
Inilah harga yang perlu di bayar demi sebuah pembangunan.
Bangunan yang berusia hampir lebih 100 tahun, dibina pada tahun 1895 yang terletak di dalam segi tiga emas kuala lumpur, dilihat tidak lagi relevan kewujudannya. Ianya dirobohkan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012, projek laluan bawah tanah bagi menyambung Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi sebagai langkah megurangkan kesesakan lalulintas.
Lukisan mural pada tembok dinding pernah mencatatkan sejarah sebagai lukisan yang terpanjang di dunia. Kisah banduan merusuh juga pernah berlaku di penjara pudu.
Penjara sering digambarkan sebagai tempat yang tidak elok. Tempat banduan mendapat hukuman, disebat, digantung, dikurung. Bagi aku, penjara ialah satu tempat yang baik, tempat di mana seseorang itu belajar untuk menjadi manusia yang berguna dan lebih baik. Menyesali segala perbuatan jahat yang pernah di lakukan dan cuba menjadi orang baru selepas hukuman tamat.
Aku pernah masuk ke penjara pudu. Pada tahun 1996, selepas semua banduan dipindahkan ke penjara yang baru di sungai buloh, penjara pudu dibuka kepada orang awam. Ikut rombongan sekolah ke penjara pudu. Melawat sel-sel banduan, masuk ke tempat hukuman gantung dijalankan, melihat demonstrasi hukuman sebat dijalankan.
Secara peribadi, aku rasakan penjara pudu tidak patut dirobohkan hanya kerana ingin mengurangkan kesesakan trafik di situ. Buat jalan banyak mana sekalipun kat KL ini, pasti akan ada juga kesesakan. Nilai sejarah penjara pudu itu sepatutnya dipelihara. Dibina 100 tahun dahulu. Lebih lama dari usia kemerdekaan negara kita.
1897.jpg)
Aku rasa usia penjara pudu hampir sama dengan usia bangunan merah di melaka dan juga munkin hampir seusia dengan bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di tengah bandar raya. Kenapa tidak dirobohkan sahaja bangunan-bangunan tersebut, demi mengurangkan kesesakan di dalam bandar?
Kerajaan harus mengekalkan sebahagian penjara pudu demi generasi akan datang. Memang benar sejarah boleh dirakam, buat buku, ambil gambar dan sebagainya. Tetapi dengan adanya bukti dalam bentuk fizikal, sejarah akan lebih dihargai.
Munkinkah bangunan lain yang telah berusia, pada suatu hari nanti tidak relevan dengan masa, akan mengalami nasib sama seperti penjara pudu?
Sumber : bharian.com.my







Wan Perlis says:
June 22nd, 2010 at 10:58 pm
kerana pembangunan bangunan sejarah ni dirobohkan
dalam kenangan
[Reply]
azwan Reply:
June 23rd, 2010 at 4:28 pm
yang tinggal hanya kenangan. munkin suatu hari nanti, generasi akan datang yang lebih bijak pandai menjadi pemimpin negara akan merobohkan pula bangunan bersejarah yang lain.
[Reply]
zik says:
June 23rd, 2010 at 1:26 am
tak sempat nak amik gambar…huhu…warisan negara..
zik´s last [type] ..Jersey untuk dijual
[Reply]
azwan Reply:
June 23rd, 2010 at 4:25 pm
kerajaan telah membuat kenyataan, penjara pudu tidak dijadikan warisan negara. katanya kerana tidak ada yang boleh dibanggakan.
bila mata dah dikaburi duit. segalanya tidak jelas kelihatan
[Reply]
bibimie says:
June 24th, 2010 at 11:15 am
sedih dengan kehilangan penjara pudu. tempat yang menarik untuk tarikan pelancong dan cantik utk tujuan fotografi. kalau betul kawasan tu nak bangunkan mall, makin jammed laa kawasan tu.
bibimie´s last [type] ..trial pack shaklee…
[Reply]
azwan Reply:
June 25th, 2010 at 9:09 am
tak tahu lah apa rancangan kerajaan kat kawasan itu. jammed tak kisah, nilai-nilai sejarah diketepikan, asalkan ‘mereka-mereka’ mendapat keuntungan
[Reply]