Minyak Petrol RON95 dan RON97

Posted on October 30, 2009
Filed Under Info & Tips | Leave a Comment


Sudah hampir 2 bulan minyak petrol RON95 menjengah ke pasaran . Sudah banyak cerita yang aku dengar dan baca semasa awal kemunculannya. Ada yang kata bagus. Ada yang kata tak bagus sebab mereka menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan seperti sebelumnya.

RON (Research Octane Number) sebenarnya adalah sejenis ukuran untuk mengukur kualiti minyak, macam untuk mengukur ketinggian, ada meter, sentimeter. Istilah RON hanya digunakan di dan Eropah. Manakala di US istilah yang digunakan untuk mengukur kadar kandugan octane dalam petrol di panggil AKI (Anti-Knock Index). Petrol jenis RON97 adalah lebih sukar terbakar berbanding jenis RON95.

Bagi yang beprestasi tinggi RON97 adalah amat sesuai. Ianya dapat mengelakkan berlakunya engine knocking.

Apa itu engine knocking (ketukan pada enjin)?
Knocking berlaku di bahagian dimana minyak-udara bercampur dan terbakar sebelum penyalaan sebenar dari spark plug. Ini akan menyebabkan enjin membuat pembakaran awal serta cepat overheating. Bakar awal, minyak pun cepat habis la.
Faham? Tak faham eh. Contohnya, bila anda nak pasang lampu, baru je nak tekan switch, lampu dah menyala. Anda terkejut. Terkejut tu la knocking.

Petrol RON97.
Sangat sesuai untuk semua jenis di . Dari yang murah hingga la yang ke mahal. Lebih baik guna ron97 jika untuk kegunaan harian dalam bandar kerana lebih pick up. Bila dalam jem kita memerlukan yang pick-up kuat untuk mencelah2. RON97 juga sangat sesuai banget untuk jenis 1.8 keatas. Ini kerana kebanyakkan jenis 1.8 keatas adalah yang berprestasi tinggi.

Bukannya tak boleh gunakan RON95, tapi nanti anda akan komplen kata dah tak sedap la. Mula la berkira2 nak beli baru. Jika degil nak juga guna RON95, sebab boleh jimat dan jalan jauh, enjin anda akan mengalami sindrom engine knocking.
Honda Civic Type-R tak boleh pakai RON95 sebab kat pakai RON100 untuk kereta2 sports car mereka.

Petrol RON95
Sesuai untuk pengguna manual kerana kita boleh mengawal kadar penggunaan minyak semasa menekan pedal minyak dan mengawal pick-up . Minyak jenis ini juga sesuai lah untuk perjalanan yang jauh kerana ianya memang benar2 menjimatkan dengan harga RM1.80/liter berbanding RON97 RM2.05/liter.

So, pilihan di tangan anda. Jadilah pengguna yang bijak :)

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , ,

Comments

Leave a Reply

CommentLuv Enabled