Ada sedikit perkara yang menggembirakan aku. Saja nak kongsi dengan anda. Akhirnya laptop aku dah pulih kembali.
Sebelum ini memang aku kecewa, hidup tidak seceria dahulu, makan pun tak selalu kenyang, mimpi tak selalu indah, rasa macam separuh dari kehidupan aku dah hilang bila laptop rosak. Tapi hari ini hidup aku kembali ceria seperti dahulu kala. Bukanlah ada projek juta-juta dalam laptop ini, tapi ada banyak meninggalkan kenangan laptop ini.
Setelah dihantar ke pusat pemulihan, tukang repair laptop ini cakap, laptop aku tak ada masalah besar, semuanya ok. Hardisk elok, motherboard pun elok. Tapi yang menjadi masalah dan punca kenapa laptop aku berada dalam keadaan koma ialah, slot ram rosak. 1 slot RAM itu rosak, setiap satu slot, menggunakan RAM 1G. Laptop ni lak tak mampu untuk menggunakan RAM 1G sahaja. Jalan penyelesaiannya mudah dan tidak memerlukan belanja yang mahal, cuma beli RAM 2G je.
Kos keseluruhan pembedahan itu tak lah mahal sangat aku rasa. RAM 2G (RM120) + trouble shoot (RM40) + upah turun naik lowyat beli barang (RM30). Mahal ke? aku rasa ok lah tu, malas nak fikir sangat, janji laptop ini boleh pakai.
Aku pernah janji dalam blog ini dulu, kalau laptop aku dah baik, aku nak buat contest. So aku akan tunaikan janji itu. Tunggu je lah. Yang aku janjikan ialah contest yang mudah dan senang. Tapi hadiah tak lah besar sangat. Takda sapa nak sponser kan.
Kalau ada sesiapa yang berminat jadi penaja contest, aku terima je :)


{ 12 comments… read them below or add one }
lega rasenya bila laptop dah elok,lepas ni leh tido lena wan hehe
memang lega. tidur lena lah lepas ini.hehe.. :)
boleh hilang akal tak de laptop ni…he..he.. ye ke?
TQ visit saya tadi..
betul hilang akal beb. rasa resah semacam je.
so now dah ok lahkan..
syukur dah elok, dah boleh guna
dah ok lah nie ek bro…. kos pembedahan kalau surgery mahu ribu2 nie… hehe..
zik´s last [type] ..Adab menziarahi orang sakit- doa dan kelebihannya
kalau kos ribu-ribu aku lupakan je lah. aku kena back to basic lah, guna komputer office je update blog
boleh sewel sekajap kalau laptop aku ni rosak, huhu
mijie´s last [type] ..Cuti yang panjang
kejap je tak pa, jangan lama-lama sewel tu :)
lepas operate ni baru bersemangat sikit nak berblog kan bro..
etomyam´s last [type] ..Superb Hosting For Superb Performance
yup…rasa macam ada semangat yang baru. semangat untuk dapatkan earning dari dunia internet labih lagi.