PPIM Seru Boikot Astro

28/06/2011

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganjurkan boikot terhadah Astro berhubung pengumuman Astro ingin menaikkan harga langganan.

Astro melalui orang kuatnya En. Henry Tan (CEO Astro) tidak berganjak dengan keputusan untuk menaikkan harga langganan Astro yang akan berkuatkuasa Julai 2011 walaupun mendapat tentangan dari banyak persatuan pengguna dan kementerian berkaitan. Menteri berkaitan juga ada mengeluarkan kenyataan agar Astro mempertimbangkan semula keputusan mereka tersebut.

Memang ada beberapa perkara yang kurang memuaskan hati aku selama menjadi pelanggan Astro ini. Antara yang paling tak puas hati ialah bila time hujan tak dapat nak tengok siaran. Aku faham, itu semua gangguan oleh faktor mother nature yang tak dapat dielakkan. Tapi dah lebih 10 tahun Astro bertapak di Malaysia, kenapa masalah ini langsung tak ada penyelesaianya?
astro perlu diboikot
Menurut Astro kos kandungan siaran dunia telah meningkat. Maksudnya kos untuk membeli lesen atau produk dari produksi luar telah meningkat. Tapi ada beberapa siaran Astro yang termasuk dalam pakej dilanggan tidak pernah ditonton oleh pengguna. Sebagai contoh, aku ada melanggan pakej sukan, tapi aku langsung tak pernah tengok Golf Channel (Ch 815) ESPNews (Ch 818). Begitu juga dengan pakej famili ada 33 channel, tak semuanya aku tengok, tapi aku masih lagi terpaksa bayar untuk siaran yang aku tak tengok antaranya Astro Xiao Tai Yang (Ch 325) Makkal TV (Ch 203) dan banyak lagi lah.

Pengguna sepatutnya hanya bayar apa yang mereka guna. Bukannya terpaksa bayar untuk beberapa siaran yang langsung tidak pernah ditonton. Ianya seperti suatu keuntungan senyap bagi Astro.

Semalam PPIM mengumumkan fasa pertama memboikot Astro. Pada fasa pertama ini, PPIM akan bertindak melalui ahli-ahlinya dengan:
1. Tidak membayar bil langganan bulanan Astro selama tiga (3) bulan  berturut-turut;
2. Memboikot produk dan perkhidmatan para pengiklan yang mengiklan di Astro melalui kuasa pengguna yang sedia ada; dan
3. Menuntut Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998.

Bagi aku, boikot yang akan dilakukan oleh pihak PPIM ini munkin akan kurang mendapat sambutan, kerana ramai rakyat malaysia yang menggunakan Astro. Bagi mereka yang jauh di pendalaman, siaran tv percuma munkin kurang jelas, Astro menjadi pilihan untuk mereka mengenal dunia luar. Lagi satu, aku rasa belum pernah terjadi dalam Malaysia ni, semua pengguna bersatu hati memboikot sesuatu barang atau produk sehingga menyebabkan syarikat itu jatuh.

Aku tidak memperlekehkan boikot tu. Jika boikot itu berjaya dan Astro mengalah untuk mengekalkan harga langganan sedia ada, ianya sangat bagus bagi rakyat Malaysia. Lepas ini boleh lah kita bersatu hati sebagai pengguna untuk memboikot barangan lain yang dirasakan menindas dan menipu pengguna.

Bagaimana dengan anda, adakah anda sanggup untuk memboikot Astro dan hanya menonton siaran tv percuma yang sedia ada?

Sumber :
- blog PPIM
- Laman Web PPIM

Artikel Lama

{ 8 comments… read them below or add one }

Juan June 29, 2011 at 4:38 pm

aku nak boikot tapi aku x pakai astro

Reply

azwan July 11, 2011 at 3:01 pm

ko boikot la produk pengiklan yang beriklan di astro

Reply

Hayati ahmad July 1, 2011 at 8:50 am

Aku dalam proses untuk boikot. Pasni nak pakai unifi tv. unifi tv channel memang best. setakat nak tgk tv biasa x de masalah langsung. siap pakej sekali ngan brodband.

Bye2 astro!

Reply

azwan July 11, 2011 at 3:02 pm

ada kawan guna unifi gak, pastu leh dapat semua channel tv astro. tapi tak tahu lah macam mana dia buat.

Reply

titan July 15, 2011 at 12:49 am

setakat ni, aku masih pakai astro dan aku suka astro. Harga yang kita bayar ni, sebenarnya masih murah dari ilmu dan pengetahuan yang kita dapat..

Reply

azwan July 18, 2011 at 10:37 am

hampir semua rumah ada astro. kalau di tanya kepada 10 orang yang anda jumpa. munkin 8 darinya adalah pelaanggan astro

Reply

mancai July 18, 2011 at 3:52 pm

akan bertukar ke unifi…

Reply

azwan July 18, 2011 at 9:59 pm

unifi dapat siaran tv sekali kan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: