Hujan emas di negeri orang, hujan radiasi nuklear di negeri sendiri, lebih baik di negeri orang.
Masuklah musim hujan di KL sekarang ini. Setiap hari hujan. Hampir tiap pagi aku pergi kerja bermandikan hujan, pergi kerja naik motor. Rasanya isnin lepas, hujan renyai-renyai 1 hari kat KL, dari pagi sampai ke petang.
Hujan itu rahmat dari Nya. Pasti ada yang mendapat hasil darinya. Bagi orang bandar, memang tak terasa lah rahmat tuhan ini. Bagi yang duduk kampung dan para petani, hujan ini lah yang ditunggu-tunggu. Macam kampung aku, kawasan sawah padi, so petani memang mengharapkan hujan lah. Musim kering panas itu lah yang ditakutkan. Boleh mati semua pokok padi tu. Rugilah mereka.

Kat bandar ini kalau hujan berterusan pula, banyak aktiviti yang tergendala. Tapi sedarkah anda, hujan itu sebenarnya menurunkan suhu bandar yang sangat panas. Kurang sikit lah habuk yang aku sedut berterbangan dalan udara bandar ini. Hujan berterusan juga boleh menyebabkan banjir di sesetengah kawasan dalam bandar. Aku lak tak suka hujan sebab jalan licin. Takut jatuh motor.
Seingat aku masa kecik dulu. Mak aku tak melarang pun aku main hujan. Gila best main hujan. Boleh buat superman kat atas rumput. Alhamdulillah aku rasa tak pernah kena demam sebab main hujan. Bila dah puas main hujan, cepat-cepat lah mandi. Balik sekolah naik basikal kena hujan pun dah biasa, seronok kayuh basikal dalam hujan, tapi bahaya. Main bola dalam hujan pun best gak. Tapi dah tak macam main bola lah, sepak-sepak air je. Bola tu tak pergi jauh mana pun. Terminum air hujan dalam bulan puasa, tak batal lagi kan.he..
Budak-budak sekarang, aku rasa tak ada mak bapak yang bagi main hujan kan. Munkin sebab hujan sekarang dah tak suci macam hujan dulu-dulu. Sok aku ada anak pun aku tak kan bagi dia main hujan. Pencemaran sekarang makin teruk, lapisan ozon makin nipis.
Hujan membuat suhu sekitar menjadi rendah dan sejuk. Bila rasa sejuk, badan secara automatik akan membakar kalori dalam badan, untuk menstabilkan suhu badan kita. Bila kalori dah banyak terbakar maka perut akan cepat rasa lapar. So, sekarang aku dah lapar. Nak makan apa tengah hari ini?

{ 10 comments… read them below or add one }
di penang pun baru lepas hujan bro..
bro,mohon tunjuk ajar camna bro setup fb comment tu,saya dah cuba tapi x reti..
donny´s last [type] ..Gambar Tan Hui Linn-mangsa asid dapat 9A SPM
aku download plugin dia je donny.
nanti aku buat entry pasal fb comment tu.ok
ada tutorial tak sini/link camna buat fb comment?
donny´s last [type] ..Gambar Tan Hui Linn-mangsa asid dapat 9A SPM
rasa macam malas lak nak buat entry tutorial. tak pandai nak buat tutorial. kamu tengok sini je lah http://we8u.com/facebook-comments/ kalau ada masalah aku cuba tolong
bro ikut cara tu ker?
Donny´s last [type] ..Gambar Tan Hui Linn-mangsa asid dapat 9A SPM
yup..ikut cara tu.
macam mana donny dah try belum?
hujan turun yang memberi 1001 satu pengertian buat seluruh alam …
zik´s last [type] ..Sambutan Earth hour 26 march 2011- pukul 8-30 malam- macam ne
hujan itu rahmat tuhan kan.
Satu jer yg tak syok pasal hujan ni.. tak leh jemur kain dan kasut.. Hmmm….
Ismail N´s last [type] ..Prinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam Bahagian 1
jemur je dalam rumah. kalau risau bau hapak, gunakan febrez. :)