Ada 3 murid lemah dalam pelajaran dihalang dan dikurung dari mengambil UPSR di sebuah sekolah di Bintagor, Sarawak kerana dianggap lemah dan lembap oleh guru mereka di sekolah tersebut.
Menteri Pelajaran yang juga Timb. Perdana Menteri kita sangat kecewa dengan apa yang berlaku.
“Sama ada murid itu cemerlang, kurang cemerlang atau lemah, itu soal kedua. Hak dia untuk ambil peperiksaan itu tidak boleh disekat atau dihalang oleh pentadbir sekolah.
“Sebagai Menteri Pelajaran, ini adalah kuasa saya di bawah Akta Pendidikan dan saya putuskan pelajar ini dibenarkan menduduki UPSR. Saya juga sudah menerima laporan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bahawa ini boleh dilakukan.“Biasanya ia mengambil masa empat minggu daripada tarikh keputusan saya untuk murid berkenaan menduduki peperiksaan itu,” katanya selepas majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri di Padang Merdeka, Sura. [bharian.com.my]
Macam mana hal macam ini boleh berlaku?
Tanpa Nama berkata…
Saya salahkan PPD/PPG dan JPN Negeri. Di Selangor pun sama. Pegawai memberikan tekanan keterlaluan kpd GB. Merka mahu semua sek mendpt keputusan paling hebat dan mahukan ramai murid mendpaat 5A/7A.
Semasa mesy, pegawai akan memaparkan ranking sekolah. yang berada diranking bawah akan menjadi sasaran & disindir/dimalukan dlm mesy.
Semua sekolah mahukan keputusan terbaik, tetapi kita kenalah faham bhw yg menjawab soalan itu ialah murid-murid. Guru telah melaksanakan tugasnya mengajar & memberikan ilmu.
JADI DLM KES INI, PPD & JPN perlu disalahkan dan bukannya GB sekolah berkenaa.20 September 2011 11:03 PM [perkhidmatanpelajaran.blogspot.com]
Disebabkan sekolah tersebut tidak mahu pencapaian UPSR sekolah mereka merosot, so tindakan yang diambil ialah menghalang murid yang lemah dalam pelajaran dari ambil UPSR. Tindakan yang ‘bijak’ dari guru besar sekolah berkenaan untuk menjaga nama baik sekolah.
Tapi tindakan itu juga lah yang boleh terus merosakkan masa depan 3 orang murid tersebut. Cukup simpati dengan murid-murid tersebut. Aku pernah tengok Majalah 3 dulu. Anak orang pendalaman ini sangat susah nak pergi sekolah, tak macam anak-anak yang dibandar ini.
Bayangkanlah kesusahan mereka sepajang 6 tahun pergi ke sekolah, tapi bila tiba hari peperiksaan besar, mereka tidak dibenarkan mengambil peperiksaan. Betul…! mereka munkin murid yang tidak ada harapan nak lulus walaupun satu subjek. Tapi itu hak mereka. Bagaimana rasanya bila hak kita diambil orang?

Kalau 3 orang murid tu lemah dan lembab. Itu bermakna guru-guru di sekolah itu yang lemah dan lembab, tidak berjaya mendidik sehingga mereka menjadi pandai. Guru disekolah tersebut gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.
JunAina berkata…
saya tidak hairan sekiranya benda2 seperti ini berlaku kerana guru2 zaman sekarang semuanya ingin menjaga prestasi sekolah dan bermakna juga menjaga reputasi diri sendiri.
kelas2 khas biasanya di beri perhatian dan yang berada dibawah semakin terpinggir. pergilah kemana sekolah pun, memang ada double standard di situ. apa yang mampu ibu bapa buat didik anak supaya dapat jadi yg terbaik kat sekolah.
saya juga pernah merasa bila anak saudara di suruh balik bila tiba UPSR katanya hanya menyemak! akhirnya anak saudara saya di masukkan ke Sekolah Khas kerana kekurangannya.
Rabu, 21 September 2011 10:59:00 AM GMT+08:00 [mazidulakmal.com]
Benarkah perkara ini berlaku di sekolah sekarang?
Aku juga ada berkawan dengan guru. Berdasarkan cerita-cerita dari kawan-kawan guru ni. Memang perkara macam ini ada berlaku. Tetapi bergantung kepada pengetua/guru besar sekolah berkenaan.
Kalau pengetua/guru besar yang jenis mementingkan pencapaian akademik. Hal-hal berkaitan akademik akan ditekankan. Asingkan pelajar yang lemah dan kurang lemah. Pastikan juga pelajar yang akademik baik mewakili sekolah dalam sukan, walaupun sebenarnya langsung tak pandai bersukan. Supaya menampakkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum murid berkenaan sangat baik. Wujud double standard dalam sekolah berkenaan.
Menteri Pelajaran meminta Ketua Pengarah Pelajaran menyiasat dan mengambil tindakan yang wajar terhadap pentadbir sekolah berkenaan. Kita tunggu susulan dari akhbar kes ini, itu pun kalau ada susulan lah.

{ 3 comments… read them below or add one }
salam.ziarah,pertama kali kes sini,entry ini menarik minat saya.Dari segi salah ,memang bersalahlah kerana pendemokrasian pendidikan,menekan hak sama rata kepada semua pelajar. Satu hal yang lain peranan pihak sekolah serta sistem pendidikan kita yang exam oreinted,juga satu hal. ibu-bapa juga satu hal yang lain. Ibu-bapa seharusnya lebih rapat dengan sekolah,hadiri mesyuarat PIBG serta hadiri majlis penyerahan buku rekod atau hari interaksi,berbincang dengan pihak sekolah,pencapaian anak, emosi anak,dispilin anak, barulah nampak gabungan yang mantap, parenthingskill perlu ada pada ibu bapa ,ianya perlu digali serta dialami sendiri.
LoveHijau´s last [type] ..Punca Pelajar Stress Salah Siapa?
wsalam. terima kasih kerana berkunjung ke sini
aku rasa kalau di bandar memang tak da masalah hubungan rapat antara ibubapa dan sekolah.
tapi macam mana dengan luar bandar. munkin mereka ada kekangan untuk hadir ke sekolah. dalam kes ni, pelajar berkenaan dari pendalaman. so guru-guru lah sepatutnya yang memantau prestasi murid yang lemah itu.
sekolah bandar memang takde masalah. Sekolah luar bandar ni yang sakit sikit. Sudahlah jadi bahan perli dengan sekolah lain..bab politik sekolah nih..macam-macam. Kalau dengar, sakit hati aje..
titan´s last [type] ..Komisen pertama dari LelakiSubur.com