
2 hari lepas dalam wandisini.net aku ada bagi tahu nak buat ikan pari bakar. Dengan jayanya, aku telah membuat ikan pari bakar portugal tersebut. Ianya hampir sama dengan ikan pari bakar portugis, oleh kerana ada beberapa bahan yang tidak ada, aku tukar namanya la.
Bagi kawan2 yang bujang, boleh la try resipi ini kerana ianya cukup mudah untuk di buat dan tidak memerlukan bahan2 yang banyak. Selain itu, bahan2 yang digunakan juga aku rasa anda mesti mudah untuk anda cari dan dapat.
Baiklah, mari kita ikuti langkah2 berikut. Jika tak berjaya, tak mengapa, anda yang makan sendiri tak ada siapa yang tahu sedap ke tak.
1. Pergi ke pasar ikan bersama mak/girlfriend/boyfriend/tunang/skandal/ atau sesiapa sahaja yang tahu membeli ikan.

2. Beli sekali untuk bahan-bahan perencah (bawang merah,bawang putih,halia,serai,belacan,cili kering,cili padi)
3. Kisar semua bahan perencah tersebut – kuantiti dan bilangan dalam membuat perencah tersebut terpulang kepada anda. Ikut suka je. Aku pun takda sukatan yang betul.

4. Selepas perencah disiapkan. Tumis sehingga garing dan baunya boleh sampai ke rumah jiran anda. Selepas agak garing dah naik minyak, tambahkan sedikit air agar sambal itu nampak basah sikit dan tak kering.

5. Selepas selesai membuat sambal. Lumurkan sambal tersebut ke atas ikan pari. Letakkan di atas daun pisang dan bungkuskan dengan aluminium foil. Selepas itu boleh la dibakar selama 30 minit.
Inilah hasilnya

Macam mana?
Senang tak? cuba la, kalau sudah mencuba nanti jangan lupa bagi aku rasa eh.
Selamat mencuba. Ketuk-ketuk ramadhan







Saffa says:
September 4th, 2009 at 4:16 pm
Nak nak nak! Saffa suka giler ikan pari!
[Reply]
Saffa Reply:
September 4th, 2009 at 4:18 pm
Tersend plak. Tapi Saffa lagi suka ikan pari bakar je dgn kuah asam tu. Fuh! kecur dah air liur nih! Alaa.. kat hostel saffa tak ada pari bakar. ;(
[Reply]
azwan Reply:
September 4th, 2009 at 9:19 pm
bukan kat UIA ada bazar ke, tak kan kat bazar tu tak da jual. mustahil la. kalau susah sangat, beli je kat pasar, bakar sendiri kat belakang kolej.hehe…
[Reply]