
Bilakah musim berkahwin?
Musim berkahwin biasanya seiring dengan musim cuti sekolah, betul tak? Bila musim cuti sekolah je, mula lah kita mendapat banyak kad jemputan dan undangan ke majlis perkahwinan.
Tahukah anda kenapa cincin sering di sarungkan di jari manis pengantin dan tidak disarungkan di ibu jari ke, jari telunjuk.
Ok. Mari kita sama-sama mencuba satu aktiviti.
Satukan kedua tangan anda dan tekuk/bengkokkan jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya
Ibu jari.
Cuba buka ibu jari anda, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Suatu hari nanti pasti orang tua akan meninggalkan kita bila tiba masanya. Tutup semula jari yang telah dibuka tadi.
Jari telunjuk.
Buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili adik beradik kita. Mereka juga bakal memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti. Tutup semula jari anda.
Jari kelingking.
Buka jari kelingking, ianya mewakili anak-anak anda. Suatu hari nanti, cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri seperti mana yang anda pernah lakukan. Tutup semula jari anda.

Jari manis.
Bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Boleh buka tak? Hairan kenapa tidak mampu untuk membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami isteri, anda dan pasangan. Tiada yang dapat memisahkan anda bersama pasangan melainkan anda sendiri yang mahukan. Anda telah ditakdirkan untuk sehidup semati dengan pasangan. So, hargailah pasangan anda seperti jari manis :)
Sumber :
~ fcukz.co.cc







pch says:
July 28th, 2010 at 8:52 pm
kuku panjang kila…yarkkkkkk
[Reply]
azwan Reply:
July 30th, 2010 at 9:46 pm
kuku panjang nampak cantik bagi sesetengah wanita
[Reply]