• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Mee Udang Sabak Bernam


Kalau anda tersesat hingga ke sabak bernam, apa kata singgah sebentar makan mee udang. Mee udang ini munkin tidak sepopular mee udang kuala sepetang. Udangnya juga tidak lah sebesar udang di kuala sepetang itu. Tapi ianya juga mampu membuatkan anda termimpi-mimpi di malam hari. Ianya juga mampu membuatkan lidah anda melecur, kerana panas dalam mee udang ni lambat hilang.

Kedai mee udang ini terletak di pantai BNO Sabak Bernam. Untuk kesana anda hanya perlu cari signboard ke pantai BNO atau signboard Kelong Paradise. Sambil minum petang dan makan mee udang, anda boleh menikmati keindahan sunset. Mentari terbenam di ufuk barat sambil mendengar desiran ombak membelah pantai. Burung berkicau keriangan. Sungguh indahnya alam ciptaan tuhan ini. Kedai itu betul-betul menghadap ke laut.

Kedai tersebut juga bukan sekadar menjual mee udang. Semua jenis menu anda boleh pilih dan tambah udang. Laksa udang, nasi goreng udang, roti bakar udang dan macam-macam menu udang lagi lah yang ada.


Berhampiran kedai mee udang tersebut ialah pejabat Kelong Paradise. Kelong Paradise menyediakan tempat penginapan di atas kelong yang terletak 15 batu nautika dari pantai sabak bernam. Ianya satu tempat yang menarik dan terbaik untuk kaki pancing membawa keluarga bercuti. Sambil memancing sambil bercuti. Aku pun tak pernah sampai ke sana sebetulnya, sebab aku bukan kaki pancing. Macam bosan je memancing ini.hehe.. Untuk maklumat lanjut – Kelong Paradise.

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in Info & Tips and tagged , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

7 Responses to “Mee Udang Sabak Bernam”

  1. Syafrizal says:

    June 8th, 2010 at 8:33 pm

    wah sedapnya heheh
    .-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang sedap. kalau tersesat sampai sabak bernam boleh lah singgah and try makan

    [Reply]

  2. chybee says:

    June 9th, 2010 at 6:46 am

    nampak sangat menyelerakan
    .-= chybee´s last blog ..From Bretzel & Spätzle To Shisha & Kebab (Main Course) =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang sedap dan sungguh menyelerakan dimakan ketika masih lagi panas dan ketika perut kosong

    [Reply]

  3. yoy says:

    June 14th, 2010 at 4:08 pm

    mcm bes..
    bile nk jjak sabak bernam..
    huhu

    [Reply]

    azwan Reply:

    kalau ada masa yang terluang, silalah jejak kan kaki ke mari. lepas tu layan mee udang. betul betul ho liaw..

    [Reply]

  4. ichwana says:

    June 17th, 2010 at 2:51 pm

    Salam kenal.. Lezat banget tuh…
    kunjungi juga website kami http://www.unand.ac.id dan blog saya di ichwana.blogdetik.com

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: