Jangan Gunakan Pisau Tumpul

19/09/2011

Bagi mereka yang selalu menyediakan makanan untuk orang yang tersayang, sudah tentu anda akan menggunakan pisau untuk memotong, mencincang atau meracik-racik bahan mentah dalam penyediaan hidangan yang enak. Tambahan pula sekarang ini musim rumah terbuka aidilfitri, sudah tentu ramai yang akan menyediakan makanan yang enak untuk dihidangkan kepada tetamu.

Menurut seorang Chef dari Indonesia, Margie Gunawan, penggunaan pisau tumpul untuk memotong sayur-sayuran akan menyebabkan dinding sel sayur berkenaan rosak. Dinding sel berkenaan berfungsi sebagai pelindung kepada kandungan vitamin agar tidak rosak atau khasiatnya hilang. Dinding sel boleh rosak akibat geseran antara sayur dan logam pisau. Selain itu, geseran tersebut boleh menyebabkan kerosakkan pada kandungan serat (fiber) yang terkandung dalam sayur tersebut.
pisau tajam,pisau tumpulUntuk mengelakkan makanan yang dimasak hilang khasiatnya, potonglah sayur atau daging dengan menggunakan pisau yang tajam. Pisau yang tajam akan meminimakan geseran. Pisau tumpul akan menyebabkan geseran yang lebih besar dan berkemungkinan kita akan memotongnya 2 kali.

Selain itu, Chef Margie menyarankan agar sayuran yang telah dipotong tidak dibiarkan terdedah terlalu lama sebelum di masak. Itu juga boleh merosakkan dan menghilangkan khasiat sayuran atau daging.

Pisau tumpul juga seharusnya tidak boleh digunakan. Menurut Selebriti Chef No. 1 Malaysia, Chef Wan (bukan azwan). Bila menggunakan pisau tumpul, kita akan memberikan tekanan yang lebih semasa memotong. Tekanan yang lebih munkin akan mengakibatkan kita tergelincir dari sayuran atau daging yang dipotong.

Teringat masa zaman sekolah dulu berkawan dengan budak-budak asrama. Mereka curi burung puyuh yang dibela di sekolah sebagai projek subjek Kemahiran Hidup. Untuk makan burung puyuh itu, kena sembelih dulu. Budak-budak asrama ‘yang baik’ ni sembelih burung puyuh tersebut dengan menggunakan pisau lipat 20sen yang dibeli di koperasi sekolah. Ada kawan ‘yang bijak’ berkata, kalau tak sembelih nanti makanan tak halal. Tapi kalau makan hasil curian halal ke? hehe..

Dalam islam pun antara syarat penyembelihan ialah menggunakan pisau yang tajam. Tujuannya supaya penyembelihan itu tidak menyeksakan haiwan sembelihan berkenaan dan melancarkan pengaliran keluar darah.

aku ada pantun pisau tumpul

kalau ada pisau yang tumpul,
jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada salah dan silap yang terkumpul,
janganlah dipendam di dalam hati.

Artikel Lama

{ 6 comments… read them below or add one }

UpProfits September 20, 2011 at 11:43 am

Pisau tumpul pun ada pantun ek..hehe

Reply

azwan September 22, 2011 at 10:12 am

pantun asal tu “kalau ada jarum yang patah..” aku ubah. hehe.. :)

Reply

suri September 20, 2011 at 1:41 pm

pisau tumpul bahaya diiguna..inikan tajam takut terhiris jari pula
suri´s last [type] ..Mengemis Ala Jakarta, New Delhi

Reply

azwan September 22, 2011 at 10:13 am

kalau semua bahaya. suri beli je lauk siap masak kat luar.hahaha… :)

Reply

Hadi Rofiee September 21, 2011 at 6:46 pm

Alhamdulillah, terima kasih kerana perkongsian ini. Mungkin inilah hikmah di sebalik kita disuruh menyembelih menggunakan pisau yang tajam. :-)
Hadi Rofiee´s last [type] ..Pengalaman Menjadi Pemandu Pelancong

Reply

azwan September 22, 2011 at 10:15 am

terima kasih.
memang setiap larangan dalam islam pasti ada hikmahnya. cuma kita je yang kadangkala was-was nak mempercayai

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: