Kereta termurah didunia iaitu Tata Nano bakal menjadi kereta termahal di dunia. Ini kerana kereta tersebut akan dibaluti oleh emas tulen di keseluruhan badannya.
Tata Group, syarikat yang mengeluarkan Tata Nano, bekerjasama dengan Titan dalam menghasilkan projek ini. Kereta yang diberikan nama Goldplus Nano ini direka bagi meraikan 5000 tahun Indian Jewellery.
Berkemungkinan Goldplus akan dilancarkan pada bulan April atau Mei 2011. Ada 13 rekaan yang telah dihasilkan dan warga India diberikan peluang untuk memilih rekaan mana yang bakal menjadi kereta emas pertama India.
Menurut International Business Times, Tata Groups mengeluarkan Goldplus adalah untuk menampung kemerosotan jualan Tata Nano di dalam pasaran domestik. Ini kerana pada bulan November 2010 Tata Nano hanya terjual sebanyak 509 unit dan sangat berbeza dari jualan pada bulan Julai iaitu sebanyak lebih 9000 unit.
Kemerosotan jualan Tata Nano dipercayai berpunca dari beberapa insiden kereta tersebut terbakar tanpa diketahui punca dan sebabnya.

{ 14 comments… read them below or add one }
Kalau dah salut ngan emas, takkan terbakar dah ke erk? huhuhu… kalau beli kete siap salut emas ni, memang tak bawa keluar aa maksudnya. huhuhu
Eizil´s last [type] ..Entschuldige!
kalau tak bawak keluar baik beli barang kemas je kan. kena lah jalan-jalan untuk eksen sikit
bahaya ni lau beli bawak kat msia.. habis kena kikir kete tu.. hehee
fiezaradzi´s last [type] ..Tahun Baru dan Mereka Yang Hebat
bila beli kereta ini, kena amik bodyguard lah. kalau tak ada, memang tak leh bawak gi berjalan lah
haha keta ni sesuai buat perhiasan ja
memang sesuai untuk hiasan dan nak eksen je..
hehe, kete camnie kene parking dalam peti besi laaa… hoho
samanosuke_04´s last [type] ..Kali Pertama Main Snowboard kat Moscow
peti besi besar mana?
hoo tak cantik sb persis indian jer hee… hurm.. sah2 kete ni klu letak kat tempat tak der org mmg akan hilang heee..
ada banyak pilihan, bole pilih ikut citarasa sendiri.
nak jalan2 kena ada kereta pengiring… huhu
zik´s last [type] ..Thanks a lot to anwarosmancom !!
kena ada pengiring lah..kalau tak nanti ada yang sengaja langgar
camni kena pasang alarm ;)
kereta tu bukan takat alarm je kena pasang, pasang bodyguard sekali