• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Tidur Di Waktu Tengah Hari


Pernahkah anda merasa sangat letih dan mengantuk terutama pada waktu tengah hari? lebih mengantuk selepas makan tengah hari pada hari kerja. Mesti pernah kan.

Tahukah anda, tidur di waktu tengah hari didapati amat berkesan untuk meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti seseorang pekerja?

Kajian yang dijalankan terutamanya di Amerika Syarikat, mendapati bahawa 92.5 peratus pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi. Ianya disebabkan, waktu tengah hari adalah masa yang paling sesuai untuk berehat seketika kerana sistem badan kita dikatakan memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu berkenaan yang juga dikenali sebagai kelesuan pada pertengahan hari.

Daripada segi fizikal, tidur di waktu tengah hari secara berkala dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah. Ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah serta oksigen selain berupaya memperbaiki sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Minda pekerja yang berpeluang berehat dengan tidur seketika akan menjadi lebih tenang daripada tekanan serta dikatakan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan.

Kajian penyelidik Nasa menunjukkan, tidur siang selama 24 minit mampu memperbaiki kepekaan dan prestasi juruterbang dan tidak hairan jika tidur seketika di waktu tengah hari itu sudah menjadi amalan di negara maju seperti AS, Itali serta Sepanyol.

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail, berkata merehatkan diri dengan melelapkan mata seketika di siang hari mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja seseorang individu. Menurutnya, waktu tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika dan sistem pekerjaan yang diamalkan di negara ini memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari bagi dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak serta berehat.

Penyelidik tentang tidur dari Universiti Pennsylvania, Dr David Dinges, berpendapat bahawa tidur di waktu tengah hari sekejap sebenarnya boleh ‘membayar balik’ hutang tidur pada waktu malam. Tetapi tidur tidak boleh terlalu lama kerana jika melebihi 30 minit, seseorang itu sukar untuk bangun kerana terlalu nyenyak.

Profesor psikologi, Universiti Cornell, AS, Dr James Maas, berpendapat bahawa tidur pada waktu tengah hari sekitar 15 hingga 20 minit sebenarnya sudah mencukupi untuk menjaga kesihatan dan mengembalikan tenaga. Menurut Dr James, waktu tidur yang mencukupi untuk golongan dewasa adalah sekitar lapan hingga sembilan jam manakala remaja, sembilan hingga 10 jam, kanak-kanak (12 hingga 13 jam) dan bayi, 17 jam sehari.

Tidur seketika di waktu siang hari mampu meningkatkan semula tenaga. Ia umpama menjana semula bateri yang semakin berkurangan dan mengharmonikan kembali minda yang berserabut. Kesimpulannya, jika berpeluang mendapat rehat di waktu tengah hari, ambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur bagi merehatkan seketika badan dan fikiran. Ia boleh dilakukan sama ada di meja kerja, di dalam kereta mahupun di bilik rehat bagi syarikat yang menyediakan kemudahan berkenaan.

Selepas ini, anda bolehlah menukar aktiviti tengah hari anda ketika di pejabat. Selalunya kita akan menghabiskan masa tengah hari dengan menjamu selera di kedai untuk makan tengah hari. Lebih baik waktu yang ada itu kita gunakan untuk tidur. Badan sihat, otak pun cerdas

Sumber : hmetro.com.my

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in Info & Tips and tagged , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

31 Responses to “Tidur Di Waktu Tengah Hari”

  1. NK says:

    May 2nd, 2010 at 2:53 am

    ohh…

    istilah die orang panggil powernap..
    ade sunnah kalau x silap mengatakan tidur sebentar sebelum zuhur memang baik..
    .-= NK´s last blog ..Cara meminang paling canggih – untuk para NERD =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    aku pun pernah dengar orang cakap, tidur sebelum zuhur, baik.

    [Reply]

    suri Reply:

    klo pas asar plk mugkin takut kita akan telajak tdo smpi mgrb..kata org tua2 tdok tak baik utk waktu senja sb syaitan byk berkeliaran heee

    [Reply]

    ejoncb Reply:

    yup,, mmg sunah. Amaln Nabi s.a.w, tido sekejap sbelum masuk waktu zohor dlm 15 minit jer. Jgn lebih2 nanti badan jd lesu.

    [Reply]

    azwan Reply:

    kekadang tu memang dah niat nak tidur 15minit je. tapi bila dah tidur, terlajak lah pulak jadi 30minit. ‘ter’ ialah perkara yang tidak disengajakan

    [Reply]

    ejoncb Reply:

    hehe…dh ter nak wat cmne..saya pun sama la jugak, dh tido tuh,, liat nye nak bgn
    .-= ejoncb´s last blog ..Ber-Blogging Mengikut Logik Akal saya yg xpernah beli ebook n pergi PC. =-.

    [Reply]

    NK Reply:

    haha, itu la, nanti sedar2, dah dekat asar

    tapi xde la smpai mcm tu kan..

    [Reply]

    azwan Reply:

    tersedar dekat asar eh.
    kalau waktu bekerja tak boleh la buat macam itu. nanti boss ko panggil, suruh esok tak yah datang keje, tidur je kat rumah puas2

    azwan Reply:

    sesiapa pun memang liat nak bangun bila dah tidur. tapi bila dapat tidur sekejap tengah hari, memang best, sebab lepas tu nak buat kerja tak lah mengantuk sangat

    [Reply]

    ejoncb Reply:

    saya amatlah setuju..hehe..mmg jd fresh
    .-= ejoncb´s last blog ..Ber-Blogging Mengikut Logik Akal saya yg xpernah beli ebook n pergi PC. =-.

    azwan Reply:

    memang fresh, segar bugar. yang tak bestnya. bila dah fresh, ada yang lagi semangat nak berborak time keje. bukan semangat nak bekerja.

  2. sangilapi says:

    May 4th, 2010 at 7:28 pm

    satu kaedah yang perlu sangat diamalkan

    setuju dengan NK.
    .-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang perlu di amalkan, boleh membantu meningkatkan pencapaian organisasi

    [Reply]

  3. Dila.13 says:

    May 6th, 2010 at 9:13 am

    Aha.. dah lama tak praktik tidur waktu tengahari bila dah bekerja. Dulu zaman2 sekolah & universiti memang tak lepaskan peluang. 20 minit pun jadi. lebih dari 30 minit terus blur! huhuhu…
    .-= Dila.13´s last blog ..WotD: Lexophile =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    waktu bekerja ni lah yang selalunya mengantuk di tengah hari. bila hari tak bekerja tu biasanya segar lagi tengah hari, sebab bangun lewat.hehe..

    [Reply]

    Dila.13 Reply:

    aha.. saya tahu kenapa macam tu.. sebab waktu tengahari tak bekerja boleh berjalan2 kat shopping mall, tengok wayang, etc. kalau kat pejabat mana nak dapat semua tu. hehehe..
    .-= Dila.13´s last blog ..5 Tips Menulis Artikel Informasi =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    munkin juga. time hari tak bekerja, tengah hari itu tengah sibuk berjalan-jalan

    [Reply]

  4. farhan says:

    May 11th, 2010 at 12:48 am

    aku tidur petang ni.hehe

    [Reply]

    azwan Reply:

    jangan tidur lama-lama

    [Reply]

  5. samanosuke_04 says:

    May 12th, 2010 at 3:45 am

    hehe, kesian omputih kaji letih2.. Nabi Muhammad panggil istilah nie Qailullah.. haha! Dah berzaman dah ader bende nie.. .Qailullah nie baik untuk bangun solat malam dan bagik energy untuk keje siang2..

    [Reply]

    azwan Reply:

    thanks for the info. baru aku tahu. qailullah sama macam qiamulail ke?
    kebanyakkan kita ni pun tidur lewat, so nak buat amal ibadat lewat malam memang tak ada lah

    [Reply]

  6. shazclan says:

    May 16th, 2010 at 9:14 am

    tidur pada masa tue la paling nikmat sekali dalam hidup saya..
    .-= shazclan´s last blog ..Judi =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    paling nikmat eh tidur siang.
    kalu tidur malam tak nikmat ke bro?

    [Reply]

    rashid Reply:

    Time tu nikmat sebab memang ngantuk sangat…tidur malam da biasa…hehe
    .-= rashid´s last blog ..(Bowling) Ramai Yang Tahu Tapi Tak Praktikan. =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang nikmat. tapi jangan terlajak lak sampai ke petang

    [Reply]

  7. zool says:

    May 18th, 2010 at 8:07 am

    aku memang selalu tido tghari

    [Reply]

    azwan Reply:

    tidur masa keje ke masa kat rumah?
    time keje, susah aku nak dapat peluang tidur. rehat tengah hari bukan lama pun. nak lunch lagi

    [Reply]

  8. rashid says:

    May 30th, 2010 at 11:58 pm

    Takleh miss tido tengah hari…sebab dapat tingkatkan tenaga…tapi ramai salah anggap, tidur tengah hari melembabkan otak, sebenarnya sebab tidur tengah hari yang berlebihan…good tipss
    .-= rashid´s last blog ..(Bola) Manchester United ‘Bukan Untuk Dijual’. =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    aku rasa tidur yang boleh melembapkan otak tu tidur lepas asar. kalau aku tertidur lepas asar memang jadi blur je.

    [Reply]

  9. suri says:

    January 15th, 2011 at 12:28 am

    perkara ni sllu gak suri buat.. kerja sorang di pejabat mmg tak menag tangan..smua perkara nak kena handle..bos tahu done jer huuu..

    walaupun sorg btw best gak sb tak der org skitkan hati kita hee..tapi yg bosan bila keje byk bosan plk sb tak der teman bicara..

    sllu gak curi masa utk tdur pas rehat..sllu pas makan solat, layan blog jap pastu tdo heeee..

    [Reply]

    azwan Reply:

    tidur untuk merehatkan badan tak pa lah, bukan untuk sampai lena betul-betul.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: