
Sense of humor (SOH) ialah suatu keadaan, keupayaan atau perkara dimana seseorang itu mempuyai upaya untuk menghiburkan, menceriakan keadaan pada ketika dan masa yang betul. Kebanyakkan antara kita akan ketawa pada sesuatu yang melucukan. Pertumbuhan deria ketawa ini terbina sejak awal kelahiran lagi. Tahukah anda, haiwan juga mempunyai sense of humor.
Keupayaan untuk ketawa dapat menghilangkan rasa tekanan. Contohnya jika anda berada dalam situasi yang sukar, jika anda mampu untuk ketawa, ianya pasti dapat mengurangkan beban yang sedang anda fikirkan. Seterusnya ianya akan membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih tepat.
Sense of humor wujud secara semulajadi. Ianya tidak di ajar di sekolah rendah mahupun menengah dan ianya juga tidak diwarisi turun temurun.
Munkin ada diantara kenalan anda yang mempunyai SOH yang tinggi. Kebiasaanya orang yang ada SOH ini mudah dan senang untuk didekati. Dia boleh membezakan antara waktu yang sesuai dan tidak untuk menceriakan keadaan. Jika bersamanya anda akan rasa terhibur dan hilang semua tekanan yang ada.
Ada orang yang kurang SOH.
Semua perkara yang dibuat mesti dalam keadaan serius. Serius bukan lah perkara yang tidak baik. Tetapi jika setiap masa anda bersikap serius, pasti orang di sekeliling anda kurang senang. Serius memang perlu ada, kerana kalau tidak serius, contohnya dalam kerja, hasil yang akan diperolehi juga kurang baik. Jika terlampau serius juga, hasil kerja yang anda buat munkin kurang baik, kerana anda bekerja dalam tekanan.
Aku paling tidak suka berkerja dengan orang jenis macam ini. Setiap masa nak serius, bila silap nak melenting. Nak marah-marah. Rimas lah berkerja dengan orang yang kurang SOH. Rasa macam terpaksa je buat kerja. Bila aku cuba menceriakan suasana, tidak ada respon pun.
Ibarat seutas tali, jika sentiasa tegang, tali akan mudah putus berbanding tali yang kadangkala tegang dan longgar.
Ada juga orang yang sense of humornya tidak kena pada tempat dan waktunya. Maksud aku berlawak atau bergurau tidak kena masa. Munkin dia cuba untuk menghiburkan dan menceriakan suasana, tetapi perkara yang dibuat tidak sesuai masanya. Contohnya ketika melawat orang yang sedang sakit di hospital “Hoi..hidup lagi kau ni, ingatkan dah padam” ayat itu munkin sekadar gurauan, tetapi tidak sesuai pada masa dan tempatnya.
Seorang penceramah juga perlu ada sense of humor. Aku paling tidak minat penceramah yang serius je sepanjang masa. Kalau 2 jam ceramah, 2 jam itu aku akan rasa terseksa. Jika 2 jam serius, aku tidak rasa semua perkara yang baik disampaikan itu akan tersemat dalam fikiran aku. Lebih-lebih lagi jika ceramah agama. Aku lebih suka dan sanggup untuk mendengar ceramah atau kuliah yang disampaikan oleh ustaz/ustazah yang ada sense of humor sikit. Jika ustaz/ustazah yang menyampaikan ceramah itu tidak ada sikit pun SOH, ianya akan terus membunuh minat aku untuk mendengar ceramah itu.

Sense of humor biasanya banyak pada lelaki. Perempuan juga ada, tapi tidak ramai. Jika anda seorang lelaki, pastikan diri anda ada sense of humor untuk menambat hati ramai gadis-gadis. Perempuan lebih meminati lelaki yang ada sense of humor berbanding lelaki yang serius.
Jika tidak percaya, cuba tanya semua wanita disekeliling anda sekarang, yang mana satu pilihan hatinya, lelaki yang serius atau lelaki yang ada sense of humor.








ishak says:
May 27th, 2010 at 4:50 am
owh patutlah bila aku suka buat lawak kat kolej dulu peempuan suka rapat
.-= ishak´s last blog ..I love you juliana evans =-.
[Reply]
azwan Reply:
May 27th, 2010 at 9:04 am
gila lah lu bro. puji diri sendiri.hehe… girls memang suka lelaki yang ada sense of humor. boleh menghiburkan hati mereka kot.
siapa pulak nak menghiburkan hati lelaki?
[Reply]
rashid says:
May 31st, 2010 at 12:04 am
Alhamdulillah, aku seorang yang kuat sence of humor, kadang-kadang orang yang tak kenal rapat ngan aku akan tersengeh dan ketawa, walau dorang cuba sembunyikan gelak ketawa tu…seronok bila orang lain seronok…hehe
.-= rashid´s last blog ..(Kongsi) Wanita Itu Perlu Dimengerti-Part 1 =-.
[Reply]
azwan Reply:
May 31st, 2010 at 8:51 am
betul tu, seronok bila orang lain seronok. aku suka bila tengok orang lain gembira bila dengan aku. aku paling tak suka dengan orang yang selalu sangat serius and suka marah-marah.
[Reply]