Kunyit Boleh Membunuh Kanser

Posted on March 5, 2010
Filed Under Info & Tips | 5 Comments


Saintis dari Ireland’s Cork Cancer Research Centre yang membuat kajian terhadap kanser perut telah mengesan sel kanser bertindak balas dengan curcumin – bahan yang terdapat dalam kunyit. Kunyit ialah bahan asas dalam menyediakan kari. Hasil kajian tersebut akan diterbitkan di dalam British Journal of Cancer.

Tahukah anda?
Curcumin lah yang memberikan warna kekuningan kepada kunyit. Kunyit sangat berpotensi untuk dijadikan bahan dalam rawatan mencegah kanser perut. Saintis yang membuat kajian menemui bahan semulajadi yang terkandung di dalam kunyit memberitahu ianya mampu merawat sel yang rosak sebelum bertukar menjadi kanser.

Tabib dan dukun cina telah lama menggunakan kunyit sebagai bahan dalam rawatan mereka sejak lama dahulu lagi. Antara kegunaanya ialah merawat kesan melecur, dan dipercayai juga ianya dapat mengurangkan kadar kolestrol.

Kanser perut membunuh lebih dari setengah juta penduduk dunia setiap tahun. Penghidap kanser ini meningkat setiap tahun sejak 1970an.

Bagi kita yang tinggal di Malaysia ini, memang banyak masakan yang menggunakan kunyit. Tidak sukar untuk mencari hidangan yang ada kunyit. Tapi kebanyakkan masakan di Malaysia, masakan yang menggunakan kunyit, ianya pasti akan dipadankan dengan santan kelapa.

Tahukah anda santan mengandungi kadar kolestrol yang tinggi?
Santan kelapa, walaupun rasanya sedap dan digunakan dalam pelbagai masakan sama ada lauk pauk atau kuih, terutama dalam makanan tradisional, tetapi mempunyai tahap asid lemak tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dengan kadar berlebihan serta boleh menyebabkan kegemukan.

Marilah kita sama-sama mengubah tabit pemakanan kita dengan memperbanyakkan hidangan yang berkari agar kita terhindar dari serangan kanser perut.
Sarapan pagi mee kari.
Tengah hari dengan nasi putih kari kepala ikan.
Makan malam roti canai dengan kuah kari banjir.

Selepas anda mengamalkan cara pemakanan diatas, kemungkinan untuk anda mendapat kanser perut adalah rendah, tetapi kemungkinan untuk anda mendapat tekanan darah tinggi, sakit jantung dan strok yang akan meningkat.

Ingatlah wahai teman,
Setiap penyakit itu pasti ada penawarnya, kecuali mati.

Sumber : dailychilli.com

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , , , ,

Comments

5 Responses to “Kunyit Boleh Membunuh Kanser”

  1. sangilapi says:

    March 5th, 2010 at 7:19 pm

    bangsa kita ada kaedah perubatan herba yang boleh digunapakai dalam masakan namun ia bagai terpinggir dalam kehidupan kita sekarang ni….setiap tumbuhan yang boleh dijadikan ubat kena ada sukatannya,bagi menghindar masalah lain timbul.

    [Reply]

    azwan Reply:

    banyak ubat dari sumber alam yang bolehh dimajukan, betul tak?
    itulah kelebihan alam semulajadi ciptaan yang maha esa ini

    [Reply]

  2. ahmadyusrie says:

    March 8th, 2010 at 11:40 am

    terima kasih atas info di atas.
    tak sia-sia selalu makan nasi goreng ayam kunyit kat kedai tomyam seafood, ada manfaatnya.
    betul pendapat saudara, masakan orang kita ni terlalu sinonim dengan santan kelapa…kalau x silap santan ni boleh diganti dengan susu sejat kn? lg sihat..

    [Reply]

    azwan Reply:

    santan kelapa menjadikan makanan lebih sedap dan lazat. itu sebabnya ramai rakyat malaysia yang berpenyakit. memang boleh digantikan dengan susu sejat, tapi rasanya tak akan seenak dengan menggunakan santan kelapa.
    aku pun suka ayam goreng kunyit, bawang dan kacang panjang yang digoreng bersama ayam sungguh enak dimakan begitu saja

    [Reply]

  3. IMCurtain.com says:

    March 25th, 2010 at 10:20 pm

    Kunyit Boleh Membunuh Kanser | AzwanAnuar.com…

    Tabib dan dukun cina telah lama menggunakan kunyit sebagai bahan dalam rawatan mereka sejak lama dahulu lagi. Antara kegunaanya ialah merawat kesan melecur, dan dipercayai juga ianya dapat mengurangkan kadar kolestrol…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled