• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Jam Terbesar Di Kota Makkah


Jam yang terbesar di dunia yang terletak di kota makkah telah mula berfungsi pada awal ramadhan. Kerajaan arab saudi berharap ianya akan menjadi masa rasmi kepada penduduk islam dunia. Jam tersebut telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Raja Abdullah Bin Abdulaziz Al Saud 1 minit selepas jam 12 pagi pada hari pertama ramadhan.

Jam tersebut mempunyai 4 muka dan setiap muka berukuran 43 meter. Setiap muka jam tersebut juga mempunyai ukuran diameter 6 kali lebih besar dari London’s Big Ben. Ianya terletak 400 meter diatas bangunan pencakar langit yang dikatakan bakal menjadi hotel yang kedua tertinggi di dunia.

Lebih 90 juta keping kaca berwarna digunakan untuk menghiasi setiap muka jam tersebut yang turut dihiasi dengan kalimah ‘Allah’. Ianya dapat dilihat di setiap sudut bandar Makkah.

Jam tersebut bakal menjadi landmark bagi 7 menara kompleks raja abdulaziz yang dibina oleh syarikat Saudi Binladen Group. Menurut media tempatan projek menara jam tersebut menelan kos belanja $3 billion. Projek ini adalah sebahagian dari usaha membangunkan kota makkah untuk memberi keselesaan kepada pengunjungnya. Hampir 3.5 juta umat islam saban tahun melawat kota makkah bagi menunaikan haji

Apabila masuknya waktu solat cahaya bewarna hijau dan putih akan berkelip menandakan masuknya waktu solat. Cahaya berkenaan boleh dilihat sejauh 30km. Projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam masa 3 bulan dari sekarang. Lebih banyak gambar boleh tengok di arabianbusiness.com

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in Info & Tips and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

10 Responses to “Jam Terbesar Di Kota Makkah”

  1. x-po says:

    August 15th, 2010 at 2:46 pm

    masa tgk solat terawih dari Mekah live malam2 kat tv1, memang cantik pemandangan jam tu
    x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN

    [Reply]

    azwan Reply:

    ye ke.
    aku tak pernah tengok lagi lah terawih dari mekah tu. selalu time tu dah tidur. nak kena tengok gak ni nanti

    [Reply]

  2. hanif says:

    August 17th, 2010 at 2:45 am

    Wah besar gler jam tu,klau duduk area situ tak pyah pkai jam pn takper huhu.Bangga gak kan sebab kat negara islam ada jam terbesar didunia..
    hanif´s last [type] ..VCD Cetak Rompak Pun Ada Dijual di Bazar Ramadhan

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang bangga sebab negara islam yang buat. negara arab ni memang banyak duit. apa pun boleh buat.
    kalau malaysia pun ada duit yang banyak, pasti kita boleh buat gak. tapi aku yakin, kalau malaysia buat macam itu, pasti akan ada orang malaysia sendiri yang mengutuk projek itu. membazir je katanya

    [Reply]

  3. ishak says:

    August 20th, 2010 at 4:45 pm

    wau hebatnya tak terkata……
    ishak´s last [type] ..Penulisan blogger otai ala-ala sombong

    [Reply]

    azwan Reply:

    satu lagi bukti negara islam juga mampu untuk membuat sesuatu yang hebat

    [Reply]

  4. myFirdaus says:

    August 21st, 2010 at 6:13 am

    makkah kearah menjadi pusat rujukan utama waktu di dunia…. tp mmg cantik laa…

    [Reply]

    azwan Reply:

    hope akan menjadi kenyataan lah

    [Reply]

  5. surihati_ku says:

    September 3rd, 2010 at 2:43 pm

    besarnya jam tu.pasti dia juga mengeluarkan bunyi yang kuat apabila ia tepat waktunya nanti heee..

    [Reply]

    azwan Reply:

    bunyi kuat tak sure lah. nanti cuba lah bertanya kepada sesiapa yang dapat pergi haji tahun ini

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: