Amarah Cinta Gedik Tomyam

Posted on January 12, 2010
Filed Under MyCherita | 16 Comments


itu indah, tapi kalau mahu bercinta biarlah kena pada tempatnya. Tidak perlulah terlampau menunjuk-nunjuk pada 1 dunia yang kamu itu sedang bercinta.

Gambar kejadian diatas telah diambil oleh aku 2 minggu lepas masa makan di sebuah kedai makan. Gambar ini pun secara ‘live’ telah dipublish dalam live blog aku wandisini.net.

Dalam post kali ini aku akan ceritakan apa yang terjadi masa itu.

Pada hari kejadian itu, aku telah pergi ke sebuah kedai selepas pulang dari kerja untuk menjamu selera.
“Make gapo” makcik kedai.
“Bagi saya teh o limau panas, nasi putih dan tomyam campur” aku membuat pesanan.
“dah itu je..?”
“bagi timun dan sambal belacan sekali” aku menambah order

Tempat duduk aku sangat menarik. Duduk depan tv. Aku kalau makan tidak ada tv, kurang selera sikit. So memang sengaja aku ambil meja depan tv. Sambil itu, boleh layan Balqis sekali.

Tidak berapa lama selepas pesanan dibuat, datang semua pesaan tadi.

Sedang asyik aku melayan tomyan campur yang sedap sambil menonton tv, datang lah sepasang kekasih duduk betul-betul di meja hadapan aku. Pandangan aku agak terganggu untuk menonton Balqis. Pada awalnya aku tidak peduli sangat, tapi lama-lama aku rasa menyampah lak, rasa nak tampar je guna helmet aku tu.

Si jejaka mula meletakkan tangan kiri di bahu si gadis. Mula membelai tudung si gadis dengan manjanya. Mencium tudung si gadis, munkin ingin memberitahu kepada si gadis bahawa tudungnya busuk lah tak pernah basuh. Agaknya munkin ini perbualan mereka.
“tudung u bucuk lah, macam bau u juga” si jejaka
“mana ada, jahat lah u ni” si gadis merengek gedik

Tidak lama kemudian si gadis meletakkan kepalanya ke bahu si jejaka. Reaksi pantas si jejaka pula ialah membelai-belai pipi si gadis. Agaknya dah lenguh leher, si gadis pun bingkas bangun. Seterusnya si jejaka mengelapkan pipi si gadis dengan tisu, maybe air liur basinya masa tidur petang tadi tidak hilang lagi.

Tahukah anda?
Pada masa yang sama semasa kejadian itu berlaku, aku berada betul2 di belakang mereka sambil tengah sedap hirup tomyam campur. Lepas sahaja semua aksi drama gedik itu berlaku, aku mula hilang selera makan. Nafsu makan aku yang buas tetiba hilang, yang tinggal ialah perasaan marah. Cuba lah anda berada dalam situasi aku, fahami dan selami sedalamnya hati aku ni, tengah sedap makan, ada drama macam itu lak depan mata. Apa perasaan anda?
Panas hati wei..masa itu memang aku geram betul, rasa nak lempang je sekor2.

Ala.. jelous lah tu?
jeles taik kucing…
kalau kau nak berasmara dana pun, jangan lah buat tempat public macam itu. Kalau nak buat jugak, cari la sudut mana2 yang kurang pandangan orang. Kau buat semua itu depan tv, semua mata yang memandang tv pasti akan terpandang kau jugak. Aku tahu lah kau masih lagi hangat bercinta atau munkin baru mengenal erti , tapi tidak perlulah untuk tunjukkan kepada dunia. Hormatlah orang lain

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , ,

Comments

16 Responses to “Amarah Cinta Gedik Tomyam”

  1. doku says:

    January 14th, 2010 at 10:31 am

    adegan asmaradana kat public ni mmg wat loya tekak bro. aku pun x faham nape dorg ni xde perasaan malu! mmg saje nk tunjuk konon2 dorg je yg couple..relek2 sudah!

    [Reply]

    azwan Reply:

    aku tak kisah kalau mereka nak berasmara dana kat mana2 pun. tapi jangan le depan2 orang yang tengah nak berehat lepas balik keje and sedang makan tomyam. panas betul hati aku masa tu

    [Reply]

  2. PutraMalaya says:

    January 14th, 2010 at 2:37 pm

    tangkap mereka masok dalam lokap..hahah

    [Reply]

    azwan Reply:

    masuk dalam lokap tak puas bro.
    dah la buat hilang selera makan aku…kalau dapat tumbuk budak laki tu baru puas

    [Reply]

  3. KakiJC says:

    January 19th, 2010 at 3:50 am

    erm mmg gediklah kalau gitu..paling aku menyampah kalau pasangan2 tua yg buat perangai..kalau budak muda biasalah darah muda..ni yg dah tua kerepot still ada skandal dan menggatal..

    [Reply]

    azwan Reply:

    setakat ini aku tak pernah nampak mana2 pasagan tua yang buat perangan macam tu

    [Reply]

  4. kertaz says:

    January 23rd, 2010 at 12:51 pm

    Dah terlalu banyak sgt adegan2 mcm ni dekat public.. Klau kena tangkap basah kalu baru la nak terkial-kial..

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang banyak bro adegan macam ini.
    tapi nak buat tu pergi la tempat lain, jangan depan orang yang tengah makan

    [Reply]

  5. Aku says:

    January 24th, 2010 at 9:49 pm

    Ko bagi la tomyam ko tu kat diorang…

    Cakap ko tak abis makan sebab dah kenyang
    tengok diorang ber*men.

    Lepas tu kompom ada scene mandi tomyam.hahaha….

    [Reply]

    azwan Reply:

    mandi tomyam eh..tak sanggup aku.
    tapi kalau masa itu aku berdua ke ada kawan lah, memang aku sound gak, tapi ni sorang2 je malas lah nak cari gaduh

    [Reply]

  6. mohdisa says:

    January 25th, 2010 at 3:05 am

    agak bangang jugalah smpi kat kedai makan pun nak belai2, letak kepala atas bahu. melampau betul. klu aku memang dah naik tgn ni. agak2 la.

    [Reply]

    azwan Reply:

    aku pun hari itu macam hampir ilang sabar gak..
    memang panas hati sangat lah

    [Reply]

  7. mohdisa says:

    January 25th, 2010 at 10:28 pm

    nasib aku takda jerk, klu ada. dah confirm aku ajak ko g tumbuk dak tu. hehe

    [Reply]

    azwan Reply:

    betul bro,
    kalau ada kawan memang aku nak sound jer budak tu

    [Reply]

  8. aidaberdesup says:

    April 6th, 2010 at 3:33 pm

    aku tgk lelaki tue yg lelebey….

    [Reply]

    azwan Reply:

    si perempuan pun boleh tahan. tapi yang tak boleh tahannya aku lah. panas je tengok

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled