Salam untuk semua. semoga sihat selalu hendaknya.
Apa yang hangat berlaku sepanjang minggu lepas. Sembang-sembang di kedai sambil layan kopi secawan atau pun teh tarik mamak yang lemak berkrim
1. Husin Durian : Anwar dah dibebaskan dari tuduhan meliwat saiful
Man Petai : Orang yang dituduh tidak bersalah, so apa jadi dengan orang yang menuduh?
2. Husin Durian : Ko tengok berita malam anwar dibebaskan? berapa minit berita pasal anwar dibebaskan?
Man Petai : Tak sampai 2 minit kot. Paling banyak cerita Hasan Ali di pecat dari PAS
Husin Durian : Agaknya kalau anwar didapati tidak bersalah, berapa lama pulak berita pasal dia?
3. Husin Durian : Kak Ijat bercuti 3 minggu
Man Petai : Agaknya fikir pasal lembu dan kondominium lebih berat dari fikir pasal pembangunan wanita dan kanak-kanak.
4. Husin Durian : Seorang Pegawai kanan jabatan perhutanan perak ada RM720,000 tunai ditemui dalam rumahnya. Pegawai farmasi diapati mencuri ubat nilai keseluruhan RM1 juta.
Man Petai : Munkin gaji pegawai kerajaan tak cukup kot.
Husin Durian : Duit yang senang dapat, akan senang juga pergi

5. Husin Durian : Kabinet setuju tangguh pelaksanaan SBPA dulu
Man Petai : Ramai yang tidak puas hati, munkin SBPA ini satu skim yang tak cukup matang, tapi dikeluarkan juga atas arahan atasan
6. Husin Durian : Kerajaan kata, apa yang ditemui di Jalan Mewah, Johor bukan emas. Ianya dikenali sebagai fool’s gold.
Man Petai : Mereka kata, munkin kerajaan nak bolot hasil tu sendiri.
7. Husin Durian : Liga Malaysia dah makin meriah dengan kehadiran pemain import
Man Petai : Barulah Apex dapat belajar dan rasa macam mana nak tahan tendangan bola pemain import. Kalau sebelum ni cuma rasa tendangan orang Malaysia je macam Hairudin Omar, Amri Yahyah dan Khairil Muhaimin
8. Husin Durian : Ada presiden ugut nak saman atau tarik pasukannya dalam saingan Liga Malaysia
Man Petai : Ini lah susahnya bila orang politik dalam sukan. Semua benda nak saman je







azman says:
January 16th, 2012 at 12:30 pm
Hahaha kalau dok melepak kedai kopi macam2 cerita boleh dengar.
[Reply]
azwan Reply:
January 19th, 2012 at 10:39 am
itu best melepak kedai kopi dengan kawan-kawan.
bukanya nak kata isteri di rumah buat air kopi tak sedap, tapi suasana tu lain, tak sama
[Reply]
suri says:
January 17th, 2012 at 4:39 pm
erk..
pajang cerita tu blm masuk hal2 dlm kain org d selongkar..
sy lebih suka diam atau oder minum dan tapau lalu berlalu bgtu jer..
[Reply]
azwan Reply:
January 19th, 2012 at 10:40 am
itu lak lumrah bagi orang perempuan. orang lelaki ni kalau lepak kat kedai kopi memang berborak macam-macam hal
[Reply]
shraqs says:
January 19th, 2012 at 12:30 pm
Aku ni jenis yg jarang dok kedai kopi lama2… paling2 pun 10 minit jer kot..
shraqs´s last [type] ..i-City.. Here I Come
[Reply]
azwan Reply:
January 20th, 2012 at 2:08 pm
best woo..lepak kedai kopi ni
[Reply]
shraqs Reply:
January 20th, 2012 at 3:38 pm
Takde gang nak buat camana… kalu ada mungkin melekat jugak kot
[Reply]
azwan Reply:
January 26th, 2012 at 3:38 pm
memang best bila ada geng. kalau tak ada, memang boring lah lepak sorang-sorang
[Reply]
Khidhir says:
January 20th, 2012 at 11:09 am
haha. terbaik..
Khidhir´s last [type] ..VPN Percuma Terbaik
[Reply]