Mari Menari Poco-Poco

Posted on July 7, 2009
Filed Under Info & Tips, Seni & Hiburan | 4 Comments

Mesti korang biasa mendengar poco-poco.
Ala.. senaman yang berbentuk tarian. Senaman ini sebaris/sejenis la dengan taichi. Ianya hanya memerlukan pergerakan yang mudah. untuk kesihatan minda dan untuk melancarkan pergerakan darah dalam badan kita. Bila badan sihat otak pun cerdas, tak da la lesu je. Muka toya je macam siput sedut. Tarian poco-poco ni katanya bermula dari Ambon dan bukan dari , dan sudah semestinya bukan dari Malaysia.

Kenapa kita tak wujudkan sendiri satu set senamrobik yang berasal dari malaysia eh? kenapa perlu cedok dari seberang? Kita pun ada tarian warisan yang banyak, menari zapin ke, cak lempong ke, bukankah semua itu pun boleh mengeluarkan peluh juga?

Poco-poco tergolong dalam kategori Line Dance. Line dance ialah sebuah tarian yang memerlukan pergerakan yang sama berulang ulang dalam satu kumpulan yang besar atau dalam satu barisan tanpa mengira gender korang. Poco-poco juga boleh dilakukan dimana2, bila2 masa dan ikut suka hati korang la, asalkan tidak menganggu ketenteraman orang lain mahupun sekalian haiwan2 dihutan.

Aku mula mengenali poco-poco masa mula-mula kerja kat ofis aku ni. Salah seorang kawan aku dalam ofis ni cukup terrer poco-poco. Walaupun ada kawan yang mahir menari poco poco ni, sumpah aku tak reti sangat menari ni. Kayu je

If you think this dance too tradisional, take a look this , western guys also enjoy it. This dance was performed by Folkuniversitetet dancing class students in Linkoping, Sweden.

Sekarang kita lihat pula bagaimana pergerakannya..

1. Bergerak ke kanan dua langkah..
2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
3. Bergerak ke belakang dua langkah
4. Bergerak ke hadapan dua langkah
5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..

Lagu asal poco-poco

Lirik lagu Poco-Poco

(1)Balenggang pata-pata
Ngana pe goyang pica-pica
Ngana pe bodi poco-poco

(2)Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing.

Repeat (1)(2)

Ngana bilang
Kita na sayang
Rasa hati ini malayang
Jau… uh… ci ya … ci ya

Biar kita ngana pe bayang
Biar na biking layang-layang
Cuma ngana yang kita sayang

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , , , , ,

Comments

4 Responses to “Mari Menari Poco-Poco”

  1. Kujie says:

    July 8th, 2009 at 9:45 pm

    cikgu2 ramai lah yg berpoco-poco.

    off topic : kak jie menantu jowo…org Kedah. orak iso ngomong jowo tapi pahem.

    Kujie’s last blog post..Kisah Mertuaku lagi

    [Reply]

    azwan Reply:

    bukan cikgu je k.jie.
    poco poco ni dah boleh digelarkan senamrobik untuk orang goverment. kursus ke aktiviti riadah ke, pasti akan ada poco2 ni

    [Reply]

  2. zelo55 says:

    July 11th, 2009 at 8:28 pm

    aku ade wat artikel psl poco2 nih…
    tp lbih kpd negatif arr…
    hahahaha…

    bace kat link bawah ni…

    http://zelo55.com/2009/04/kenapa-aku-tak-suka-poco-poco-pocho-pocho/

    zelo55’s last blog post..Eminem – Beautiful (Downlad, Video, Lirik)

    [Reply]

    azwan Reply:

    aku dah baca artikel ko pasal poco2 tu, penuh dengan aura kebencian. memang tak best pun poco2 ni, bosan je. kalau nak bersenam baik berjoging ke main futsal ke. baru best kuar peluh

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled