• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Hari Tidak Berbelanja


Suatu masa dulu kita akan membeli apa yang diperlukan, untuk diri sendiri dan juga munkin untuk keluarga. Sekarang, rasanya semua yang kita perlukan sudah ada di rumah. Makanan, pakaian, hiburan dan pelbagai lagi kelengkapan, semuanya kita sudah miliki.

Walaupun demikian, kita masih lagi ingin berbelanja. Ini mendorong kita berbelanja/membeli barang yang bukan keperluan. Kita berbelanja adalah untuk menonjol di kalangan kawan-kawan, berbelanja sesuatu agar tidak rasa terpinggir atau ketinggalan. Apa sahaja yang kita belanjakan,tanpa disedari, secara tidak langsung pasti akan memberikan kesan kepada alam sekitar.

Tahukah anda pada 16 julai 2010 yang lalu, Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah memilih hari tersebut sebagai Hari Tidak Berbelanja. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna agar memikirkan semula tabiat berbelanja masing-masing, pengguna dinasihat tidak membuat sebarang pembelian yang tidak perlu pada hari itu. Pengguna digalakkan untuk meminimumkan perbelanjaan agar lebih menghargai nilai wang yang dibelanjakan setiap hari.


Hari tidak berbelanja bukan sahaja disambut di malaysia. Ianya juga diadakan di peringkat antarabangsa pada setiap 29 November dan dikenali sebagai Buy Nothing Day.

Buy Nothing Day diilhamkan oleh seorang artis Kanada, Ted Dave dan rakannya pada tahun 1992. Adbusters, sebuah majalah antarabangsa membantu mempromosikan dan menyebarkan aktiviti tersebut, sehingga tahun 2003, sebanyak 62 buah negara telah turut serta menganjurkannya.

Hari Tidak Berbelanja akan mengajar kita agar menggunakan segala sumber yang ada. Ianya juga boleh menjadikan cabaran kepada diri, keluarga dan rakan-rakan agar menghentikan segala perbelanjaan selama 24 jam.

Sambutan di malaysia nampaknya seperti langsung tidak disedari. Aku rasa ramai yang tidak mengetahui tentang aktiviti ini. Aku sendiri tidak menyedari wujudnya hari tersebut, sehingga aku terbaca dalam surat khabar. Tidak ada sebarang kempen besar-besaran yang dibuat agar orang ramai menyedari tentang hari tersebut. Tidak seperti kempen anti merokok, kempen kitar semula, kempen anti pemerdagangan orang atau kempen kurangkan gula yang dilakukan secara besar-besaran.

Sumber :
- buynothingday
- adbusters
- FOMCA

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in Info & Tips and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

4 Responses to “Hari Tidak Berbelanja”

  1. Syafrizal says:

    July 20th, 2010 at 12:07 pm

    berbelanja dengan berhemah.. lagi elok belanja benda2 halal sahaja.. support produk umat Islam..
    Syafrizal´s last [type] ..Perasmian RFC Kangar Di TV1

    [Reply]

    azwan Reply:

    betul tu. sokong produk buatan orang islam.
    munkin boleh dicadangkan kepada PPIM supaya mewujudkan Hari Berbelanja Produk Buatan Islam

    [Reply]

  2. Wan Perlis says:

    July 21st, 2010 at 11:08 pm

    haha baru tau pasal ni
    Wan Perlis´s last [type] ..Forum Pilihan

    [Reply]

    azwan Reply:

    baru tahu eh.
    aku pun baru tahu lepas baca paper hari itu. promosi kurang aktiviti ini

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: