Selamat Menyambut Tahun Lompat 29 Februari

29/02/2012

Minggu lepas aku ada tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9. Tetamu jemputan mereka ialah sepasang kembar yang lahir pada 29 Feb 1968 (kalau tak salah aku lah) tahun lompat.

Nama mereka Musliza dan Muslina.

Seronok dengar pengalaman mereka menyambut hari lahir 4 tahun sekali pada tahun lompat. Mereka cakap tahun ini, sebenarnya baru tahun ke-11 mereka sambut tahun lahir. Ialah, dari tahun 1968 hingga ke tahun 2012 cuma ada 11 kali je tahun lompat.

Masa mereka kecik-kecik dulu, zaman sekolah, bila semua kawan-kawan sambut hari lahir, mereka pun sambut gak, cuma mereka akan sambut pada 28 Februari pada bukan tahun lompat. Sebab bila mereka beritahu pada kawan-kawan lahir pada 29 Feb, ianya tak ada dalam kalendar. Budak-budak bukan tahu ada tahun lompat ke tak kan. Aku kecik dulu pun tak tahu ada tahun lompat. Bukan tak tahu wujudnya tahun lompat, birthday aku pun, aku tak tahu.heh..

februari,tahun

Bila dah dewasa ini, anak-anak mereka pun tak sambut hari lahir mak mereka. Sebab tak ada dalam kalendar. Tapi bila tiba masa tahun lompat, mereka akan buat besar-besaran. Maklumlah 4 tahun sekali sambut birthday. Paling senang nak ingat tahun lompat dan ada 29 Feb dalam kalendar, mereka cakap, kalau tahun itu ada sukan Olimpik maknanya adalah sambutan birthday buat mereka.

Salah seorang lagi tetamu jemputan dalam rancangan itu ialah seorang ahli falak kot, orang yang pakar bab-bab kalendar (kalau salah tolong betulkan).

Dia kata sebetulnya setiap tahun yang bukan tahun lompat, tahun itu kekurangan suku hari. Maksudnya bila dikumpulkan suku hari itu ianya akan genap satu hari pada tahun yang keempat. Betulkan, suku tu maksudnya 1/4. So pada tahun lompat lah hari itu akan ditambah.

Oleh kerana bulan februari paling kurang harinya, maka ahli astronomi dulu-dulu bersetuju untuk menambahkan 1 hari tersebut ke dalam bulan Februari. Kalau di tambah ke bulan lain nanti akan ada lebihan hari pula. Kaedah pengiraan hari bagi setiap bulan pula sebenarnya berkaitan dengan putaran bulan, pasang surut air laut. Aku pun tak faham camna mereka kira.

Sedikit info yang tak ada kaitan dengan tahun lompat, orang cakap 1 hari akhirat = 100 tahun dunia. Semoga kita dijauhkan dari seksa azab api neraka.

Selamat menyambut hari lahir bagi mereka yang meraikannya hari ini.

This post was written by

azwan – who has written posts on AzwanAnuar.com.
Seorang blogger tidak sepenuh masa, yang kadang-kadang kala hilang mood untuk menulis. Menulis banyak perkara yang hanya terlintas dalam fikiran tanpa sebarang paksaan dan bayaran. Tapi boleh juga kalau nak bayar, asalkan nilai yang diberikan memuaskan hati.heh..

Email  • Google + • Facebook  • Twitter

{ 4 comments… read them below or add one }

fakhruddin March 2, 2012 at 12:17 am

Tq ..info menarik..sebenarnya tahun 2012 ni baru saya tahu apa makna tahun lompat…
fakhruddin´s last [type] ..Aku Nampak Hantu kat Tepi Jalan dalam semak…

Reply

azwan March 14, 2012 at 12:22 pm

baru tahu eh. tak pa, jangan sampai dah tua nanti pun masih tak tahu.

Reply

budakserius March 12, 2012 at 10:05 pm

Mmg kesian ar org lhir trikh ni.4 thun skli bru bleh smbut hri lhir.hehe
budakserius´s last [type] ..10 Kanak-Kanak Ajaib Di Dunia

Reply

azwan March 14, 2012 at 12:25 pm

bukan kesian lah. cuma mereka nampak unik sikit.hehe..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: