Enable Telnet Dalam Windows Vista dan Windosws 7

27/12/2010

sistem komputer,telnet,windows 7,windows vista Aku tak pandai sangat bab-bab program komputer ini. Tapi memandangkan kat tempat kerja aku ni, aku je yang ada ilmu lebih sikit berbanding orang lain, aku diminta oleh bos untuk memasukkan satu sistem telnet ke beberapa komputer baru beli.

Aku OK je lah. Sebab fikir benda tu senang je. Tapi bila dah buat asik tak jadi je. Pelik gak, sebab aku guna cara yang sama untuk masukkan dalam komputer yang lain sebelum ini.

Disebabkan dah tak tahu nak tanya sesiapa dalam office sebab aku je yang pandai (berlagak..). Aku pun membuat rujukan. Kepada siapa lagi kita nak bertanya selain kawan? jawapanya ialah cari dalam Google. Apa yang aku jumpa dalam google ialah Windows Vista dan Windows 7 tidak membenarkan operasi dari sistem Telnet kerana kurang selamat. Banyak sistem sekarang telah beralih menggunakan sistem operasi SSH.

So, macam mana nak enable kan Telnet itu?

Ikut je langkah-langkah mudah berikut,
1. Open ‘Control Panel’
2. Pilih ‘Programs and Features’
3. Pada kolum sebelah kiri ‘Turn Windows features on or off’
4. Tick pada telnet dan mana-mana sistem yang anda ingin benarkan beroperasi
5. Pergi makan atau minum dulu kerana Windows tengah ‘berfikir’ sekejap.
6. Selesai, dah boleh masuk sitem telnet

Artikel Lama

{ 4 comments… read them below or add one }

choirul December 27, 2010 at 5:15 pm

kalau masalah seperti ini saya tak paham… teman saya yang bisa, jadi minta bantuan teman saya
choirul´s last [type] ..Ketidaksetujuanku

Reply

azwan December 27, 2010 at 10:41 pm

hi coirul.
baru aku sedar kamu bukan blogger malaysia, terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.

Reply

suri January 15, 2011 at 1:13 am

tak tahu sangat bab ni bro.suri tahu pasal sistem maklumat, c++, vb sikit2 oklah lagi huuu.

bro pakar it naper tak tergerak nak buat toturil ttg benda nie heeee..

Reply

azwan January 16, 2011 at 4:34 pm

saya pun tak tahu sangat. buat2 pandai je.heh.. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: