
Hari kedua (Khamis – 7 Okt 2010) di pulau langkawi aku pergi ikut aktiviti yang di panggil island hopping. Banyak syarikat yang menawarkan aktiviti ini di sana. Syarikat ini offer aktiviti tersebut masa aku beli tiket feri
Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini ialah RM30 seorang. Makan minum tidak disediakan. So, kena bawa bekalan makanan sendiri dan bersedia dengan baju basahan. Tepat jam 9.15am sebuah van telah menunggu aku di lobi hotel untuk membawa kami ke sebuah jeti berdekatan dengan hotel awana porto malai. Pengangkutan disediakan untuk pergi dan balik dari hotel.
Aktiviti island hopping.

Anda akan dibawa menaiki bot pergi ke berapa tempat dan pulau yang telah diaturkan. Ada beberapa jenis bot. Bot yang aku naik ni boleh memuatkan 12orang penumpang. Manakala bot yang kecil sikit, aku tengok boleh naik 8orang penumpang.


Pergi ke pulau dayang bunting. Sampai di sana anda boleh mandi dan bermain air di tasik pulau dayang bunting. Orang kata, kalau perempuan yang tidak boleh mengandung minum air tasik itu, boleh cepat hamil..erm..leh caya ke?? aku tengok hijau je air itu, kalau minum takut masuk segala bakteria jahat dalam badan, kan lagi susah. Mana tahu ada kencing tikus ke. Bahaya itu. Kedatangan anda ke pulau tersebut di sambut oleh berekor-ekor monyet. Besar, kecil, tua dan muda, semuanya menanti anda dengan harapan anda memberikan mereka sedikit makanan. Untuk sampai ke tasik tersebut, anda perlu mendaki bukit. Memang penat, sebab aku ni dah lama tak bersukan, so cepat pancit.

Aku dan isteri hanya main paddle boat, tak turun mandi pun. Selain paddle boat ada juga solar boat dan kenu. Untuk berenang di dalam tasik, anda perlu menyewa jaket keselamatan
Anda diberikan masa 1 jam untuk berada di pulau tersebut. Selepas itu kami di bawa ke fish farm yang terletak berhampiran sebuah pulau. Untuk melihat ikan-ikan dan memberi makan, anda dikenakan bayaran RM5. Tak ada sorang pun yang dari bot aku tu masuk. Munkin mereka berfikiran sama seperti aku “Bayar RM5 untuk tengok ikan buat apa. bukan best pun”

Lebih kurang 20minit di kelong fish farm tersebut, kami pergi pula untuk melihat helang makan. Helang sinonim dengan langkawi. Operator bot mencampak sebaldi ayam ke laut. Beberapa minit kemudian berduyun-duyun helang menyambar ayam tersebut. Untung helang itu semua, makan free tiap hari. Tak perlu bersusah payah mencari makan.

Kami di bawa pula ke pulau beras basah. Anda diberikan masa 1 jam untuk mandi manda, aku tak mandi pun. Tapi aku tengok ramai pelancong asing yang mandi. Kenapa aku tak mandi kat situ? Untuk pengetahuan anda, pulau beras basah ni macam sebuah pulau yang telah ditinggalkan, ada sign board beras basah beach resort, tapi takda apa-apa pun, tandas awam pun tak ada.

Nak mandi tak boleh, nak ‘membuang’ hajat besar mahu pun kecil tak boleh. Jadi jika anda dah mandi laut, nak cuci badan yang melekit itu kena tunggu sampai balik hotel lah.

Semasa anda berada di pulau ini, aku nasihatkan agar anda menyimpan segala bekalan makanan dengan selamat. Kerana monyet-monyet yang terdapat di pulau itu bijak-bijak belaka. Mereka boleh mencuri makanan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, boleh dikatakan best juga aktiviti island hopping ini. Tidak rugi pun untuk anda mencubanya. Janganlah datang ke langkawi untuk bershoping, beli coklat je. Sesekali cuba dekatkan diri dengan alam. Aktiviti ini pun tak mengambil masa yang lama cuma setengah hari je.
Tips dari aku untuk ber-island hopping.
Sarapan pagi dulu. kalau tidak diisi perut itu, dikhuatiri anda akan mabuk lauk. Jangan makan terlampau banyak, nanti muntah lak dalam bot. Bawa air dan makanan sedikit buat alas perut. Mana tahu anda kelaparan, ada juga benda nak makan. Kalau nak makan berat, sebelum bertolak boleh pergi beli nasi lemak RM1 yang banyak dijual di sekitar kampung berdekatan pantai cenang, bawa bersama semasa aktivti island hopping.


{ 19 comments… read them below or add one }
Island Hopping memang seronok tapi sapa mabuk laut tak disarankan hehe
Syafrizal´s last [type] ..Pengambilan gula berlebihan membawa penyakit kronik
mabuk laut memang susah lah sikit. tapi kalau nak juga ikut sila sediakan plastik beg, mana tahu muntah-muntah
woo best nampak, pegi island of the pregnant maiden, LOL.. mantap translation..
aku igtkan blog jer bleh hopping, island pun bleh gak.. hoho
samanosuke_04´s last [type] ..Review – Sony NEX-5 camera baru aku!
mantap translation tu. hehe…
Langkawi memang best. aku pernah camping kat sana 5 hari kot. dah tak ingat. berbasikal satu langkawi. pewwitt! memang best!
donha´s last [type] ..Oh my acer
lama nya sampai 5 hari. camping kat mana?
berbasikal 1 langkawi tu eh..tak penat ke? dah la jalan sana berbukit-bukit
langkawi pernah pegi..tapi pulau bunting tak pergi lagi..hehe
zik´s last [type] ..Ucapan penuh bajet 2011
tak dapat pergi pulau dayang bunting tak pa lah. tapi kalau tak naik kereta kabel langkawi memang rugi lah
en. azwan, nak tanyer.. syarikat tu ape namenyer eh? nak tau..
syarikat tu namanya kat gambar yang mula-mula tu. Family Island Sea Cruise. nak bercuti kesana ke? kirim coklat eh :)
ok tak perkhidmatan dia? rm30? tak dak diskaun ka?
ok je. tak ada apa-apa masalah pun. pasal diskaun kena tanya dia orang lah. saya tak tahu.
coklat untuk saya jangan lupa tau ;)
owh.. syarikat tu kat kuah ke? …
ok2.. coklat Roka ke?
tak tahu lah syarikat tu kat mana. tapi masa saya beli tiket feri itu, terus orang dia offer aktiviti ni..saya amik je lah..
alah…coklat roka..tak nak..nak fererro..apa ntah namanya..hehe..tau kan.
owh.. kalau tak ingat x pe lar.. thnx FYI
ferrero rocher? arr… ding dang mau? 2 dalam satu.. ada mainan lagi..
yeah..betul tu…coklat itu lah. sila email ke saya coklat itu nanti :P
ok.. nt sy post.. jgn rebut2 k
Kereta sewa tu berapa ek satu hari?
kalau tak salah aku. aku sewa aritu untuk 3 hari RM150