Mengenal Tulisan Anda
Posted on July 30, 2009
Filed Under Info & Tips | 8 Comments

Sedikit maklumat yang aku jumpa dan baik untuk dikongsikan bersama. Supaya kita dapat memahami karekter sesorang dengan hanya melihat tulisan je. Katanya, ni hasil kajian Dr. Fadzilah Kamsah. Ntah la betul ke tak anda baca dan tentukan sendiri ok.
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i.. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Sdahkah anda mengenalpasti tulisan anda macam mana. Kalau rasa macam tak percaya dengan maklumat yang aku jumpa ni, boleh buat ujikaji sendiri. Pergi dapatkan sebarang surat milik kawan anda. Dan cuba lihat samaada ada kebenaran atau pun tidak.







Saffa says:
July 30th, 2009 at 11:50 am
Hahaha.. Betul lah jugak tu!! =)
[Reply]
azwan Reply:
July 31st, 2009 at 5:52 pm
yang mana satu jenis tulisan saffa
[Reply]
Izah says:
August 10th, 2009 at 1:43 pm
Erm…ade jigak yang betul kot….
[Reply]
azwan Reply:
August 11th, 2009 at 1:00 pm
kalau yang baik tu betul je kan.hehe…kalau tak baik mesti kata tak betul
[Reply]
cikgu wani says:
August 19th, 2009 at 4:34 pm
ha……..mmg betul…
tulisku yg condong ke kanan….bleh la..byk yg terkena…
[Reply]
azwan Reply:
August 20th, 2009 at 2:43 pm
berani, mudah menunjukkan kasih sayang tu memang ada pada ko yang aku nampak. yang lain tu tak tahu la
[Reply]
aini says:
February 9th, 2010 at 11:43 am
kalau tulisan selalu bertukar2 , macamana pulak. tandanyer lalang ker? tak tetap pendirian ker? saya suka terikut2 tulisan org yg saya rasa unik dan menarik…lepas beberapa lama, balik ke tulisan asal balik…apa maknanyer tu?
[Reply]
azwan Reply:
February 19th, 2010 at 4:46 pm
saya rasa kalau orang tulisan yang tukar2 ni tak tetap pendirian kot..
tapi boleh ke tulisan berubah? musykil
saya tak pernah jumpa lagi orang yang tulisan bertukar2 ni
[Reply]