Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun

15/03/2011

adik di jepun,email dari jepun,email,gmail
Jepun dilanda gempa bumi paling kuat dalam sejarah negaranya. Bandar metropolitan Tokyo yang canggih dengan pelbagai prasarana serta kemudahan hampir lumpuh. Menjadi budaya bagi orang Jepun menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak, terutamanya keretapi. Tapi Tokyo lumpuh kerana semua perkhidmatan keretapi dihentikan. Banyak stesen janakuasa elektrik juga dihentikan atas faktor keselamatan.

Adik aku ada kat jepun, alhamdulillah dia berada dalam keadaan selamat. Ketika gegaran, dia ada kat stesen bawah tanah nak balik ke Oyama dari Tokyo. Lepas je aku tengok berita tokyo kena gempa dan ada tsunami, aku terus contact adik aku. Selama 3 hari ini, aku contact dia guna email untuk tahu macam mana keadaan dia kat sana. Perkara yang sangat jarang aku lakukan, berhubungan dengan dia.he.. :)

Tujuan aku contact dia ialah, supaya dia tahu, kami sekeluarga masih ingat lagi kat dia dan juga supaya aku boleh bagi tahu mak aku yang dia selamat kat sana.

gempa bumi,jepun,tsunami
Sedikit fakta tentang gempa bumi di jepun.
- gegaran yang paling kuat dalam tempoh 140 tahun

- kekuatan gempa ialah 8.9 pada skal richter

- gempa bumi kelima terkuat di dunia sejak 1900

- 8,000 kali lebih kuat berbanding gempa yang melanda New Zealand bulan lalu

- 700 kali lebih kuat dari gempa yang melanda Haiti tahun lalu

- Pulau Honshu begerak 2.4 meter ke timur akibat gempa tersebut

- Menurut NASA, bumi berputar lebih cepat 1.6 mikrosaat

- Dasar laut musnah sepanjang 300km dan selebar 150km

- Plat tektronik gergasi terperosok ke bawah plat lain, pergerakan yang sama ketika berlakunya Tsunami di asia pada tahun 2004

- Kuasa yang terhasil dari gempa ini bersamaan dengan kuasa selama sebulan di seluruh US

- Sitem amaran Jepun memberikan penduduk tempoh lebih kurang 15saat untuk berlindung sebelum berlaku gegaran.

- 10,000 penduduk kampung di Miyagi dilaporkan hilang.

- Penganalisis berpendapat ekonomi jepun akan terjejas dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Jepun adalah antara negara ekonomi maju yang mempunyai hutang yang paling banyak di dunia.

- Loji nuklear di Fukushima meletup akibat gempa. 5 lagi kawasan laji nuklear diisytihar darurat

Artikel Lama

{ 12 comments… read them below or add one }

Mazuki Mustaffa March 15, 2011 at 2:09 pm

Sitem amaran Jepun memberikan penduduk tempoh lebih kurang 15saat untuk berlindung sebelum berlaku gegaran.

15 saat nyorok kat dapur aje la yg mampu
Mazuki Mustaffa´s last [type] ..NanEye- Kamera Terkecil Di Dunia

Reply

azwan March 16, 2011 at 10:27 am

kalau ko tengah tidur. memang tak sempat bangun lah.menggeliat je dah amik 1 minit. hehe..

Reply

surihati_ku March 15, 2011 at 4:19 pm

salam..
semoga keadaan tenag di sana..

tdk kira apa yg berlku anggap ia sebagai ujian darinya…amaran Allah itu juga buat org2 yg sering melupaiNya..

Reply

azwan March 16, 2011 at 10:28 am

ujian dariNya memang ada hikmah. hanya Dia yang maha mengetahui

Reply

kulanz March 16, 2011 at 2:04 am

simpati dengan apa yang berlaku di negara Jepun.. lebih membimbangkan pencemaran radiasi tu.. harap2 lah semuanya akan cepat pulih
kulanz´s last [type] ..Pasca Gempa Bumi &amp Tsunami Jepun 2011

Reply

azwan March 16, 2011 at 10:28 am

petang isnin tu hujan lak kat KL ni. dan pada masa yang sama aku main bola. hope tak kena radiasi lah

Reply

zik March 16, 2011 at 11:02 am

takut juga kesan radiasi… tapi katanya tak sampai kat malaysia… yang dari sms/facebook tuh cuma khabar angin jer.. entahla..
zik´s last [type] ..Bertemu dengan abang ardzham aka familiazam dot com

Reply

azwan March 17, 2011 at 10:24 am

berdoa je lah semoga tak sampai malaysia.

Reply

puteri March 16, 2011 at 1:30 pm

gempa dan juga letupan…
sangat berbahaya..
walau berlaku di sana
kita juga bisa terkena tempiasnya

ohya.. pesanan
jangan bagi kene ujan
dikhuatiri hujan membawa kimia letupan dari jepun
berhati2.

btw, salam kenal dr puteri

Reply

azwan March 17, 2011 at 10:25 am

salam perkenalan.
sekarang musim hujan. susah nak elak dari kena hujan. pergi atau balik keje mesti kena hujan, sebab gi kerja naik motor

Reply

etomyam March 16, 2011 at 11:51 pm

lepas ni ambil masa utk jepun bangunkan kembali segala kemusnahan tu
etomyam´s last [type] ..Personal Stress Audit

Reply

azwan March 17, 2011 at 10:25 am

betul tu. adik aku cakap, barang-barang keperluan sekarang terhad

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: