• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Kisah Pendayung Sampan dan Professor

Salam untuk semua. Dah 10 hari kita berada dalam tahun 2012. Semoga tahun ini adalah tahun yang paling cemerlang buat anda semua

Artikel pertama tahun baru ini, aku ingin berkongsikan sikit cerita motivasi yang mungkin mampu untuk mengubah pandangan anda terhadap seseorang atau munkin mampu membuatkan anda tidak merasa rendah diri dengan apa yang anda ada.

Ceritanya bermula..

Seorang Professor dari sebuah universiti sedang membuat kajian tentang lautan menyewa sebuah sampan untuk ke tengah laut mengambil sedikti sampel air laut. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Sampel air laut diambil dan disimpan. Sedikit catatan dibuat setiap kali sampel diambil. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali sambil diperhatikan oleh pendayung sampan.

fisherman,nelayan

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.”

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya dan mudik ke pantai. Dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu.

“Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

“Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi.

“Ya”.

“Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu.

“Ya”

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi,

“Kamu tahu geografi?”

“Tidak” jawab pendayung sampan itu ringkas.

“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

“Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

“Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting.

Dalam keadaan yang mencemaskan itu pendayung sampan itu bertanya kepada professer, “Kamu tahu berenang?”
Professor itu menggelengkan kepala.
“Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral from that story

Kalau kau ada ilmu akademik yang sangat tinggi, menggenggam bergulung-gulung ijazah, kau ada jawatan yang tinggi dan besar, tidak bermakna kau tahu segala-galanya. Apa yang lebih penting ialah, kau tahu perkara-perkara penting dalam hidup dan sentiasa merendah diri.

Interpretasi cerita bergantung kepada individu

Cerita ini aku copy dan edit sikit dari kiriman email saudara Sujairi Saidali (kelabjutawan.org)

Artikel Lama

This entry was posted in MyCherita. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

10 Responses to “Kisah Pendayung Sampan dan Professor”

  1. ohcikgu says:

    January 11th, 2012 at 2:47 am

    jadi moralnya, sila belajar berenang. hehe..
    ohcikgu´s last [type] ..Keputusan terkini Liga Super 2012 – Selangor seri dengan Negeri Sembilan.

    [Reply]

    azwan Reply:

    belajar berenang dan jangan ketengah laut naik sampan

    [Reply]

  2. Mekar says:

    January 12th, 2012 at 1:22 pm

    Salam.

    Setiap insan di dunia ada keistimewaan / kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, jgnlah kita membangga diri
    Mekar´s last [type] ..Mengidam Mee Siput

    [Reply]

    azwan Reply:

    betul tu. tapi sedikit sangat yang macam tu, ramai yang bila ada kuasa dan kelebihan mula bangga diri. minta dijauhkan perkara macam tu dalam diri aku

    [Reply]

  3. Juan says:

    January 14th, 2012 at 4:13 am

    memang best la citer nih
    Juan´s last [type] ..Subscribe to Youtube

    [Reply]

    azwan Reply:

    yang baik jadikan pengajaran

    [Reply]

  4. shraqs says:

    January 19th, 2012 at 12:19 pm

    Moralnya di sini; jangan suka buat judgement pada seseorang… dan setiap individu memiliki keistimewaan masing2
    shraqs´s last [type] ..i-City.. Here I Come

    [Reply]

    azwan Reply:

    betul tu. jangan pandai-pandai nak judge seseorang

    [Reply]

  5. Khidhir says:

    January 20th, 2012 at 11:12 am

    haha. moral of the story, belajar berenang ye. :p
    Khidhir´s last [type] ..VPN Percuma Terbaik

    [Reply]

    azwan Reply:

    dah pandai berenang, jangan nak eksen lak

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: