Aktiviti di Masa Cuti Sakit

Posted on August 11, 2009
Filed Under MyCherita | 7 Comments


Dah hampir 3 minggu aku bercuti.
Lutut aku dah boleh bengkok ke 60darjah. Nak kata bosan duk rumah memang la bosan. Bosan sebab aku tak leh nak buat apa2, nak bergerak kena pakai tongkat. Buat apa2 maksud aku macam nak berjalan2 ke, basuh kereta ke. Bila pakai tongkat ni semua pergerakan terbatas. Bukan takat nak berjalan2, nak mandi pun susah. Bukan takat nak mandi, nak menunaikan ‘hajat besar’ pun susah. Kalau sihat dan dapat cuti lama macam ni, mesti best kan.

Apa yang aku buat masa duk rumah ni?
Aku cuma boleh tengok tv, main PSP dan kadangkala surf internet. Dengan kelajuan broadband yang terhad, aktiviti surfing pun tak berapa seronok. Apa yang seronok ialah main PSP je. Dari aku masuk wad sampai ke hari ini, PSP je la hiburan yang aku ada. Game yang aku main PES2009, aku main master league, takat ni kelab aku belum layak lagi masuk division 1. Geram betul, macam mahu campak je PSP tu, nasib la orang punya.

PSP tu bukan aku punya. Pinjam member aku punya. Itu pun selepas aku ugut dia
“kalau ko tak bawak PSP masa datang tengok aku dalam wad, sihat nanti aku tumbuk ko” hahah…
ganas tak ugutan aku. Ala..dia pun baru kawin, mesti tak ada masa nak main PSP. Nak kena banyak luangkan masa dengan wife dia hehe…

Buat izat,
thanks bagi pinjam, esok ko masuk wad pulak, aku pulangkan balik.ok

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , , , ,

Comments

7 Responses to “Aktiviti di Masa Cuti Sakit”

  1. Saffa says:

    August 11th, 2009 at 3:29 pm

    Hahaha.. tak boleh blah!!
    “Ala..dia pun baru kawin, mesti tak ada masa nak main PSP. Nak kena banyak luangkan masa dengan wife dia hehe…”
    Betul betul betul!

    [Reply]

    azwan Reply:

    macam upin n ipin lak..
    betul..betul..betul

    betula la saffa, tak tipu, esok kalau dah kawin saffa tahu la. si suami pasti akan banyak kena luangkan masa dengan isterinya.

    [Reply]

  2. loq says:

    August 12th, 2009 at 12:13 am

    aku nak gak try main PSP
    tapi tak de sape nak bagi aku try

    [Reply]

    azwan Reply:

    ko cari je mana2 kawan ko ada PSP yang dah kawin. pinjam je kat dia orang. ko ugut la sikit, nak cabut tayar kereta dia ke, nak pukul dia ke. sure dapat. kaedah ini telah aku buat dan terbukti berjaya

    [Reply]

  3. PSP-2000 | AzwanAnuar.com says:

    August 26th, 2009 at 11:35 am

    [...] Aktiviti di Masa Cuti Sakit [...]

  4. Rjuna says:

    September 5th, 2009 at 12:37 am

    aku main Manager kat henpon jer, manage Spurs, tapi mcm tak real jer Berbatov n Robbie Keane power ya amat

    sampai berpelastik keypad laptop ko, hoho jaga kekemasan betul

    err ko eksiden apa bro

    [Reply]

    azwan Reply:

    berbatov n robbie keane mana power. kalau dia orh hebat sangat dah sah tak tinggalkan liverpool n MU dah makin hebat.

    hahah…ko perasan eh laptop aku berpelastik. bukan jaga kekemasan. tapi sbb keypadnya senang tersangkut kat jari semasa menaip.

    aku tak eksiden, tapi injured masa main futsal. ligamen koyak.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled