• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Ikan Siakap Stim


Sekali lagi selepas kejayaan pertama aku buat ikan pari bakar, kali ini aku mencuba masak ikan siakap stim dan hasilnya boleh dibanggakan oleh aku.

Tutorial membuat ikan siakap stim.
Mari kita lihat bahan-bahannya.
1. Ikan siakap. Saiz ikut suka anda. Kalau rasa nak makan banyak, beli la yang bersaiz besar.
2. Bahan A – Bawang merah 3 biji, bawang putih 3ulas, cili padi, halia seinci, serai, sos tiram.
3. Bahan B – Daun bawang, daun sup, limau kasturi, nenas, tomato, asam asin.

Cara membuatnya.
1. Tumbuk semua bahan A sehingga lumat yang anda suka
2. Lumurkan ikan siakap dengan sos tiram secukup rasa. Selepas itu lumur dan ratakan bahan A ke ikan tersebut.
3. Letakkan pula bahan B disekeliling pinggan dan diatas ikan.
4. Perapkan sebentar dan kukus selama lebih kurang 30 minit.
5. Sebelum dihidangkan, boleh la diperahkan dengan air limau.

Mudah bukan, dengan cara masakan azwan, anda mampu memasak sehebat chef :) hehe..

Oh ya, harga ikan siakap yang aku beli itu ialah RM12 untuk 2ekor. Saiznya macam dalam gambar tu la. Agaknya kalau kita makan ikan siakap stim kat kedai berapa ringgit eh? aku rasa lebih kurang RM12 ke RM13 bergantung kepada saiz. Jika kita masak sendiri dah boleh dapat 2 ekor ikan.
Lagi sekor ikan siakap tu aku nak try masak ikan 3 rasa. Tunggu dan nantikan pula tutorial memasak cara azwan untuk ikan siakap 3 rasa.

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in Info & Tips and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

8 Responses to “Ikan Siakap Stim”

  1. iyouwe says:

    September 14th, 2009 at 8:46 pm

    esok, saya masak ni! nanged u! nang me back if want to know more about spm trial questions leak! nang me!

    [Reply]

    azwan Reply:

    hello iyouwe. thanks for dropping by here.
    if you dah masak nanti. don’t forget to tell me and send some to me

    [Reply]

  2. Dewy Bustamam says:

    March 31st, 2011 at 9:13 pm

    Salam..
    saya dah try dah..alhamdulillah jadi..ada ala2 light tomyam skett..tapi sedappppp! so simple! thank U for sharing *_*

    [Reply]

    azwan Reply:

    terima kasih kerana mencuba. tak sangka ada orang cuba gak resepi aku ni. hehe…

    [Reply]

  3. siputsedut says:

    August 29th, 2011 at 5:19 pm

    hehehe…. bru nak try buat ari ni… harap menjadi… for the last day of fasting in ramadan 2011…

    [Reply]

    azwan Reply:

    so macam mana?
    jadi tak resipi yang aku bagi ni

    [Reply]

  4. nuriz says:

    December 14th, 2011 at 8:18 pm

    hehe saya suka ni
    nuriz“s last [type] ..Video Aktivis Mengamuk Rempuh Bas di Seoul Korea Selatan

    [Reply]

    azwan Reply:

    kalau suka. sila lah buat dan buat kiriman ke rumah saya.hehe…

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: