
Pagi semalam masa cari paper, ternampak tajuk ‘Blogger Untung RM1 Juta’, headline berita minggu.
Gila kaya blogger sekarang eh. Tapi menurut empunya blog redmummy.com, RM1 juta itu bukanlah jumlah sebenar yang dia dapat. Munkin dicampur tolak tambah jadilah jumlah macam itu. Dia pun menafikan mendapat bayaran RM1 juta dari nuffnang.
Semuanya bermula apa owner redmummy ni menerima surat audit LHDN dari bahagaian e-perdagangan.
Banyak maklumat yang dikongsikan oleh redmummy.com pasal LHDN buat audit earning dia dari internet. Banyak juga yang aku baru tahu. Antaranya ialah earning dari blog kena declare kat LHDN.
[Petikan dari redmummy.com]
YES!! anything yang korang earn dari blog korang tuh, even ads from blog pun, or jual apa saja, atau macam blog aku ni wpun personal blog, tapi sebab ada earning etcs, harus declare. Walaupun bukan dalam bentuk duit, harta benda yang aku dapat dari hasil blogging, harus juga declare kat income tax. Dah tentulah aku salah sorang blogger yang menjana pendapatan dari blog. Obviously benda ni sume orang tau kan, advertorials aku dah tentulah berkoyan2, earnings ler tuh.
Memang ada yang menjadikan blog ni sebagai sumber pendapatan. Kat dalam Malaysia ni memang dah ramai pro blogger. Kerjanya ialah menulis dalam blog. Tapi nak jadi macam mereka semua tu munkin memerlukan masa dan banyak pengorbanan dibuat. Semua benda tak datang bergolek-golek depan mata, yang penting kena usaha. Aku ni tak tahu lah bila nak sampai tahap macam tu.
Munkin aku kena jadikan AzwanAnuar.com sebagai sebuag blog hiburan. Cerita pasal gosip-gosip artis malaysia, letak gambar-gambar seksi artis ataupun kisah skandal artis-artis. Biasanya blog yang macam itu mampu menarik pengunjug yang ramai. Tapi aku ni tak ikut sangat perkembangan dunia hiburan. Nanti tak update lak isi blog aku tu. Orang itu dah bercerai berai, aku masih cerita pasal kebahgiaan rumah tangga mereka.hehe…
Satu lagi jenis blog yang mampu menarik pengunjung yang ramai ialah blog politik. Munkin aku boleh jadikan AzwanAnuar.com ini blog politik dengan menghentam mana-mana parti politik dan menyokong sesebuah parti. Hentam dasar kerajaan ke, caci maki ahli politik lain. Tapi aku takut kena tangkap lak, kena tahan oleh polis bahagian cybercrime kerana memfitnah dan menyebarkan khabar angin, kena masuk ISA lak. Kesian famili aku nanti menangis kerana aku ditangkap tanpa bicara.
Kesimpulannya, jadilah AzwanAnuar.com ni sebagai sebuah blog peribadi, tempat nak luahkan pendapat, idea, berkongsi cerita suka duka.
Kalau tiap bulan income pasif 2 3 riban dari AzwanAnuar.com, mahu aku berhenti kerja rasanya.hehe…
To nuffnang team, I need more campaign. please…
Actually aku pun tak baca paper tu. Aku malas baca paper sekarang ni sebab nak dekat pilihan raya. Nanti banyak berita pasal politik yang mengarut je. Kalau cerita itu adil untuk semua pihak tak pa, ini cerita kebaikan 1 pihak je, pihak lain diceritakan pasal keburukan.
Eh..blog anda macam mana? dah mendatangkan hasil ke belum?
Sumber : redmummy.com

{ 12 comments… read them below or add one }
Memang betul tu..kita boleh jadi macam2..yang penting kita jadi diri kita…tentang duit tu..tidak dipikirkan sangat pun..yang penting cari trafik dulu…bina jenama sendiri :)
bina jenama sendiri ni yang susah dan amik masa lama, tapi bila dah ada jenama dan kukuh, ianya akan lebih senang untuk jatuh.
setuju ngan mankucai.. cari jenama sendiri..tengok redmummy,ada jenama sendiri.. ada keunikannya sendiri.. ditambah pula dia dah dikenali sebab selalu masuk kat TV.. mungkin kalau donnyiendotcom masuk TV mesti besh kan..hehe
buatlah sesuatu yang unik donny. bagi 100 tiket penerbangan percuma kepada pembaca bertuah ke. mesti ramai yang akan kenal donny :)
hoho…earning aku tak sampai beribu kot kalau nak kena cukai…damn…smpi ke blog pun nak kutip cukai ni…hoho…abis miskin baliklah camni…haha
Mohd Isa´s last [type] ..Tarikh Penting Projek Akhir Tahun
cukai tu penting beb. itulah pendapatan negara. kalau negara tak ada duit, macam mana nak menyediakan infrastruktur yang baik dan berguna kepada rakyat. eloknya sebagai seorang islam kita bayar zakat, dapat membantu saudara yang lain. kalau income tak banyak, masih tak layak untuk dicukai lagi. jangan risau.he.. :)
itu aku tahu, tapi kalau terkenai cukai dari internet ni. berbaloi tak rasa? bukan semua tempat internet berkelajuan tinggi, kerajaan buat apa yerk? buat menara tinggi je, tp internet cam hampeh. :P
Mohd Isa´s last [type] ..Jom Lawan Kalau Berani di My Brute
duit habis buat menara, duit beli sistem yang lagi canggih dah tak ada :)
kalau bayar zakat, rasanya lhdn tak cari kot….
zik´s last [type] ..Adab menziarahi orang sakit- doa dan kelebihannya
LHDN akan kira itu sebagai pengeluaran kita. kalau tak salah aku, cukai hanya akan dikira lepas ditolak semua perbelajaan kita, betul tak? kalau salah tolong betulkan.
haaha..bagus la kalau bebrblog blh menjana income lumayan..xperlu letih pergi sana sini..tetapi untuk smpai ke tahap(pro) agak sukar..pengaruh juga penting..selain itu..blogger perlu menghormati dan memberi respond positif kepada blogger lain..dlm industri ini,sudah ramai yang berjaya hasil daripada kerjasama pro&newbie..
Semoga kita semua,para blogger dapat mencapai tahap profesional menjana income lumayan..INSYA ALLAH….
insyallah.
blogger dah kira satu pekerjaan tetap bagi sesetengah orang. usaha gigih dan konsisten juga perlu dilakukan untuk berjaya.