Operasi Mengeluarkan Rakyat Malaysia

02/02/2011

hosni mubarak,mesir,egypt crisis
Kementerian Luar Negeri telah membuka bilik operasinya di Cairo, Mesir dan juga di Putrajaya. Kesemua bilik opersi boleh dihubungi melalui :

Operations Room, Ministry of Foreign Affairs, Putrajaya
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 019-2784566 / 03-88874770 / 03-88892830

Operations Room, Embassy of Malaysia in Cairo, Egypt
Tel: 00 202 3760 7375 (New Number)

Menurut laporan berita, kerajaan sedang menjalankan usaha mengeluarkan semua pelajar Malaysia dari sana. Kerajaan akan menggunakan aset tentera dalam operasi tersebut.

3 pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan berlepas ke Mesir, dan dijangka proses pemindahan pelajar Malaysia di sana akan mengambil masa selama 5 hari. Kesemua pelajar itu nanti akan ditempatkan sementara di ibupejabat Tabung Haji di Jeddah dan akan dibawa pulang ke Malaysia dari sana dengan menggunakan pesawat milik MAS dan AirAsia.

Kerajaan juga sedang mempertimbangkan menggunakan kapal laut milik TLDM yang berada di Teluk Aden dalam operasi mengeluarkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir.

Presiden Hosni Mubarak pula dilaporkan dalam pengumuman yang dibuat, akan berundur dalam masa beberapa bulan lagi, selepas penggantinya dipilih. Penunjuk perasaan diberitakan menolak pengumuman yang dibuat oleh Presiden itu.

Penunjuk perasaan juga dijangka akan berarak ke Istana Presiden jika Hosni Mubarak masih berdegil untuk meletakkan jawatan.

Krisis di Mesir juga telah memberi tempis kepada negara jirannya, Jordan. Raja Abdullah telah membubarkan kabinetnya dan melantik Perdana Menteri yang baru, Marouf Bakhit. Tetapi keputusan tersebut di tolak oleh penunjuk perasaan yang mengharapkan agar di adakan pilihan raya yang sebenar. Bekas Perdana Menteri, Samir Rifai di kecam ramai kerana masalah ekonomi yang melanda negara itu, memaksanya meletakkan jawatan pada minggu lepas.

Munkinkah harga minyak dunia akan naik? adakah ianya akan memberi kesan kepada negara kita? RON97 dah naik harga semalam.

Artikel Lama

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: