Salam ramadhan untuk semua. Dah nak hampir menjelang raya, tinggal beberapa hari je lagi, bagaimanakah dengan persiapan raya anda.
Ini tahun pertama aku beraya dengan keluarga baru. Bukannya aku jadi anak angkat orang lain, tapi ini tahun pertama aku beraya dengan isteri dan anak. Tahun lepas masih lagi solo, tak banyak persiapan yang aku buat, cuma siapkan untuk diri sendiri je, Tapi tahun ni lain sikit. Ada pertambahan bajet tahun ini.
Aku nak share pengalaman semasa anak sulung aku aku terkena kuning atau dalam bahasa perubatannya jaundice.
Masa awal kelahiran anak aku, Muhammad Adam Zafran, dia kena kuning. Hari ke-2 dah kena pergi hospital cucuk amik darah. Resultnya ok tak ada apa. Hari ke-3 pun kena pergi hospital lagi sebab bidan yang datang ke rumah cek isteri dan anak aku kata kuningnya masih tak reda. So kena lah pergi hospital lagi. Doktor kata memang tak ada apa-apa.

Doktor ada pesan, jangan jemur. Nanti kena demam panas lak anak tu. Tapi kat rumah, mak mentua aku buat gak, jemur pada matahari awal pagi yang baru nak naik. Bukan lah tengah hari. Mak aku jemur sebelum pukul 8 pagi. Time tu matahari tak panas lagi.
Oleh kerana aku duduk kat kampung, tak ada line internet dan komputer untuk aku membuat rujukan, macam mana nak mengurangkan kuning pada bayi, aku ambil je lah petua-petua dan tips dari orang-orang tua kat kampung tu.
Anggur hitam – kena bagi anak itu perahan air anggur hitam. Ni mencabar sikit, aku ni dah lah duduk kampung, bukan semua kedai ada jual anggur hitam. Masuk satu-satu kedai cari anggur hitam, tapi banyak kedai jual anggur merah je. So aku kena pergi juah sikit beli kat pasaraya besar baru dapat.
Susu kambing – ini lagi susah aku nak dapatkan. Aku ikut je abang ipar aku bawak ke ladang ternakan kambing jauh gile. Dia kata cuma situ yang dia tahu ada jual susu kambing yang boleh hilangkan kuning pada bayi ni. Susu tu dicampur dengan sedikit ubat. Aku tak tahu lah ubat apa.
Ubat cina – ubat cina ni tak susah nak dapat. Pergi je kedai ubat cina. Cakap dengan taukey tu anak kena kuning, dia akan amik bahan-bahan macam akar kayu daun-daun kering, pastu dia tumbuk-tumbuk guna lesung. Cara gunanya, reneh bahan itu tadi. Tapis dengan penapis buat air teh yang macam stokin perempuan tu, supaya air tadi bersih tak ada sebarang benda asing. Air yang dah ditapis tadi dicampurkan dengan air mandian bayi. Dah macam mandi air teh je anak aku tu, sebab air dari bahan-bahan tadi bewarna kuning.
Serbuk mutiara – bahan ni susah sikit nak dapat. Diperbuat daripada mutiara yang dihancurkan. Kedai cina yang aku pergi tu pun tak jual serbuk ini.
Susu ibu – bagi je susu ibu banyak-banyak. Doktor kata bila bagi susu ibu, bayi akan kenyang dan akan buang air besar. Kuning akan ikut keluar sekali.
Semua itu pengalaman pertama sebagai seorang ayah. Bagi anda yang belum menjadi ayah. Anda juga akan menempuh pengalaman yang sama. Paling bahagia ialah melihat anak kita tidur lena.

{ 2 comments… read them below or add one }
Org umah aku awal tahun depan dijangkan due date untuk anak pertama kami, harap2 segalanya ok.. Zaman sekarang x macam dulu, tau apa nak dibuat…he3
Jai´s last [type] ..Kawasan Speedtrap Polis Sempena Hari Raya 2011
tahun depan beraya dengan orang baru lah jai. tahniah.
ko jangan lupa amik semua tips yang aku kongsikan tu, anak baru lahir munkin akan kena kuning, so ko boleh prepare bahan-bahan awal sikit :)