramai graduan wanita tidak bersedia dengan alam pekerjaan. Dari segi akademik memang mereka menunjukkan keputusan yang cemerlang, tapi dalam alam pekerjaan sebenar, akademik perkara no 2. Apa yang penting adalah keboleh melakukan kerja, keupayaan berkomunikasi dengan baik dan bukan semata-mata taraf akademik.

Kemasukan ke IPTA ditentukan oleh kelayakan akademik.
Kelayakan akademik lelaki biasanya kurang cemerlang berbanding wanita. Ini ada kaitannya dengan sistem pendidikan negara kita yang lebih banyak menekankan tentang keputusan dalam peperiksaan. Pelajar wanita lebih cemerlang kerana mereka lebih rajin membaca, menghafal dan mentelaah pelajaran kerana sistem pendidikan kita lebih menjurus kepada tiga perkara tersebut. Keputusan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang lebih cemerlang kebanyakkan adalah pelajar perempuan. Keputusan cemerlang, mudahlah mendapat laluan ke IPT.
Pelajar lelaki lebih suka kepada aspek-aspek teknikal seperti teknologi maklumat, kejuruteraan dan lain-lain yang melibatkan kemahiran.
Memang benar. Lelaki tidak suka kepada perkara-perkara yang memerlukan mereka untuk duduk diam tanpa melakukan apa-apa kerja. Contohnya membaca. Jika peperiksaan untuk masuk ke IPT dijalankan secara ujian fizikal dan bukan bertulis, aku pasti ramai lelaki yang akan lulus cemerlang, beserta kepujian :)
Rujukan :
~ utusan.com.my
~ mstar.com.my






Wan Perlis says:
July 10th, 2010 at 11:01 pm
hehe dimana hilangnya lelaki
Wan Perlis´s last [type] ..Menarik di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
[Reply]
azwan Reply:
July 11th, 2010 at 12:45 pm
lelaki sibuk mencari rezki dengan cara sendiri demi masa depan yang lebih baik. pendidikan yang tinggi melangit pun belum tentu menjamin masa depan yang lebih baik.
[Reply]
Syafrizal says:
July 20th, 2010 at 12:09 pm
Kiamat semakin hampir.. inilah tandanya
Syafrizal´s last [type] ..RSS Graffiti – bantu blogger promosi blog di Facebook
[Reply]
azwan Reply:
July 21st, 2010 at 12:16 pm
tanda kiamat sudah dekat bukan ini je, banyak lagi tanda-tanda lain
[Reply]
Ina Mamat says:
November 19th, 2010 at 8:48 pm
Graduan2 wanita boleh juga ceburi bidang niaga.. jadi usahawan… saya ada berkongsi sedikit pengalaman & peluang untuk graduan wanita…
Ina Mamat´s last [type] ..Graduan ICT- pentadbiran perniagaan paling ramai menganggur
[Reply]
azwan Reply:
November 22nd, 2010 at 11:58 am
ramai yang tak sanggup menghadapi dugaan dan cabaran sebagai usahawan. ramai wanita lebih berminat kerja makan gaji dan ramai juga yang lebih minat kerja di jabatan-jabatan kerajaan
[Reply]