Update WordPress Secara Manual Guna Cpanel

20/07/2011

Baru-baru ini aku menghadapi masalah untuk update wordpress aku ke version 3.2.1. Selalunya aku click pada ‘automatic update’ dah boleh update. Tapi bila aku click, takda respon pun. Selama beberapa hari lah mata aku rasa tak sedap memandang warning warna kuning suruh update kat dashboard aku ni.

Aku buntu untuk mengatasi masalah ini selama beberapa hari. Nak guna Filezilla, dalam pc office ni tak ada lak. Aku malas nak install kat pc office zaman penjajah ni.

Setelah fikir semasak-masaknya, aku amik keputusan nak update guna cpanel je. Munkin bagi mereka yang otai dengan wordpress, ini kerja yang senang bagi mereka. Untuk makluman, aku ni buta dan jahil pasal wordpress, tidak mendapat sebarang pendidikan yang formal tentang wordpress dan dunia IT ni. Semuanya belajar melalui try dan error.

update,wordpress,database

Setelah meng’google untuk mencari sedikit panduan dan pedoman. Akhirnya cahaya sinar harapan ku temui di thegeeksclub.com

Untuk 1st time nak update guna Cpanel ni, memang ada perasaan takut. Takut lah hilang semua database tu semua ke kalau ada masalah. Mana aku nak cari balik. Memang berdebar. Aku baca blog geeks tu 2,3 kali.

Aku bulatkan tekad dan kuatkan azam. Aku follow betul-betul stepnya dan akhirnya aku berjaya. Bagi mereka nak cuba merasai debaran macam mana yang aku rasai, boleh lah try upgrade manual wordpress anda.

1. Perkara pertama anda perlu backup database wordpress anda. Caranya, click pada butang backup je.

2. Download latest version wordpress yang anda nak upgrade tu

3. Upload file wordpress yang dah di download tadi dalam “public_html” cpanel anda.

4. extract file wordpress tadi dalam “public_html” jugak

5. rename folder “WP-Admin” and “WP-Includes” kepada ”WP-Admin01″ and “WP-Includes01″ . kenapa aku letak 01? sebab aku tak nak delete, kalau delete nanti hilang terus, kalau apa-apa jadi nanti tak lah susah sangat.

6. copy file folder “WP-Admin” and “WP-Include” dalam folder “wordpress” yang baru anda extract tadi ke “public_html”

7. Selepas itu, copy isi dalam  “WP-Content” dlm folder “wordpress” yang baru extract tadi ke dalam “WP-Content” yang terletak di “public_html”

8. akhir sekali copy semua file selain folder dalam “wordpress” yang baru extract ke “public_html”

9. Selamat mencuba, kalau tak berjaya sila rujuk semula ke thegeeksclub.com

Aku rasa bagi blogger otai yang dah lama menggunakan wordpress mesti ketawa terbahak-bahak baca tulisan aku ni. Nak update wordpress pun takut

Artikel Lama

{ 4 comments… read them below or add one }

akubiomed July 20, 2011 at 11:24 pm

Saya naik taraf pun mengunakan Cpanel kerana cara automatik di WordPress ada masalah

Reply

azwan July 25, 2011 at 4:07 pm

oh yeke. ingatkan aku punya wp je yang ada masalah. rupanya memang ada masalah version yang lama eh

Reply

aipena July 22, 2011 at 11:22 pm

Tahniah bro sbb maju setapak lagi dalam bidang ilmu wordpress..nampaknya kita sama la bro..belajar dari try and error..aku pun baru sebulan dua kenal wordpress ni..banyak lagi ilmu untuk dipelajari..anyway, thanks for the good tutorial…
:-)

Reply

azwan July 25, 2011 at 4:08 pm

kita belajar sama-sama. yang takutnya bila menuntut ilmu tidak berguru ni boleh sesat jalan.haha…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: