Murtabak Mengkasar

Posted on February 7, 2010
Filed Under Info & Tips | 9 Comments


Baru-baru ini aku pergi jalan-jalan cari makan bersama tunang tersayang.
Makanan yang aku cari ialah murtabak. Aku telah menerjah kedai murtabak mengkasar. Menurut cerita dari mulut ke mulut. Murtabak ini sangat sedap dan sangat termashur di Bandar Di Raja Pekan, Pahang. Keenakan rasanya dengan resepi tersendiri menjadikan Murtabak Mengkasar begitu popular bukan sahaja di Pekan malah mendapat perhatian daripada pengunjung Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Selangor dan Singapura.

Kedai murtabak mengkasar yang aku kunjungi ini adalah cawangan terbarunya selepas cawangan di Bukit Sekilau, Kuantan. Nama Murtabak Mengkasar diambil bersempena nama Kampung Mengkasar di mana perniagaan murtabak ini beroperasi sehingga kini yang di Pekan dan menjadi ibu pejabat bagi perniagaan ini.

Perniagaan Murtabak Mengkasar di asaskan oleh Hj. Ahmad Tajudin Abd Hamid (Pak Din Murtabak) bermula sejak 1980 terletak di Jalan Batu Balek iaitu jalan utama Kuantan-Pekan berhampiran Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan. Setiap hari sebanyak 1000 biji telur ayam, dua guni gandum dan 30 kilogram rempah ratus yang diadun sendiri digunakan untuk membuatnya dengan menggunakan mesin khas, dan rempahnya yang digunakan amat berkhasiat kerana ia boleh memanaskan badan.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah antara ribuan peminat setia Murtabak Mengkasar.


Bagaimana pula dengan rasanya?
Bagi pengemar murtabak anda boleh lah mencuba sendiri. Oleh kerana aku bukan penggemar muratabak, aku tak dapat nak membezakan rasanya dengan murtabak di tempat lain. Kalau nak dibandingkan dengan murtabak yang dijual di pasar malam, memang jauh beza lah keenakannya. Dan jikalau ada antara anda yang ingin membelanja aku makan murtabak ini, aku pasti tidak akan menolak.

Oleh kerana saiznya yang besar, aku cuma order sekeping murtabak daging special untuk dikongsi bersama-sama dengan tunang aku. Aku dipaksa makan oleh tunang aku 2/3 bahagian murtabak itu. Dia kata kenyang sangat dah tak larat. Oleh kerana kasih dan sayangnya aku kat dia, ku turutkan permintaanya itu. Bagi yang tidak gemarkan rasa telur yang banyak, anda munkin akan cepat muak.


Berapa harganya?
Harga bagi murtabak special ialah RM8 dan harga bagi murtabak biasa RM6. Terdapat 2 perisa iaitu ayam dan daging.

Dimana kedainya?
Kedai murtabak mengkasar cawangan KL ini terletak di alamat 12-A, Jln Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai, KL. Kalau anda yang tidak tahu mana alamat itu senang je. Cari jusco wangsa maju. Tidak jauh dari situ anda akan jumpa Rampai Bussiness Park. Kedai ini berada di sebelah belakang Old Town White Coffe House.

Ok, kalau anda rasa nak makan murtabak itu, jangan lupa bawa aku sekali.

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , , , , , , , ,

Comments

9 Responses to “Murtabak Mengkasar”

  1. IMCurtain.com says:

    February 22nd, 2010 at 7:07 pm

    Murtabak Mengkasar | AzwanAnuar.com…

    Murtabak ini sangat sedap dan sangat termashur di Bandar Di Raja Pekan, Pahang. Keenakan rasanya dengan resepi tersendiri menjadikan Murtabak Mengkasar begitu popular bukan sahaja di Pekan malah mendapat perhatian daripada pengunjung Kuala Lumpur, Mela…

  2. sangilapi says:

    March 2nd, 2010 at 4:25 pm

    sekadar meminati mini murtabak yang dijual di pasar-pasar malam….kalau di sebelah indonesia panggilan murtabak merujuk kepada apam balik(yang intinya jagung,kacang tumbuk tu)

    [Reply]

    azwan Reply:

    mini murtabak macam mana eh, murtabak maggi aku tahu, tapi mini murtabak tak pernah jumpa lagi.
    mini murtabak kalau tak salah aku banyak terdapat di pantai timur je kan?
    mini murtabak itu yang intinya macam karipap, betul tak?

    [Reply]

  3. sangilapi says:

    March 5th, 2010 at 7:25 pm

    wan,mini murtabak tu sama je intinya dengan murtabak biasa tu cuma saiznya yang comel dan sekadar jeruk bawang sebagai lawannya,tak de kuah-kuah kari….tapi memang layan!…dan tiba-tiba perutku lapar teringatkan mini murtabak ni.

    [Reply]

    azwan Reply:

    oh, yeke. aku tak pernah jumpa lah. ko duk mana bro. aku duk shah alam, tak pernah lak jumpa murtabak mini. semua murtabak kat sini free size je, tak mini size.heheh…

    [Reply]

  4. hasma says:

    August 13th, 2010 at 4:30 pm

    askum sy knl dlm jjcm. boleh tak sy dptkn alamt murtabak mengkasar yg dkt damansara x smpt nk salin la

    [Reply]

    azwan Reply:

    wslm
    maaf lah hasma, saya tak tahu pun ada kedai tu kat damansara.

    [Reply]

  5. hasma says:

    August 24th, 2010 at 12:09 pm

    Hai…
    Saya akhirnya dapat juga rasa murtabak mengkasar…
    memang tak nyesal saya pergi…walau pun jauh ckit…
    Jadi kepada sesiapa yang ‘hantu murtabak’ lebih2 lagi bulan pose nie…
    Jangan lupa ke restoren murtabak mengkasar…
    selamat mencuba….
    Eh…tunang orang Pahang.. ke…

    [Reply]

    azwan Reply:

    hi hasma.
    tahniah kerana akhirnya berjaya kesana. macam mana? susah ke tak cari jalan kesana, senang je kan. memang tak menyesal lah walaupun jauh eh. masa datang hari itu penuh tak? saya rasa bulan puasa ni mesti penuh kedai itu.
    tunang orang melaka

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled