Cerita Kedai Kopi #4

12/09/2011

Edisi – Cukai Perkhidmatan Prabayar 6%

1. Sana sini orang bercakap pasal cukai 6% yang dikenakan oleh syarikat telco kepada pelanggan prabayar (prepaid). Di pihak telco, mereka kata terpaksa dilakukan kerana beban cukai yang tinggi dikenakan kerajaan. Tapi kenapa pengguna pula yang perlu tanggung beban cukai itu?

2. Kalau mengikut maklumat dari media, 15 September 2011 akan bermula cukai 6%. Orang yang paling terasa ialah golongan bawahan termasuk pelajar. Golongan atasan tak kan terasa cukai ini kerana mereka menggunakan perkhidmatan pascabayar (postpaid). Cukai 6 % sudah memang dikenakan kepada pengguna postpaid. Golongan bawahan menggunakan telefon bimbit sebagai keperluan mereka. Untuk mudah dihubungi dan menghubungi seseorang. Pusat zakat mahupun jabatan kebajikan pun memerlukan no telefon untuk dihubungi supaya dapat menyalurkan bantuan.

3. Tak kan kerajaan nak menyeru supaya rakyat tidak menggunakan handphone kalau tak mampu, seperti seruan oleh pak menteri dulu berkaitan harga minyak naik. Pergi kerja naik basikal.

telefon bimbit,handphone

4. Telefon bimbit kini bukannya kehendak, zaman sekarang ianya satu keperluan. Keperluan untuk orang menghubungi anda, dan anda menghubungi seseorang. Kenapa aku cakap macam tu? Kalau 20 tahun dulu anda tidak ada handphone, tidak da hal lagi. Semua orang pun time tu tidak mampu memiliki handphone. Kaedah perhubungan terhad. Zaman sekarang, kalau anda tidak ada handphone, macam mana orang nak menghubungi anda dan macam mana anda nak menghubungi seseorang

5. Menteri-menteri minta telco menangguhkan dulu rancangan mereka. Dulu Astro kata nak kenakan caj yang baru kepada pengguna, menteri respon dalam nada yang sama dan serupa. Tapi sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa tindakan dari kerajaan pun. Astro tetap kenakan caj yang baru kepada pengguna. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan ke?

6. Ada yang kata kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk menampung kos pilihan raya akan datang. Ada menteri jawab, jangan buat dakwaan sebarangan. Itu satu tuduhan melulu dan tidak waras, ianya tiada kaitan dengan pilihan raya. Ada setengah golongan ini suka kaitkan semua perkara dengan politik, ada setengah golongan pula yang suka menafikan sesuatu walaupun benar. Anda termasuk dalam golongan yang mana?

7. petikan dari fb rakan :-
Soalan Matematik Tambahan SPM 2011 :

Man Tapah menambah nilai RM10. Cukai 6% dikenakan kepada beliau.Jika Man Tapah menambah nilai RM10 sebanyak 10 kali maka cukai yang dibayar Man Tapah adalah sebanyak RM6. Berapakah jumlah kutipan cukai jika 1/4 dari 28juta rakyat Malaysia menambah nilai RM10 setiap orang dengan 10 kali tambah nilai?
(10 markah)

Rujukan :
1. utusan
2. berita harian
3. mstar
4. harakah

Artikel Lama

{ 6 comments… read them below or add one }

fiezaradzi September 13, 2011 at 5:30 pm

42 juta kot utk soklan kt atas.. dpt 10 markah tak? hehe.. harap2 tangguh tu dapat dibincang semula, sbb seelum ni semua berebut nak bagi caj paling murah kan.. kesian kat pengguna, wpun saya pakai bil yang paling rendah sekali.. sebulan 30-40 inggit jer..
fiezaradzi´s last [type] ..Ogos dan Kuih Raya

Reply

azwan September 14, 2011 at 11:09 am

salah jawapan puan fieza.
jawapanya ialah 0, sebab kerajaan mintak tangguh dulu.hahah…

Reply

fiezaradzi September 14, 2011 at 11:18 am

aduh, bersungguh mengira semalam tau.. huhu.. ini teka teki ni, bukan soklan matematik ni.. aaaaa
fiezaradzi´s last [type] ..Ogos dan Kuih Raya

Reply

azwan September 14, 2011 at 11:32 am

hahah…tak pa. kalau ramai tak dapat jawapan tepat dalam soalan SPM ini. markah boleh dikurangkan untuk bagi ramai yang lulus..hahah…

Reply

suri September 20, 2011 at 1:43 pm

san cukai sini cukai kita apa ada..ada duit wajarlah d simpan skit..dunia skrg klu tka berjimt mmg kita gak akan sush pada masa2 akan dtg.
suri´s last [type] ..Mengemis Ala Jakarta, New Delhi

Reply

azwan September 22, 2011 at 10:14 am

nak berjimat pun susah kalau semua barang keperluan dah naik harga.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: