Lama sungguh tak aktif ber-blog ni. Munkin akibat kesempitan masa dan ruang sekarang ni. Ditambah pula dengan aku sudah ketiadaan laptop. Laptop aku rosak lagi, slot RAM rosak, yang tinggal 1 slot je. 1 slot yang tinggal itu pulak buat RAM aku terbakar. cis.. Menurut tukang repair laptop aku ni, compaq presario cq40 memang ada problem. Dia pun kalau ada orang mintak repair cq40, tak nak buat.
Sabtu (21 Mei 2011) lepas ada mesyuarat penduduk tempat tinggal aku. Majlis berjalan lancar. Tapi yang tak bestnya aku dilantik sebagai Pengerusi Rukun Tetangga kawasan aku tu. Bukan aku tak suka dan bukan aku suka. Tapi rasa macam besar sangat jawatan tu. Tapi oleh kerana dah mendapat kepercayaan oleh penduduk, aku cuba laksanakan sebaik munkin. Kalau dalam masa 2 tahun aku tak mampu untuk menjalankan tugas, aku akan serahkan jawatan itu kepada sesiapa yang dirasakan layak.

Sebelum majlis tu berlangsung, aku bertindak sebagai Pengerusi AJK Penaja. So, aku lah yang menyelaraskan semua aktiviti untuk menjayakan majlis tersebut. Alhamdulillah, aku mendapat AJK yang sangat-sangat komited untuk menjayakan majlis tersebut. Untuk makluman, sebelum ini, kejiranan aku tak ada lagi rukun tetangga lagi.
Untuk mendapat penjelasan lebih lanjut, aku telah menjemput pegawai dari Jab. Perpaduan dan Intergrasi Nasional untuk memberikan taklimat dan penerangan berkaitan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam majlis itu.
Ada perbezaan antara Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk. Rukun Tetangga tak perlu didaftarkan di bawah ROS. Tapi tiada halangan jika rukun tetangga tersebut ingin mendaftarkannya dibawah ROS. Bila dah berdaftar dengan ROS, persatuan tersebut perlu lah mengikut garis panduan penubuhan sesebuah persatuan. Banyak peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi oleh sebuah persatuan.
Sekarang bermula lah lembaran baru dalam hidup aku sebagai ketua dalam sebuah komuniti. Semoga apa yang aku dan ahli yang lain buat mendapat sokongan penduduk dan kerjasama yang baik

{ 25 comments… read them below or add one }
hehe, bleh tahan kan aktiviti komuniti nie.. kalo kat kampung aku tak penah ade meeting2 camnie.. kalo ade pun yang tua2 jelaa pegi..
samanosuke_04´s last [type] ..MUSE Live @ Moscow – Olimpiski Arena
alhamdulillah yang datang ramai. takut gak kalu ramai yang tak datang. nasi lemak dah tempah 250 bungkus
sedap tu nasi lemak :D
Nasi lemak o-b-c-t … kalau nak makan juga boleh tetapi nasi lemak yang 50 sen … hehehe
benjy´s last [type] ..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH
orang dewasa makan tak pa. jangan bagi budak sekolah makan.hehe…
mesti ada yang makan 2 bungkus tu kan … tak ingat kat member2 lain … isk..isk..isk..
benjy´s last [type] ..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH
makan banyak pun tak pa lah. asalkan habis, kalau tak habis membazir je
peliknya kenapa orang muda malas nak join komuniti … tetapi rajin join komuniti di FB … pelik..pelik..
benjy´s last [type] ..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH
tak ada yang pelik ben. itulah cara hidup budak muda sekarang. kalau bersukan pun depan tv. main game je.
wah cayalah hee..ada tokoh2 nak hidupkan komuniti yang bagus ni..
pasni mesti byk aktiviti yg bakl dibuat ya..
tahniah2 ats perlantikan tersebut :)
insyaallah kalau dapat sokongan penduduk. banyak lah aktiviti yang akan dijalankan
terima kasih.
Apa kata buat aktiviti main guli untuk kanak-kanak dan main gasing untuk orang > 18 tahun (18 SXG) … setuju tak ?
benjy´s last [type] ..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH
reti ke budak-budak sekarang main guli n gasing?
selain tu jaga kawasan tetangga juga kan?semoga tiada jenayah berlaku di kawasan tetangga apabila semua org bekerjasama di bawah ketua baik seperti bro :)
tengkorak emas´s last [type] ..Dialog 1
yer betul tu TE, bila ketua baik tak semestinya dia suka belanja anak buah … kopaklah ketua kalau cam tu …
kalau dapat tangkap penjahat belasah setengah mati jangan kasi mati … hehehe
TE : kalau MU kalah macam ner ? adakah anda akan menangis setahun lamanya … hehehe
benjy´s last [type] ..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH
never mind, we will always setback and response with winning matches :D
tengkorak emas´s last [type] ..Dialog 1
aku ni tak lah baik sangat. bagi aku, biar mereka senang bekerjasama dengan aku. aku senang bekerja dengan mereka. bila bekerjasama semua jadi mudah.hehe..
MU musti menang lah, giggs nak tunjuk hebat kat awek baru dia.haha..
tahniah…….saya pun br dilantik T/pengerusi…….boleh kongsi pengalaman? saya tmn permatang pasir permai alai melaka.
tahniah juga untuk roslan.
kalau ada cerita terbaru pasal kawasan kejiranan saya. saya akan update dalam blog ni
Rukun tetanga tak perlu daftar ROS ? … bagus juga tu … tak perlu fix pada peraturan … tetapi mana lebih baik persatuan penduduk atau rukun tetanga ?
P/S: b3njy suka sebutan Rukun tetanga berbanding persatuan penduduk.
benjy´s last [type] ..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH
betul. rukun tetangga tak perlu berdaftar dengan ROS. cuma perlu didaftarkan di bawah jab perpaduan dan intergrasi nasional. RT juga ada akta sendiri, aku tak ingat apa nama akta tu. keperluan berdaftar dengan jab. perpaduan, supaya senang dapat bajet untuk aktivti RT.
soal mana lebih baik. aku tak pasti. kalau persatuan banyak sangat peraturan yang kena buat. kena ada mesyuarat agong. kena ada perlembagaan persatuan. RT tak perlu buat itu semua
Gambar di atas mana satu Azwan ni ? yang tersengeh cam hero industan tu ke ?
benjy´s last [type] ..TANAH RUNTUH B3NJY RUNTUH
hahah…itu bukan aku ben. aku duduk depan lah. pengerusi kan….he..
Macam kebetulan pula.
Saya pun baru jer selesai menghadiri mesyuarat penaja kelab untuk office. Tapi takdelah besar sangat macam ni…. :)
Sabahan Bloggers Club´s last [type] ..Cannot login blogspot-solved
haha..kebetulan pulak. ada pegang apa-apa jawatan tak? semoga kelab office anda lepas ni bertambah aktif