Bunga Untuk Kek Tunang
Posted on June 4, 2009
Filed Under MyCherita | 6 Comments

Sungguh tidak cool aktiviti yang aku lakukan semalam.
Aku pergi kedai kek dengan kawan aku untuk membeli bunga kek yang dah siap untuk kek pertunangan aku nanti. Aktiviti yang tidak cool ini dilakukan demi mendapatkan penjimatan harga hebat dari harga asal kek tu.
Untuk kek tunang aku nanti, aku tempah kat wife kawan aku. Dia cakap kalau nak jimat sikit pergi beli barang sendiri je. Wife dia akan amik upah buat kek tu je, sbb sparepart suma aku beli sendiri.
Atas nasihat kawan aku tu aku ajak la dia pergi kedai kek dan beli barang2 untuk kek. Antara barang yang aku beli semalam bunga kek, mazipan, dan papan untuk letak dalam kotak kek. Kotak transparent kena beli kat kedai bunga.

Dan munkin sekali lagi aku akan melakukan aktiviti yang tidak cool, iaitu pergi ke kedai bunga.
Teman wanita aku pasti terharu melihatkan pengorbanan aku dengan sanggup ke kedai kek dan kedai bunga demi hari pertunangan kami nanti. Pengorbanan besar ni.
Tahukah anda bahwa jika anda membeli barang2 sendiri ianya dapat menjimatkan belanja anda?
Untuk sebiji kek berat 1kg biasanya dalam lingkungan harga RM70-RM100 berdasarkan corak. Kek aku tu, aku beli bunga dah siap tu baru je RM5.50. Upah buat kek RM40 je seperti yang dijanjikan.
Aku beli 2 set bunga sebab buat 2 kek. Untuk aku dan untuk sebelah perempuan







Azah says:
June 4th, 2009 at 11:30 pm
dh nk bertunang…
Congratulation…
Azah’s last blog post..A Disappointment
[Reply]
akuazwan Reply:
June 5th, 2009 at 3:39 pm
thanks
doakan semoga semuanya berjalan lancar hingga ke jinjang pelamin
[Reply]
-Ring 0- says:
June 5th, 2009 at 10:13 am
best nye buat persiapan..
bz la tunggu hari kejadian ek..
hahaha..
-Ring 0-’s last blog post..Skype 4.1 beta dengan Screen sharing
[Reply]
akuazwan Reply:
June 5th, 2009 at 3:36 pm
hari kejadian. kejadian apa ni?
aku tak la bz mana pun, orang laki ni mana da nak siapkn apa2 pun.
[Reply]
panjangakal says:
June 6th, 2009 at 2:00 pm
Ko menang rm10.00 tu.
tahniah!
Cara-cara nak tebus rm10.00 sila rujuk post berkenaan di blog aku. Salam.
panjangakal’s last blog post..Hadiah Apa Yang Kamu Nak?
[Reply]
akuazwan Reply:
June 6th, 2009 at 2:36 pm
terima kasih
[Reply]