Cara Jaga Tayar Kereta

Posted on May 23, 2009
Filed Under Info & Tips | 6 Comments


TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar .

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Prhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud tekanan angin tayar kurang.

From:
lily.miss@gmail.com

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , , ,

Comments

6 Responses to “Cara Jaga Tayar Kereta”

  1. fazamania says:

    May 23rd, 2009 at 3:57 pm

    1st time pakai kereta…info ni berguna gak…toceii..toceiii

    fazamania’s last blog post..[ Update ] Dah Tak Berani Makan Ikan Keli …

    [Reply]

    akuazwan Reply:

    walaupun kita bukan pomen wrkshp, bila pakai keta ni kita sekurang2nya kena tahu perkara2 asas. kalau tak tahu susah la. jangan tahu pakai je.

    [Reply]

  2. mangkuk.com says:

    May 23rd, 2009 at 10:02 pm

    wah terer kamo..aku sejak beli kete x pernah amek taw pon.hahhahaha
    apepon bagus entri kamo ni…good job bro

    mangkuk.com’s last blog post..Kali ke 5 aku demam dalam tahun ni…huhuhu

    [Reply]

    akuazwan Reply:

    bila kita kawan dengan kawan2 kaki kereta ni macam2 kita boleh tahu, aku pun bukan reti sangat. masa mula2 pakai keta dulu aku tak reti pun nak pam tayar. tak tahu nak letak berapa ratus kat meter pam tu

    [Reply]

  3. rahsia hebat says:

    May 28th, 2010 at 11:52 pm

    amat berguna buat org yg tak pandai pasal keta..TQ

    [Reply]

    azwan Reply:

    sekadar berkongsi maklumat yang aku tahu

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled