Baru-baru ini aku telah membina fanpage untuk blog aku ini.
Walaupun aku sedar pembaca blog aku ni bukan ramai mana pun, aku tetap nak buat jugak fanpage itu. Blog aku ini tak ada niche topik yang membolehkan seseorang itu akan datang berulang kali ke sini. Blog ini adalah tempat untuk aku berkongsi sesuatu maklumat atau cerita yang dirasakan sesuai untuk dikongsikan bersama orang lain. Ilmu dan pengetahun itu perlu disebarkan.
Ilmu dan pengetahuan yang ada tidak disebarkan dan dikongsikan, ibarat sepohon pokok yang tidak berbuah. Er..betul ke? betulkan aku kalau salah
Dengan rasa rendah dirinya, aku menjemput semua pembaca blog ini untuk menyukai (like) blog aku ini.
Kenapa perlu like blog aku ini?
Supaya anda sentiasa mendapat update yang terbaru dan terkini dari blog aku ni dengan pantas.
Supaya hidup anda penuh dengan ilmu yang bermanfaat
Hidup tidak lagi bosan seperti hari-hari yang berlalu.







