
Nampaknya hari yang besar dalam hidup aku dah makin dirasai. Ahad lepas aku pergi ambil kad kahwin di lh-creative jalan pudu. Kad kahwin bertemakan hitam dan putih.
Tolak tambah dah tinggal sebulan je lagi sebelum aku menamatkan zaman bujang. Risau? Mana ada risau, biasa je. hehe…sedapkan hati. Bukan risau untuk hari itu nanti je. Risau untuk tanggungjawab yang akan dipikul selepas itu. Kalau dulu aku cuma ada mak and adik aku je. Tanggungjawab aku selepas ini bukan pada mak and adik aku je, tapi pada isteri dan keluarga sebelah isteri.
Walaupun risau, tapi inilah perjalanan dalam sebuah kehidupan ini.
Persiapan perkahwinan.
Setakat ini segala persiapan di pihak aku mahupun pihak perempuan semuanya berjalan lancar. Banyak perkara yang aku dah selesaikan awal sebelum bulan ramadhan. Pernahkah anda membuat salinan kad pengenalan bersaiz 150% dari saiz asal? Aku tidak pernah. 1st time dalam hidup aku diminta untuk fotostat i/c sebesar itu. Ianya diminta oleh pejabat agama melaka, untuk disertakan dalam permohonan bernikah di negeri melaka
Memang betul lah orang kata nak kahwin perlukan belanja yang banyak. Aku memang tak menafikannya. Jadi kepada bakal-bakal pengantin, sediakan lah duit secukupnya, banyak-banyak menyimpan. Walaupun kita merancang majlis perkahwinan itu seringkas yang munkin, tanpa disedari, banyak juga belanja yang terpaksa dikeluarkan. Bukan kerana ingin bermegah-megah dengan membeli barang-barang yang mahal, tapi faktor ekonomi sekarang.
Lepas sahaja bulan ramadhan ini, banyak perkara yang dibuat oleh orang bujang yang dah tidak boleh aku buat. Macam tak nak kahwin lagi je rasanya. Zaman membujang ini lah best. Buat apa pun tak payah pikir kan orang lain. Paling penting dah tidak boleh nak mengorat lagi atau mengacau gadis-gadis.hehe…tak kan nak buat semua itu bila dah kawin. Nanti orang akan gatal lah pulak, tak cukup kasih sayang kat rumah ke.
Tapi aku tak masuk lagi alam perkahwinan, munkin lebih seronok dari alam bujang kan. Seronok ke??








Syafrizal says:
August 11th, 2010 at 12:50 am
Tahniah …. tapi aku belum lagi ahah..
aku nak cari yang sederhana agar tidak bebankan di masa hadapan
Syafrizal´s last [type] ..Uji tahap air kencing anda
[Reply]
azwan Reply:
August 11th, 2010 at 8:27 am
jangan lambat-lambat bro. carilah yang setaraf dengan kita dan mampu menerima keadaan kita dengan seadanya
[Reply]
Syafrizal Reply:
August 11th, 2010 at 11:07 am
tapi aku tak suka kenduri yang besar2 ni.. bersanding pun aku tak nak.. tgk la camne…
Syafrizal´s last [type] ..Selamat berpuasa kepada semua umat Islam
[Reply]
hasma says:
August 24th, 2010 at 12:32 pm
Tahniah kepada Azwan…in advance…
Semoga Azwan dapat menjadi suami yang soleh…
Alam perkahwinan…amat indah jikalau kena gayanya…
Biasalah..bila dah kahwin semua perkara buruk kita n pasangan akan terdedah…
Bak kata saya ” kalau dulu kentut tak berbunyi…tapi lepas kawin..bunyinya macam bom”
Pertamanya kita kena sedia kongsi segala-gala…
kalau ada masalah..jangan simpan dalam hati…sebab dia tak tahu….
selalu berbincang…kalau ada yang buat silap..terima teguran dan cuba untuk berubah…
klu pasangan tak boleh b’ubah..kita kena terima seadanya…
Insya-Allah…
Jangan bandingkan psgan anda dengan orang lain…
Dan sekali sekala…jangan lupa..ucapkan… ” I Love U ”
rumahtangga akan aman damai..
[Reply]
azwan Reply:
August 24th, 2010 at 12:54 pm
nasihat dari orang yang dah lama dalam alam perkahwinan.
terima kasih atas nasihat ini. sangat berguna untuk dijadikan panduan dan ingatan. insya-allah akan cuba menjadi ketua rumahtangga yang baik.
[Reply]