1st Earning dari Nuffnang

18/01/2011


Inilah hasil pertama aku dari Nuffnang selepas setahun menggunakanya. Saya mesti pileh…

Malu lah nak tunjuk nilai cek itu berapa, sebab sikit sangat berbanding orang lain yang munkin dah dapat cek dari Nuff berulang kali.

Dengan ini aku berazam untuk lebih berjaya lagi dalam mencari duit melalui internet. Aku akan menjadikan ini sebagai batu loncatan untuk aku terus berlari jauh dalam dunia internet ini. Ayat tak boleh tahan.hehe…

Kalau ada yang kata tak boleh buat dari internet itu tipu lah. Ada jalannya, ada caranya. Macam aku banyak belajar sendiri je. Banyak try and error, itu sebabnya lambat sikit dapat hasilnya. Kalau nak cepat berjaya, dalam apa jua bidang pun kena lah berguru dengan orang yang betul. Kalau nak pandai bersilat, berguru lah dengan guru silat, bukan dengan samseng kebun pisang.

Proses keluarkan duit dari Nuff agak lama. Proses permohonan akan dilakukan pada hujung bulan.

Please also allow about 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent

Aku tak tahu pasal ini, aku mohon keluarkan duit dalam pertengahan bulan 11. Hujung bulan 11 baru dia proses. Lambat lah sikit aku menerima cek ini.

Aku malas nak cerita lah macam mana nak dapat income dari Nuff ni. Sebab aku pun tak pandai. Jadi kalau anda nak tahu banyak pasal cara dan teknik untuk mendapatkan hasil dari Nuff, search je lah atau bertanya pada blogger yang pakar.

Sedikit nak berkongsi maklumat yang munkin penting dari kujie2.com. Dia menyarankan agar blogger yang baru berjinak-jinak dalam pengiklanan di blog, eloklah menggunakan Nuffnang. Adverlets juga bagus, tapi kadang-kadang ada masalah nak semasa proses nak ‘tuai’ hasil. Ada yang cakap lambat, ada yang ok je. Innity lak biasanya ada pada blog yang dah tahap otai, proses cash out mudah je, sebab dia bank-in kan hasil anda itu.

Ada kajian 780 hari dari kujie2.com berkaitan dengan earning dari Nuff. Elok rasanya kalau ada yang berminat pasal Nuff ni baca.

Hidup ini kalau kita lebih banyak memberi, kita akan lebih banyak menerima. Betul tak? Jadi aku bercadang nak buat contest sulung disini. Tak nak lah contest yang susah-susah, sebab memang niat nak memberi. Tapi tunggu lah laptop aku dah dibaiki nanti.

Nantikan contest sulung dari AzwanAnuar.com

Artikel Lama

{ 12 comments… read them below or add one }

maza January 18, 2011 at 10:53 pm

wah! maza sudah teruja mahu jengah2 contest itew.. hehehe

mana tau ada rezeki itew…

bang azwan kalau sudah confirm bikin tolong2lah bagi tau sama maza.. takut terlepas pandang gitew.. hehehe

“org memberi maza sedia menerima gitw.. hehhee”

Reply

azwan January 19, 2011 at 9:31 am

eh..jangan lah dinanti-nanti sangat. nanti kecewa kerana tidak seperti yang diharapkan pulak.

Reply

isham January 19, 2011 at 6:32 pm

oklah tu dh dapat hasil…tahniah,

Reply

azwan January 20, 2011 at 11:53 am

thanks.
alhamdulillah ada rezki dari blog ni.

Reply

Kujie January 19, 2011 at 8:03 pm

Ok dah tu…dilandasan yang betul
betul…..guna nuffnang tetapi biar bijak
Kujie´s last [type] ..Saya Memang Sombong

Reply

azwan January 20, 2011 at 12:09 pm

hasil dari beberapa tips-tips yang kak jie kongsi kan gak. thanks again to akak.
bercita-cita nak ada income pasif dari blog ni macam kak jie gak…boleh angkat saga FL auto metalic Cafe Latte :)
tapi semua tu masih jauh lagi..

Reply

Mus January 19, 2011 at 8:55 pm

tahniah bro.. teruskan mendapatkan earning tu, pastikan halal..
Mus´s last [type] ..Gambar Kemalangan- Kereta Waja Langgar Public Bank Bintulu

Reply

azwan January 20, 2011 at 12:10 pm

thanks.
insyaallah akan teruskan usaha lagi

Reply

donny January 19, 2011 at 9:17 pm

Tahniah..satu pencapaian yang baik. bersemangat balik blogging..

Reply

azwan January 20, 2011 at 12:13 pm

teruskan semangat tu donny. jangan berhenti
tapi aku baru 1st time dapat, munkin kau dah pernah dapat banyak kali kan

Reply

zik January 20, 2011 at 2:36 am

wah dah dapat tuh.. aku pula masih menunggu.. huhu… nantikannya.. apa kontest pertama?? berminat jugak nie..hehe
zik´s last [type] ..Beregu pilihan utama malaysia – terkandas di pusingan pertama Terbuka Proton Malaysia

Reply

azwan January 20, 2011 at 12:20 pm

mesti ko tengah tunggu earning yang ke berapa ntah kan. aku baru 1st time dapat, tu sebab malu nak tunjuk nilai.he..
kontest mudah je, hadiah pun tak lah lumayan sangat, niat nak memberi..apa pun kena tunggu laptop aku elok

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: