
Malam semalam kat surau tempat tinggal aku, di adakan mesyuarat pemilihan jawatankuasa surau. Surau tu bawah rumah aku je, kalau aku tak pergi rasa tak patut lah pulak. Nanti orang kata aku kera sumbang pulak, tak bercampur dengan orang. Lagi satu aku terfikir kalau aku ada masalah ke, siapa lak nak tolong. Itulah pentingnya hidup bermasyarakat.
Kehadiran malam tadi semasa mesyuarat nampaknya tak berapa ramai. Munkin ada yang balik lambat sebab semalam hujan. Ada lebih kurang 35 orang. Jumlah yang sikit berbanding jumlah penduduk yang hampir 800 orang. Surau buat aktiviti, berapa ramai lah yang nak join. Kalau Jom Heboh konfem ramai yang datang, hujan lebat pun sanggup redah. Betul tak?
Ucapan pengerusi majlis sikit, sebagai pembuka kata. Selepas itu baru lah sesi pemilihan calon untuk kerusi pengerusi surau.
Calon pertama yang dicadangkan ialah seorang anak muda dari bernama Shukri. Dia menolak namanya dicalonkan.
“Biar lah orang yang lebih senior pegang jawatan pengerusi” katanya.
“Biarlah orang muda yang jadi pengerusi” satu suara dari orang-orang lama sambil disokong olah kawan-kawannya. Permintaan Shukri untuk menolak namanya dicalonkan di tolak oleh pengerusi majlis.
Pengerusi majlis meneruskan acara dengan mencari calon kedua. Satu suara dari belakang aku kedengaran “Encik itu yang pakai baju purple”
Aku pakai baju purple..er aku…
Pengerusi majlis pandang aku “En. Azwan kan?” “Aah..” jawap aku pendek je.
“Saya pun nak menolak dengan alasan sama macam Shukri” semua ketawa, itu tandanya permintaan aku tak diperkenankan.
Masa untuk ‘counter strike back’. Aku calonkan abang yang calonkan aku tadi dan Shukri calonkan seorang lagi orang lama surau itu.
Bila sessi pengundian, aku kalah. Cuma dapat tempat ketiga dalam undian itu. Calon yang menang ialah abang yang Shukri calonkan, tempat kedua dan secara automatik timbalan pengerusi ialah Shukri. Syukur alhamdulillah aku tak menang
Masa nama aku disebut sebagai calon untuk pengerusi surau, badan aku rasa macam seram sejuk je. Walaupun aku duduk bawah kipas dan kat luar tu hujan renyai-renyai, tapi aku rasa panas je. Rasanya macam dah ada peluh yang mengalir keluar dari kopiah yang aku pakai. Aku lap dahi, tak ada. Aku lap pipi pun tak ada.
Debaran jantung aku makin kuat masa sesi undian. Dup..dap..dup..dap jantung aku. Nasib baik lah kalah. Aku tak dapat bayangkan kalau aku pegang jawatan pengerusi surau itu. Memang diluar imaginasi dan khayalan aku. Masa kecik-kecik dulu pun tak pernah aku sebut cita-cita aku nak jadi pengerusi surau.
Kalau aku jadi pengerusi surau munkin kehidupan aku akan berubah sikit. Penampilan dan personaliti mesti seiring dengan jawatan yang dipegang. Aku dah tak boleh turun buang sampah pakai seluar pendek dengan baju tak ada lengan je. Ketawa pun tak boleh nak besar-besar sangat. Kena pergi surau sekerap yang munkin. Dah la aku tak pernah solat subuh langsung kat surau itu. Azan subuh dengar, tapi 15 minit kemudian baru bangun solat.
Ish…memang tak sesuai langsung aku jadi pengerusi surau.
Bila sesi pemilihan bendahari, nama aku sekali lagi dicalonkan. Ish…ini lagi lah kerja berat. Nak kena simpan duit surau. Tapi nasib menyebelahi aku sekali lagi. Aku kalah bertanding. Alhamdulillah syukur..

{ 14 comments… read them below or add one }
huh. takut gakkan kalau dipilih menjadi pengerusi. nasib baiklah kan.
RedBoys´s last [type] ..Pelancaran Blog Baru
memang lah takut. sebab aku masih lagi sedar diri. kalau aku tak sedar diri, aku rebut jawatan itu.hehe.. :)
Cantik surau di tempat tinggal azman. bersih dan kemas.
kakyon´s last [type] ..Lawak Sengal
itu gambar hiasan je kak rose. surau saya yang sebenar lagi cantik. (memang tak sesuai jadi pengerusi surau, berlagak hehe..)
apa salahnya bro.. insyallah ia memberi kita motivasi.. untuk berusaha ke arah kebaikan…
zik´s last [type] ..Malaysia harus menang- perlawanan akhir pertama menentang indonesia
aku pilih jalan lain je lah untuk ke arah kebaikan. tak sanggup dan tak layak rasanya jadi pengerusi surau ni
Aku setuju bila jadi pengerusi surau, penampilan kita sebelum ini juga perlu bertukar. Kadang susah juga, jiwa muda. Hehe. :-)
Hadi Rofiee´s last [type] ..Merokok di dalam kawasan masjid
yeah betul..jiwa muda, darah muda yang membara dalam diri aku ni tak sesuai untuk menggalas tugas itu.
saya jadi takmir masjid juag enjoy….
maaf bertanya, takmir ni buat pa eh. dia organiser untuk aktviti surau/masjid eh? (nampak sangat aku tak layak jadi pengerusi surau, takmir pun tak tahu.he..)
isyh..isyh tak baik menolak rezeki Tuhan heee. bukan ke itu sebahagian dri kerja2 amak huuu.
apapun best gak klu jadi org bisa sb kita tak akan terikat klu nak kemana2 heeee..
itu sebab nak jadi ahli biasa je. takut tak tergalas tanggungjawab yang diberikan
bagus juga dapat jawatan tu…boleh dekat dengan surau…dan dekat dengan Allah..tanda Allah dah pilih tu..bro :)
terima kasih. nasihat yang baik. insyaallah lain kali lah, bila dah bersedia