
Hari ahad yang lepas aku telah ke jalan TAR, pusat sehenti jualan hari raya. Berbagai jenis persiapan hari raya boleh didapati disini. Semua orang bukan sahaja dari sekitar kuala lumpur atau selangor sudah sedia maklum kalau nak cari persiapan raya, mesti akan ke jalan TAR.
Apa yang ada kat jalan TAR ini?
Macam-macam ada. Sebut je apa barangan yang anda nak untuk dipakai semasa hari raya nanti semuanya ada. Terutamanya kaum wanita la. Banyak pilihan baju untuk wanita sehingga boleh membuatkan mereka rambang mata untuk memilih. Baju siap, tudung, telekung, kasut, handbag alat solek, macam-macam la yang dijual. Untuk kaum lelaki tak banyak sangat. T-shirt je la yang banyak. Tak ketinggalan baju melayu yang berbagai warna dan style. Macam2 style dah ada sekarang ini kan baju melayu? Ini la yang dikatakan tradisi tak hilang ditelan dek zaman.
Apa yang perlu dibuat sebelum ke jalan TAR?
Pastikan duit yang anda bawa cukup untuk shoping sakan kat sana. Jangan dah sampai sana baru nak pergi cucuk duit. ATM area sana semuanya cepat kehabisan duit. Maklum la ramai sangat yang nak borong untuk raya. So, keluarkan la duit awal2

Untuk lelaki. Warm-up dulu sebelum menemankan teman wanita/tunang/isteri/mak semasa kesana supaya anda ada stamina yang kuat. Ini kerana anda munkin akan dibawa ke kedai yang sama berulang2 kali. 1st time masuk tak nampak, 2nd time tak tak berkenan pulak, 3rd time baru puas hati.
Jika anda ingin kesana menaiki kenderaan sendiri kena tahu la keadaan traffic kat KL ini. Banyak jalan sekitar situ akan sesak. Boleh parking kereta anda di parking lot di hadapan Campbell. Ada banyak tempat parking situ yang menawarkan harga sekali masuk RM8. Ada juga yang offer RM6 sekali masuk, tapi tempat tu cepat penuh.
Pastikan kenderaan anda ditinggalkan dengan selamat, kunci stereng dan tidak meninggalkan barang berharga, jika ada barang berharga pun sorokkan sikit jangan terdedah boleh nampak dari luar kereta anda. Walaupun itu tempat parking berbayar, tapi kehilangan harta benda atas risiko kita sendiri.
Kalau tak nak susah2 bersesak dalam jem. Elok la jika anda naik je macam2 kenderaan awam yang ada.
Jika anda ada anak2 yang masih kecil lagi. Umur baru 1,2 tahun tu, aku rasa tak payah la bawa bersama ke sana. Apa yang aku nampak, ada yang membawa anak2 mereka yang masih kecil lagi. Masih tak tahu apa itu raya. Lebih baik tinggalkan saja di rumah, kerana dengan keadaan negara kita yang tak berapa sihat ini amat lah tidak baik untuk membawa anak kecil ke tempat awam yang sesak macam itu. Nanti kalau anak anda dapat penyakit, nak beraya pun jadi tak best. Mak bukan main sakan memilih barang2, si ayah yang kena dukung anaknya sambil mengelak2 dari laluan orang ramai.
Ada juga jenis ibu bapa yang membawa baby stroller kat kawasan itu. Ini pun satu hal jugak. Stroller itu akan membuatkan laluan menjadi sesak. Orang ramai nak kena mengelak dari terlanggar stroller anda itu. Ada pula yang jenis masuk kedalam kedai dan diletakkan stroller itu ditepi kedai.
Aku tak faham la, kenapa perlu dibawa anak yang masih kecil lagi, yang tak tahu hari raya itu apa benda, yang dia tahu lapar nak susu je, perlu dibawa ke tempat macam itu. Imunisasi badan anak anda itu masih lagi tak kuat. Keadaan yang sesak dan ramai orang macam itu adalah tempat yang banya virus yang berterbangan. Munkin aku tak faham sebab aku belum ada anak lagi kan.
Pesanan dari aku jika anda hendak ke jalan TAR.
Beringatlah semasa berbelanja dan ikut kemampuan.

Ada orang kata malam raya nanti mesti ada julan lelong macam tiap2 tahun. So mesti malam raya, lagi ramai orang yang datang nak membeli barang.







Yan says:
January 25th, 2011 at 12:06 pm
salam Azwar ke?
sja nek tnya..,
sya ni dri Brunei dan nak survey bazar jln TAR ni waktu puasa trletak dekat hotel Quality ke?
Psl sya nak plan pigi KL bulan posa ni nanti, tpi tak tau tinggal kat mana yg elok. Plan nak tinggal kat Quality Hotel Jln Tunku Abd Rahman atau kat Star Point Masjid India.
- boleh kasi idea tak?
sya prnah dtg KL tpi waktu hari biasa, nak juga merasa kemeriahan waktu nak sambut raya kat sana utk beli belah kprluan raya.
- trima ksih atas info & prtolongnnya ye..
[Reply]
azwan Reply:
January 27th, 2011 at 9:23 pm
salam yan.
terima kasih kerana singgah ke blog ni. nak bagi cadangan duduk hotel mana pun saya tak tahu lah, sebab saya pun tak pernah duduk mana-mana hotel kat KL ini. hotel quality tu pun ok gak, tak jauh sangat dari jalan TAR. kalau dekat sangat pun tak best. sesak sangat. sebab bila bulan ramadhan kawasan sekitar jln TAR, jln masjid jamek semunya sesak, penuh dengan orang yang nak shoping raya.
ok lah, kalau datang KL, perlukan bantuan, tanya je lah saya. kalau boleh dibantu, saya akan tolong.
tak nak datang putrajaya ke? rumah saya kat sana
[Reply]
Yan Reply:
February 26th, 2011 at 2:29 pm
sorry lmbat rply. t.kasih dgn info nya.. tu lah nak survey dulu, hotel mana bagus nak tinggl. suka yg dekat2 kedai senang kalau boring2 turun je.. coz my dad jln pkai tongkat bkas operate leher. mungkin ambik hotel kat starpoint masjid india.
Azwar kat putrajaya tu dkt PWTC tu ke? bulan Mac thn lps sya tinggl kat hotel Seri Pacific sebelah PWTC ikut suami kerja pesta buku. Ni pun pegi sal ada tiket promo dan hajat bwa fmily nak merasai suasana ramadhan dKL. Insyaallah sya pi sana 12-16 Ogos nanti. Tak janji lah nak singgh rumah Azwar, tkut janji tak smpai pula. Almaklumlah hajat jln negeri org ni skjap je masa tak terasa…..
Insyaallah, jika ada apa2 sya kontek awak ye… t.kasih krana sudi rply prtnyaan sya..
[Reply]
azwan Reply:
March 1st, 2011 at 12:03 pm
rasanya pesta buku tahun lepas saya ada pergi, husbnd u jaga kedai publisher apa?
putrajaya bukan dekat dengan PWTC. putrajaya ini satu kawasan pentadbiran kerajaan persekutuan malaysia. boleh search google untuk maklumat lanjut pasal putrajaya.
[Reply]
yan Reply:
May 7th, 2011 at 1:59 pm
salam, sori lambat reply maklum saya jarang buka internet..
Waktu pesta buku tu husband jaga kedai dari Dewan Bahasa & Pustaka Brunei. 2 minggu kat situ. Cuma pesta buku bulan ni dia tak pegi, pasal pegawai yang bertugas berganti-ganti.
Saya dah booked hotel kat Starpoint Hotel, Jln Masjid India. Insyallah Ogos nanti saya pi KL, tak sabar nak join org KL shopping raya kat bazaar macam yg awak gambar dlm blog tu. pasti meriah kn??
[Reply]
yan Reply:
May 7th, 2011 at 2:02 pm
oh ya, sori terlupa, u boleh add fb saya seri izyan (kalau nak lah..)
senang lah kalau nak borak ke apa ke.. kerna kalau nak buka blog atau internet saya jarang buka. kalau fb, senang sikit boleh pkai hphone je…
k tq..
azwan Reply:
May 8th, 2011 at 6:13 pm
sudah add
azwan Reply:
May 8th, 2011 at 6:13 pm
selamat menyambut puasa di KL. jangan datang awal-awal ramadhan, barang mahal lagi
surihati_ku says:
March 8th, 2011 at 12:36 pm
rindu tul dok sana..easa mau jer keja kl semula heee
[Reply]
azwan Reply:
March 8th, 2011 at 10:06 pm
apa yang best duk KL ni? tak best pun sana sini kena keluarkan duit. cost living tinggi
[Reply]
surihati_ku says:
March 8th, 2011 at 12:38 pm
baju tudung semua ada sebut jer mesti jumpa he…hari raya mmg meriah bagai pasar pesta layaknya geee
[Reply]
azwan Reply:
March 8th, 2011 at 10:10 pm
kaum hawa memang lupa diri lah bila dapat datang ke jalan TAR ni. kaum adam, kalau boleh nak balik rumah cepat-cepat je. he…
[Reply]